Saya sudah selesai menonton filem hebat THE BANSHEES OF INISHERIN ini. Filem ini mengisahkan Colm Doherty, seorang pemuzik lagu asli di sebuah pulau bernama Inisherin, tiba-tiba ‘tak nak kawan’ dengan sahabat sepanjang hayatnya, Pádraic Súilleabháin (boleh disebut sebagai ‘Patrick Sullivan’). Bagi Colm, Pádraic itu walaupun seorang yang baik dan disenangi …
Read More »Menghargai Mesej Profesor Jasser Auda di Dublin
Seumur hidup ini kali pertama saya berpeluang mendengar dan melihat kupasan Sheikh Jasser Auda secara langsung. Jiwa rasa seperti kanak-kanak melompat girang jumpa adiwira pujaan. Namun, saya simpan diam-diam dan fokus sahaja kepada mendengar, berfikir dan memproses dapatan persidangan. Beliau adalah jemputan untuk menyampaikan ucap utama Islamic Cultural Centre of …
Read More »Kaedah Mengurangkan ‘Campurtangan’ Kerajaan di Sekolah
Kenapa sekolah di Finland berbeza daripada sekolah di Malaysia? Ada macam-macam cara untuk jawab soalan ini. Tetapi kali ini saya ingin cuba menjawabnya dengan penerangan secara sosiologi. Secara sosiologinya, sekolah boleh berada di dalam satu daripada dua kategori (boleh ada pengkategorian yang lain juga). Sama ada sekolah itu berada di …
Read More »Menghina si Anak Muda Kerana Mudanya Mereka
Semasa kita mahu guna anak muda, kita puji mereka sebagai ‘masa hadapan kita’. Kita buka ladang tebu untuk ditanam di bibir manis semua. Apabila anak muda tidak buat seperti yang kita harap, kita hina mereka sebagai ‘tengin’, tidak reti, buang masa, dan tidak patut diberi peranan melebihi yang sepatutnya. Ayat-ayat …
Read More »Kuasa Perkataan: Renungan Kisah Kecemburuan Aishah r.a. Kepada Khadijah r.a
Umm al-Mu’minin Aishah radiyallāhu ‘anhā bermurah hati berkongsi dengan ummah, kisah cemburu beliau terhadap Saidatina Khadijah radiyallāhu ‘anhā. Kisah ini menuntut kita untuk terlebih dahulu meluruskan akal dan hati untuk fokus kepada iktibar yang hendak dipelajari, dan bukan membanding-banding antara dua isteri Rasulullāh ﷺ ini dan membandingkan siapa lebih baik …
Read More »Malaskah Murid ADHD Itu?
Dalam sesi bersama Prof Dr Harlina Halizah Siraj pagi tadi, timbul pertanyaan mengenai ‘malas’ dan hubungkaitnya antara moral (perangai malas) dan biologi manusia (impairment ADHD misalnya). Saya ambil peluang berkongsi, bagaimana sepanjang perjalanan pengajian saya pasca persekolahan, saya rasa saya tidak malas. Saya membaca ketika orang lain tidur, mengkaji ketika tiada orang …
Read More »Meninjau ‘Emotional Self-Regulation’ ADHD Dewasa di Dalam Karya Imam Birgivi
Imam Birgivi (meninggal dunia 1573) menghuraikan tentang peranan proses berfikir (nutq) mengawal emosi marah (ghadb) dan mahu (shahwah) di dalam karyanya al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Ia senada dengan apa yang kita faham melalui sains dan pengetahuan moden semasa bahawa frontal lobe pada otak manusia menggerakkan fungsi eksekutif yang salah satunya adalah ‘self …
Read More »Bukan Semua Masalah Orang ADHD Adalah Kerana ADHD
Bukan semua masalah yang orang ADHD hadapi dalam kehidupan, adalah berpunca daripada ADHD. Testimoni adalah bukti yang lemah. Justeru cerita peribadi, semasa kita saling berempati, perlu disokong dengan usaha membawa perbincangan ke asas ilmunya. Agar kita tidak terjebak mengaitkan sesuatu dengan sesuatu secara tidak benar. Ia bukan sahaja memudaratkan, malah …
Read More »Bahasa Kesat Bukan ADHD
Impulsif itu simptom ADHD. Tetapi mencarut dan berbahasa kesat bukan ADHD. Jangan normalisasikan ia terutamanya di kalangan kita orang dewasa. Jika terlepas dan terlajak kata, usahalah meminta maaf, bukan memberi alasan ADHD untuk menafikan kesakitan yang orang alami akibat perkataan kita. Apatah lagi dengan ibu bapa. ADHD membabitkan kesukaran mengawal …
Read More »Hilang Barang: AirPods Pro Bersama AirTag
Kehilangan barang adalah musibah yang tanpa henti mendatangkan kesusahan dan kerugian kepada saya sebagai seorang individu ADHD. Saya yakin anda sangat maklum akan hal ini berkaitan dengan masalah ADHD. Sejujurnya saya tidak sepenuhnya tahu kenapa ia terjadi. Ia menyebabkan saya malu dengan diri sendiri sebelum kehilangan itu disuarakan oleh orang …
Read More »