Terkini

Terkini di blog

Berbilang Jamaah: Antara Saranan Stephen Covey dan Sa’id Hawwa

Gambar Hiasan Fenomena berbilang jemaah dan kumpulan dakwah adalah realiti. Sesuatu yang kita tidak dapat lari daripadanya, dan menuntut keupayaan diri untuk menguruskannya. Jika ulama membahagikan berbilang (ta’addud) itu kepada yang harus dan tidak harus, realitinya perjuangan kita adalah untuk menarik apa yang ada kepada yang harus, bermanfaat, serta mengecilkan …

Read More »

A Dalam Peperiksaan Tetapi D, E dan F Dalam Kehidupan

“Kamu main bola sampai kotor baju. Kamu tahu tak asal usul permainan bolasepak ini?” tanya ustazah. Kami menggelengkan kepala. “Asal permainan bolasepak ini ialah apabila orang jahat bunuh cucu Nabi. Kemudian kepala cucu Nabi tu, disepak-sepak. Maka setiap kali kamu main bola, macam kamu sepak kepala cucu Nabi!” kata ustazah. …

Read More »

Bercutilah Wahai Cikgu. Bercutilah!

“Pening kepala emak. Macam-macam benda nak gantung” kata emak. Saya bersila mengadap emak yang sedang menggunting kad Manila. “Apa yang Rizal boleh tolong?” saya bertanya. “Tolong lipat baju!” jawab emak. Aduhai. Saya berminat mahu menolong kerja sekolah emak. Rupa-rupanya pertolongan saya lebih bermakna kalau saya tolong buat benda yang paling …

Read More »

Mempertahankan Kewarasan Akal (Demi Setia Dengan Kebenaran)

Pagi itu di bandar al-Zarqa’, kami berkumpul di Kulliyyah al-Mujtama’. Ia adalah satu daripada siri tamrin yang perlu kami hadiri. Tanpa dirancang, saya dipilih (diarahkan) oleh AJK supaya menjadi pengerusi majlis bidan terjun. Tanpa banyak menyoal, saya terima sahaja. Sekurang-kurangnya dengan duduk di pentas sepanjang tamrin, saya mendapat desakan tambahan …

Read More »

Beragama Dengan Akal Yang Sihat

Mahu makan makanan yang LAZAT, atau yang BERKHASIAT? Dulu-dulu, hal ini tidak menjadi persoalan. Kebanyakan makanan yang dimakan adalah lazat, dan dalam masa yang sama ia berkhasiat. Tetapi dengan munculnya makanan sampah (junk food) yang lazat, dan makanan berkhasiat yang tidak mesra lidah dan selera, kita jadi dilema. Jika mahu …

Read More »

Facebook dan Print Screen Itu Lagi

Media sosial, diketuai oleh Facebook, kemudiannya oleh Whatsapp adalah dua platform yang sangat impulsif. Laju sahaja hendak menulis, berkongsi, dan terkini print screen. Semuanya kerana ia kelihatan sebagai sebuah komunikasi mantap, tanpa risiko berdepan untuk bertentang mata dengan sahabat, mahu pun lawan. Manusia paling jahil pun boleh menjadi alim, yang …

Read More »

Pemberontak Yang Seimbang

“Kebelakangan ini ramai anak muda muncul dengan fenomena baru, mereka begitu berminat dengan wacana ilmu, pemikiran, buku, serta berani mengemukakan idea-idea yang kritis. Namun, kelihatannya seperti adab sopan dalam bertutur kata seperti diabaikan. Apa pandangan ustaz tentang hal ini?” Soalan ini dilontarkan di dalam sebuah forum terbuka paling kecil yang …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share