Sunday, January 19th, 2025

Terkini

Terkini di blog

Mencegah Anak Hidup Bermuka-muka | Sembang Abah

“Jangan conteng arang ke muka ayah!” “Jaga maruah keluarga kita!” “Tiada dalam keturunan kita yang buat macam ini!” Mungkin dialog-dialog di atas adalah antara kenyataan yang sering kita temui di dalam drama Melayu. Ibu bapa kecewa apabila anak-anak tidak menjadi. Tidak jadi seperti yang mereka mahu. Semasa anak tidak menjadi, …

Read More »

Urban Legend Budak Izzuddin: Tragedi 1991

“Tebalnya sampul surat kali ini” saya membelek-belek surat yang diterima. Selama berada di Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Labu, Negeri Sembilan, sahabat saya sering menghantar surat. Mungkin sepucuk sebulan. Memori saya samar-samar mengenainya. Namun ingatan saya jelas mengenai surat kali ini. Februari 1991. Fazrin (almarhum) menulis kepada saya tentang kejadian …

Read More »

Into The West (1992): Kembara Anak Bersama Tír na nÓg

“Kenapa kamu bercakap dengan kuda itu?” tanya Tito. “Kenapa tidak?” jawab adiknya Ossie. Filem INTO THE WEST ini diperkenalkan oleh guru bahasa Inggeris kami semasa saya mengambil kursus pendek bahasa Inggeris di QUB di Belfast pada tahun 2000. Kami menontonnya di dalam kelas, ketawa berdekah-dekah, sedih dan terharu sepanjang menontonnya.Guru …

Read More »

Adab Bertamu di Media Sosial

Ini topik yang paling saya tidak suka. Tetapi selepas Aidilfitri, saya diasak bertubi-tubi untuk menjawabnya.Pertama, di dunia ini tiada orang biasa, tiada selebriti, apabila masuk bab mendidik anak-anak. Ia amanah daripada Allah, maka kita melakukannya kerana Dia, bukan mengikut tekanan massa, yang palsu dan hanya persona. Saya ditanya adakah lelaki …

Read More »

Diari Abah: Berfikiran Dengan Hati, Berperasaan Dengan Akal

Alhamdulillah buku Diari Abah telah berjaya saya siapkan. Ia telah dihantar ke Amazon Kindle, Google Play Books dan E-Sentral untuk diproses. Versi bercetak pula adalah bergantung kepada perkembangan di tanahair berkaitan kawalan pergerakan dan kebolehan proses kerja berkaitan penerbitan dan percetakan. Naskhah pendidikan ini diterbitkan oleh saya sendiri di dalam …

Read More »

Kenapa Tuhan Kita Ada Banyak Nama?

“I really don’t have anything” kata si anak kecil. “Nope, this time, you need to share something. I am waiting” saya sengaja mencari ‘pasal’. “Ok, ok… Ramadan’s spelling is r-a-m-a-d-a-n” katanya, selamba. “It’s correct but I give no marks because I give marks on effort. Show some effort!” saya bertegas. …

Read More »

Memaknakan al-Quran Dengan ‘Asbab al-Nuzul’ Keluarga Masing-masing

“Assalāmualaikum wa rahmatullāh… assalāmualaikum wa rahmatullāh” saya memberi salam. “Tadi, Allah kata, Bani Israel akan buat dua kerosakan besar di atas muka bumi. Sekali di zaman silam dan sekali di masa hadapan. Di zaman silam kejahatan yang mereka lakukan ditolak jauh di dalam perang Khaibar di zaman Nabi sallallāh ‘alayhi …

Read More »
Skip to content