Hasrizal Selepas beberapa minit menonton, saya tidak pasti sama ada filem ini baharu atau lama. Namun, setiap elemen—dari warna sinematik yang suram tetapi memikat, pilihan pakaian yang sangat terperinci, hinggalah kepada subteks yang diolah dengan penuh cermat—semuanya memperlihatkan usaha untuk mencipta semula suasana awal tahun 1970-an. Apa yang menarik ialah …
Read More »Mencintai Kematian Seperti Mereka Mencintai Kehidupan
Naas, IrelandHasrizal “Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan.” Ungkapan ini merujuk kepada kata-kata Khalid bin Al-Walid radiallahu anhu dalam suratnya kepada Raja Parsi, seperti yang direkodkan dalam Tarikh At-Tabari dan Al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibnu Kathir. Dalam surat tersebut, Khalid bin Al-Walid menulis: “بسم الله الرحمن الرحيم، …
Read More »Lockerbie: Perjalanan Panjang Mencari Sebuah Jawapan
Saya menonton hampir keseluruhan episod Air Crash Investigation atau Mayday, jika di Amerika Syarikat, semenjak lebih sedekad lalu. Sehingga akhir 2024, keseluruhannya berjumlah melebihi 230 episod. Ada beberapa episod yang sangat menarik hingga saya berulang-ulang menonton melebih sepuluh kali. Antaranya adalah episod tragedi letupan pesawat Pan Am 103 pada 21 …
Read More »LEARNED HELPLESSNESS: Ribuan Pelajar Tidak Menduduki Peperiksaan SPM
“Bagaimanapun ini tidaklah boleh dibiarkan sahaja, tentu masih ada sebahagian kecil disebabkan mereka tiada motivasi dan kepercayaan untuk menduduki peperiksaan SPM. Kalau ambil SPM pun sudah pasti gagal kuat dalam fikiran mereka.”— Dr. Anuar Ahmad, UKM (Berita Harian, Mei 2024) Kemudian pada awal tahun 2025, isu yang sama kembali menjadi …
Read More »Panduan Berinteraksi Dengan Anak Mengenai Konflik Palestin
“Lebih setahun telah berlalu sejak peperangan di Gaza bermula pada 7 Oktober 2023,” saya terfikir sendiri sambil melihat paparan berita di skrin. Konflik ini tidak lagi sekadar isu wilayah kecil tetapi kini menjadi konflik serantau yang melibatkan begitu banyak nyawa. Bagaimana kita boleh mendiamkan diri? Saya merenung panjang. Jumlah korban …
Read More »Salahkan Anak Kakak Makcik Sendiri
Saya menulis di Facebook (3 Januari 2025): Kejahilan memang penyakit. Kita hanya biasa dengan satu dua hadis mengenai ‘fitrah’, lalu kita bercakap mengenai fitrah, kita buat macam-macam konsep, bebelkan orang lain kalau tidak kena dengan kefahaman kita, dan kita dikenali ramai, malah dirujuk, hingga sukar menyedari, menginsafi, dan merawat kejahilan. …
Read More »Kembar Kebenaran Adalah Keseimbangan | Tadabbur Surah al-Syura Ayat 17
Tahun 2025, umur saya genap 50 tahun jika merujuk pada kalendar Gregorian. Namun, menurut kiraan kalendar Hijriah, usia 50 tahun itu telahpun saya capai lebih awal. Usia 50 tahun bukanlah satu tempoh yang begitu panjang sehingga menjadikan seseorang merasa dirinya sudah terlalu tua, tetapi pada masa yang sama, ia juga …
Read More »Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang relevan dan efektif, kita sering mendengar pelbagai alasan untuk menolak model luar—kononnya model Finland “asing” bagi masyarakat kita, model Singapura “tidak sesuai” dengan konteks tempatan, manakala model Jepun “hanya sesuai” untuk keperluan kanak-kanak di Jepun. Namun, apabila kita meneliti dengan cermat, banyak idea-idea penting yang diketengahkan oleh sarjana Muslim terdahulu sebenarnya telah lama diamalkan secara produktif di negara-negara tersebut. Mereka tidak ambil pusing sama ada amalan itu berasal daripada cendekiawan Muslim atau bukan, atau sama ada dilabel “tempatan” atau “asing.” Sebaliknya, mereka memberi keutamaan kepada amalan yang terbukti berkesan menurut hasil kajian demi kesejahteraan proses pembelajaran kanak-kanak. Kita perlu menginsafi ego kita yang cenderung mempertahankan kelemahan dan menghiasinya dengan hujah “kita ada cara sendiri,” tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “cara kita.” Jujurnya, jika kita mahu mengangkat jati diri sistem pendidikan sendiri, adalah lebih terhormat untuk bersikap terbuka dan menilai semula amalan yang wujud—bukannya menutup kelemahan dengan retorik lokaliti.
Read More »Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan diurus dan dijalankan, sama ada melalui sistem centralised (berpusat) atau decentralised (tidak berpusat), mencerminkan falsafah dan keutamaan polisi sesebuah kerajaan. Di Malaysia, sistem pendidikan telah melalui pelbagai fasa perkembangan sejak era pra-kemerdekaan, dan hari ini, kita berada di …
Read More »Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
Pengenalan Pendekatan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan telah lama menjadi kebiasaan. Namun, semakin ramai pendidik menegaskan bahawa pendidikan sejati harus melangkaui sekadar pencapaian akademik. Dalam sesi Redup 2 anjuran Komuniti Guru Mandiri, Hasrizal Abdul Jamil mengupas idea ini dengan mendalam. Soalan pertama, apakah latar belakang keterlibatan beliau di dalam pendidikan, dan …
Read More »