Kembara Finland: Misi Membangunkan Pendidikan Islam

photo_2015-08-05_07-02-29

Sebulan akan datang, saya perlu fokus kepada pendidikan, dengan menghadiri Summer School di University of Helsinki, Finland. Kursus “Understanding Finnish Education: From Myths to Realities” ini merupakan salah satu daripada 20 kursus intensif yang dianjurkan oleh salah sebuah universiti terbaik dunia di negara yang pendidikannya adalah pendidikan yang terbaik, iaitu Universiti of Helsinki. Program Helsinki Summer School ini adalah Summer School kali ke-16 yang mereka anjurkan, kini dengan lebih 300 peserta, daripada 60 negara, dan saya merupakan salah seorang daripada 3 pelajar Malaysia yang menyertainya tahun ini.

Kursus Understanding Finnish Education yang saya sertai ini akan membicarakan tentang seluruh aspek sistem pendidikan di Finland, merangkumi kurikulum, pedagogi, sistem taksir pelajar, polisi kerajaan, keibubapaan, latihan profesional perguruan dan kami juga dikehendaki mengajar di sebuah sekolah sekitar Helsinki untuk satu sesi. Bolehlah dikatakan, dalam tempoh tiga minggu akan datang, segala-gala mengenai pendidikan di Finland,  akan dikupas di dalam kelas kami. Koordinator program adalah Prof Fred Derin, salah seorang tokoh pendidikan di Finland yang saya kenal dari jauh, selain Prof Pasi Sahlberg melalui bukunya, Finnish Lessons.

Harapan saya, dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperolehi, Khalifah Model School – Secondary kami akan dibangunkan secemerlang mungkin, sesuai dengan konsepnya sebagai Model School. Kami mahu modelkan sebuah pendidikan Islam, yang bukan sekadar model di kalangan institusi pendidikan Islam, tetapi juga berada pada kompetensi dan integriti antarabangsa agar ia boleh disantuni sama ada dari segi duniawinya, mahu pun ukhwrawi, dengan sebarang bahasa yang menghargai pendidikan berkualiti tinggi.

photo_2015-08-05_07-04-59

Di samping itu pada beberapa tahun akan datang, saya ingin memainkan peranan sebagai penyelia, kalau pun tidak konsultan, yang boleh menawarkan khidmat membantu sekolah-sekolah, terutamanya sekolah agama swasta, andai ada masalah seperti silibus, kualiti guru dan lain-lain, saya (dan pasukan) hadir untuk overhaul sekolah secara sistemik agar semua sekolah agama rakyat, sekolah agama swasta menjadi pusat pendidikan yang cemerlang. 

Jika impian ini terlaksana, saya berharap saya mampu menawarkan khidmat ini secara percuma, dengan syarat saya berjaya membangunkan Khalifah Model School (rendah dan menengah) sebagaimana yang dirancang. Kami masih bersekolah di bangunan kedai, kerana masih berusaha mendapatkan dana yang cukup untuk membina kawasan sekolah kampus tetap. Para jutawan dan badan korporat, sekolah kami baru sahaja mendapat peruntukan pelepasan cukai, dan sudilah kiranya menjadikan projek pembinaan sekolah kami sebagai amal jariah tuan dan badan korporat yang tuan terajui.

Doakan kami di dalam jihad pendidikan ini.

Segalanya bermula di sini, PENDIDIKAN.

Hasrizal
Pihlajamäki, Finland.

Check Also

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome

Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 …

One comment

  1. sarinah @ embun

    assalamualaikum saudara hasrizal. sy sbnrnya ada byk sgt prtanyaan yg hendak d tanyakan n ingin tahu serba sedikit ttg kehidupan komuniti Islam d finland.. terutama.. ade x org finnish yg memeluk Islam n bagaimana kehidupan n amalan mereka? kalau boleh tolong reply kat whatsapp sy di +60135640637..
    dan .. kalau boleh.. ASAP sbb sy ade sedikit assignment yg perlu di siapkan brdasarkan realiti..
    harap saudara Hasrizal dpt membantu sy..
    sekian , terima kasih .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share