قال يا موسى إني على علم من علم الله علمنيه الله لا تعلمه وأنت على علم من علم الله علمكه الله لا أعلمه “Wahai Musa, sesungguhnya aku mempunyai ilmu daripada ilmu Allah yang diajarkan-Nya Dia kepadaku yang tidak engkau ketahui. Dan engkau pula mempunyai ilmu daripada ilmu Allah yang diajarkan-Nya …
Read More »Gertakan Khidir Terhadap Musa: Dua Kali Sabar Demi Ilmu
“Sesungguhnya engkau tidak mempunyai keupayaan untuk menyabarkan diri supaya bersabar denganku!” kata Khidir alayhi al-Salam. Dua kali sabar. Bukan sekadar sabar. Tetapi menyabarkan diri untuk bersabar. Demikian ‘ugutan’ Khidir terhadap hasrat Musa ‘alayhi al-Salaam yang mahu mengikutinya bermusafir demi belajar dan mendapat AL-RUSHD! Petunjuk, yang membezakan antara hitam dan putih, …
Read More »Keghairahan Menjadi Selebriti Agamawan (Yang Membinasakan)
Alhamdulillah, Allah menjadikan proses melarikan diri daripada lensa itu mudah buat saya. Dia yang memudahkan. Mungkin kerana saya sendiri, juga masih kelam-kelam di pinggiran disimbah cahaya studio dan gemerlapan pentas. Belum jadi bintang. Belum jadi purnama. Keberagamaan hari ini amat membingungkan. Bagi mahasiswa dan mahasiswi sarjana muda Pengajian Islam semasa, jauhkanlah diri …
Read More »Pengkhianatan Ilmu di Pentas Ceramah
“Penceramah berceramah sesuka hati. Tidak berhati-hati dengan kesan percakapannya!” keluh Prof di dalam kelas. Saya termenung. Banyak kebenarannya. Saya sendiri sedang ada dua kaki, sebelah di dalam gelanggang akademik, sebelah lagi di gelanggang ceramah. Gelanggang yang sering menjadi sasaran kritikan para ahli akademik di universiti. Mungkin sikap kita yang kurang …
Read More »Merawat Sebuah ‘Tidak Faham’
Pengalaman saya sebagai murid, apabila saya tidak faham sesuatu, saya akan perhatikan keliling saya, adakah saya seorang yang tidak faham, atau kebanyakannya tidak faham belaka. Jika saya dapati ada yang mampu memahami apa yang sedang diajar, saya akan cari jalan supaya saya boleh faham ia. Adakalanya sesuatu yang saya hendak …
Read More »Abi Memandu Mesin Teroka Masa Sempena Cuti Sekolah
“Abi, akak teringin sangat nak tengok, macam mana orang dulu-dulu kerja” kata Naurah. “Kerja yang macam mana akak maksudkan?” saya bertanya. Kereta kami bergerak perlahan-lahan dalam kesesakan jalan raya menuju tol Putra Mahkota. “Ye lah, macam cerita Mr. Peabody and Sherman hari tu. Akak nak tengok macam mana orang dulu-dulu …
Read More »Jangan Beragama Sekadar di Pinggiran
kredit foto: demotix.com “Ammu, Ammu, fi sabilillah!” seorang kanak-kanak kecil menarik baju saya. Dia bukan anak Turki. “Kamu dari mana?” saya bertanya. Budak itu diam. “Kamu dari Syam (Syria)?” saya bertanya, dengan lebih spesifik. Dia mengangguk. Peperangan di Syria masih belum reda. Bashar Hafez al-Assad meneruskan sahaja legasi bapanya, sang zalim …
Read More »Cuaca Dan Ajal Sebuah Tamadun Manusia
“Filem The Day After Tomorrow tu, boleh betul-betul terjadi ke?” anak saya bertanya. Amerika Syarikat dilanda cuaca beku yang memusnahkan kehidupan. Filem fiksyen nukilan Roland Emmerich itu diterbitkan pada tahun 2004. Oleh kerana ia filem fiksyen, mudah sahaja untuk relevannya ia diketepikan. Tetapi semalam, ia mengundang pertanyaan kepada diri saya. Tahun …
Read More »Taubat Seorang ‘Televangelist’
HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights. Ramadan ini saya mengenang kembali permohonan-permohonan saya pada Ramadan lalu. Doa. Hajat. Apakah rentetan hidup yang terjadi selepas …
Read More »SUMBER BERBAHASA ARAB DAULAH UTHMANIAH: TARIKH MÜNECCIMBAŞI (1631-1702)
Historiografi atau penulisan sejarah Daulah Uthmaniah mempunyai sejarah yang amat panjang bermula daripada era vak’a-inüvislik (pencatat peristiwa) hinggalah kepada disiplin historiografi moden (Aral 2013). Kajian mengenai sejarah Daulah Uthmaniah, amat memerlukan penerokaan sumber-sumber primer yang dihasilkan oleh sejarawan di era itu sendiri. Selain daripada kepentingan menyandarkan kajian kepada sumber yang …
Read More »