Sunday, January 19th, 2025

Terkini

Terkini di blog

Catatan Persahabatan Calon PAS N.26: Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz

Mungkin di satu peringkat, kesalahan besar saya ke atas Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz ialah, apabila orang tidak berpuas hati dengan saya, mereka akan bertanya kepada Ustaz Nushi, “Hasrizal tu, kenapa?” Kasihan Ustaz Nushi, saya yang buat masalah, beliau pula yang terganggu. Jika dibandingkan tempoh perkenalan, jumlah ‘credit hour’ yang diluangkan serta tahap …

Read More »

Temuramah Bersama Prof Aziz Bari: Menghormati Semangat Berpasukan

Semua persoalan penting seputar calon DUN Tebing Tinggi DAP / Pakatan Harapan telah ditanya dan dijawab dengan baik di dalam temubual ini. Walaupun bertanding di DUN yang mencatat majoriti tinggi di pihak pembangkang dalam PRU13 * malah sebelumnya, Prof Aziz Bari kekal realistik, berhati-hati, tidak mahu mendahului muafakat Pakatan Harapan serta kuasa …

Read More »

Kunjungan Calon Pakatan Harapan ke Rumah Bonda

Semalam saya sangat gembira kerana Prof Abdul Aziz Bari dan Saudara Howard Lee 李存孝 berkunjung ke rumah kami di kampung, melawat bonda dan keluarga saya. Kunjungan ini sangat bermakna buat diri saya yang berada jauh di perantauan. Keluarga saya ingat peranan penting Prof Aziz Bari dalam menafsirkan perlembagaan semasa krisis perlembagaan kerajaan Pakatan Rakyat …

Read More »

Meidän Piti Lähteä (Kami Harus Pergi)

“Habis, apa pula tarbiah Pakatan Harapan?” Dalam banyak-banyak soalan yang bertubi-tubi hadir sebagai reaksi kepada penulisan saya di media sosial, mungkin inilah soalan yang paling menarik perhatian untuk saya berfikir. Perlukah semua yang ditinggalkan ada pengganti? Meninggalkan sebuah tarbiah, lalu perlu kepada satu tarbiah baru dan lain? Mungkin ya, mungkin …

Read More »

Terima Kasih Untuk Sebuah Ketidaksempurnaan Kita

Setiap hari, peladang itu mengangkut air dari sungai ke kebunnya dengan dua baldi yang tergantung di hujung kandar. Di hujung sana, baldi yang sempurna. Di hujung sini, baldi yang ada luka-luka pada tubuhnya. Terbocor sedikit di atas, berlubang sedikit di bawah. Tetapi peladang itu terus menerus melakukan kerjanya seperti biasa. …

Read More »

‘Gangguan’ ke Atas Proses Tarbiah: Meneliti Psikopolitik Islamisme

“Kenapa?” Soalan ini sentiasa menyerang fikiran saya. Saya ingin faham, mengapa saya dan sebahagian berfikir begini, manakala sekumpulan yang lain berfikir dalam bentuk yang berlawanan. Saya bertanya kepada kawan-kawan yang terbuka untuk berkongsi maklum balas mengenai apa yang mereka fikir dan rasa semasa menempuh satu demi satu peringkat pembentukan fikrah apabila menyertai kelompok dakwah …

Read More »

Dr Maszlee Malik: Persahabatan Merentas Masa

“Ana tak sangka anta open minded!” kata Maszlee. “Haha. Pulak dah! Anta ingat ana ni apa?” saya terkasima dengan kenyataan berkenaan. “Tak ada la. Masa di Jordan dulu, imej anta PAS totok, kan?” ujar beliau dengan nada berseloroh. “Masa di Jordan kita mana kenal. Bahtera lain-lain!” saya menjawab. Kami ketawa. Saya bertembung …

Read More »
Skip to content