Sunday, April 13th, 2025

Terkini

Terkini di blog

PERMAI 2010: Misi Memanggil Muslim Pulang

Keluarga PERMAI 2010 Bandung, Indonesia Alhamdulillah, PERMAI 2010 sudah melabuhkan tirainya. Saya cuba memberikan yang terbaik. Apatah lagi apabila Tuan Pengarah menyatakan bahawa PERMAI ditangguhkan dari 2009 kepada 2010 semata-mata kerana mahu mengekalkan saya sebagai penceramah. Masuk sahaja Januari 2010, PERMAI berlangsung tidak tertangguh-tangguh lagi. Lebih 200 orang mahasiswa dan …

Read More »

Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Baca Pun Malas

Reading a postcard by the window. “Ust, sy cdgkan spy ut tulis artikel ttg Badi’zman Said Annursi!” emel seorang pembaca kepada saya. “Sy harap ust dpt update blog ust dgn lbh krp lagi sbb hari2 sy buka n baca. Just 4 ur info!” tulis seorang pembaca di shoutbox blog saya. Emel dan komen di blog dengan bahasa (ejaan) sedemikian rupa semakin menjadi-jadi. Malah ejaan cacat seperti itu …

Read More »

Metode Khalifah Laskar Pelangiku

“Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman. Wajahnya berubah sedikit. Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj. Fitnah …

Read More »

Cinta Sempurna Menghampiri Penghujungnya

Teledrama Cinta Sempurna sudah hampir ke penghujungnya. Banyak persoalan semakin terjawab. Mengambil pendekatan dakwah secara populis (drama, blog interaktif yang dibuka ruang komen dan komen balas), membuka ruang kepada maklum balas yang sangat luar biasa. Dalam erti kata yang lain, kalau anda mudah terganggu dengan ‘apa orang lain kata’, ada …

Read More »

Selamatkan Uda Dan Dara Dengan Hikmah Puasa

“Ustaz, rasanya saya ni memang dah sampai ke tahap wajib untuk kahwin,” kata seorang mahasiswa. “Kalaulah anta juga sudah memang sampai tahap wajib berjihad!” saya mengusik. “Err…” beliau kebingungan. “Ana gurau je. Apa yang membawa anta berjaya sampai ke tahap wajib kahwin ni?” saya mengajak beliau kepada diskusi. “Ye lah, …

Read More »

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183] Sahabat, Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadan ini seperti …

Read More »