Imam Birgivi banyak menegur rakan sekerjayanya. Agamawan seperti dia. Tegurannya kepada Ebussuud Efendi, Shaykh al-Islam ketika itu, adalah teguran demi kebenaran. Di dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah yang sempurna penulisannya kurang setahun sebelum Imam Birgivi kembali ke rahmatullah, beliau banyak mengingatkan alim ulama, agar bersungguh memelihara diri. Ilmu itu cahaya. Tetapi …
Read More »Memahami Jurang Antara ‘Islam Sepatutnya’ Dengan ‘Islam Amalan’
Apabila saya belajar Syariah, saya belajar Islam versi Islam yang SEPATUTNYA. ISLAM SEPATUTNYA bermaksud, Islam sebagaimana yang diterangkan oleh teks. Nas al-Quran, nas al-Hadith. Bersama kupasan, analisis oleh para ilmuan Syariah sepanjang zaman. Seorang graduan Syariah seperti saya, serba sedikitnya arif tentang Islam sebagaimana yang sepatutnya diamalkan. Islam yang saya …
Read More »Qawlan Sadīdā: Menyelamatkan Perkataan Daripada Kebengkokan
“Tahukah kamu, apa yang bakal aku perkatakan petang ini?” Nasrettin Hoca berucap di pentas. Ramai penduduk kampung berkenaan berhimpun untuk mendengar ucapan yang hebat dari pentas berkenaan. “Tidak tahu!” jawab orang kampung. “Aku tidak mahu bercakap dengan orang-orang jahil yang tidak tahu!” kata Nasrettin Hoca. Beliau turun dari pentas dan …
Read More »The Otherness: Pengitlakan Istilah Mengundang Musibah
Nasrettin Hoca bertuah kerana telah dilantik menjadi Menteri Utama kepada Raja. Semasa mundar-mandir di istana, beliau ternampak sang Helang Diraja. Bertenggek megah. “Aku tidak pernah melihat burung merpati sebegitu rupa” rungut Nasrettin Hoca. Beliau mengeluarkan sebilah gunting dan mula menggunting-gunting pelepah sang Helang Diraja. Bulunya dinipiskan. Kukunya digunting pendek. Paruhnya …
Read More »Kucing Guru Bercerita Tentang Kebarangkalian Esokmu
Setiap kali mereka mahu bersembahyang di rumah ibadat itu, sang kucing menyelinap di celah-celah kaki mereka. Mengganggu fokus. Guru berpandangan, “ikat kucing berkenaan di tiang, sebelum kita memulakan sembahyang!” Anak murid bersetuju, kucing berkenaan diikat di situ. Demikianlah setiap kali mereka hendak beribadat, di tiang yang sama sang kucing itu …
Read More »Berdusta Untuk Nabi: Neo Qussas Zaman Ini
Kredit foto: www.cruxcatalyst.com Sabda Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam: من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار “Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka” Hadith di atas diriwayatkan oleh lebih 70 sahabat secara langsung dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam dan ia …
Read More »Wal-‘Asr: Memerah Sebuah Usia
Demi Masa! Demikianlah Allah bersumpah dengan masa. Kita sama-sama maklum bahawa, apabila Allah bersumpah dengan sesuatu di dalam firman-Nya, subjek itu amat penting dan menuntut kita untuk bertadabbur dengan lebih teliti mengenainya. Di dalam bahasa Arab, ada beberapa perkataan lain yang maksudnya adalah berkaitan dengan masa. Ada Waqt (وقت), Zamān …
Read More »Mengadabkan Orang Mengaji
قال يا موسى إني على علم من علم الله علمنيه الله لا تعلمه وأنت على علم من علم الله علمكه الله لا أعلمه “Wahai Musa, sesungguhnya aku mempunyai ilmu daripada ilmu Allah yang diajarkan-Nya Dia kepadaku yang tidak engkau ketahui. Dan engkau pula mempunyai ilmu daripada ilmu Allah yang diajarkan-Nya …
Read More »Gertakan Khidir Terhadap Musa: Dua Kali Sabar Demi Ilmu
“Sesungguhnya engkau tidak mempunyai keupayaan untuk menyabarkan diri supaya bersabar denganku!” kata Khidir alayhi al-Salam. Dua kali sabar. Bukan sekadar sabar. Tetapi menyabarkan diri untuk bersabar. Demikian ‘ugutan’ Khidir terhadap hasrat Musa ‘alayhi al-Salaam yang mahu mengikutinya bermusafir demi belajar dan mendapat AL-RUSHD! Petunjuk, yang membezakan antara hitam dan putih, …
Read More »Tahun-tahun Yang Menipu
“Susahnya hendak membuat pendirian sekarang ini” keluh seorang kawan. “Semua benda macam ada berlapis-lapis maklumat hingga tidak pasti mana yang betul mana yang salah” tambah seorang lagi. Mereka berdua tidak sendirian. Ia bukan keluhan pinggiran. Ia menjadi apa yang dirasakan ramai. Malah ia bukan sekadar rasa. Ia kenyataan. Mengapa susah …
Read More »