Persoalan Sebelum Pelajar Belajar Pelajaran Agama

Permulaan hidup saya penuh dengan persoalan tentang agama.

Siapa Allah? Siapa Muhammad? Apa itu al-Quran? Dan mungkin soalan yang paling penting ialah siapa saya?

Pertanyaan-pertanyaan itu begitu kuat dan barangkali kerana itu saya terus menerus terdorong untuk fokus kepada belajar agama. Biar pun beberapa kali saya berada di persimpangan pilihan yang mengheret saya ke pengkhususan lain, saya telah kembali kepada ‘belajar agama’.

Sehinggalah saya selesaikan pembelajaran di Jordan, dalam bidang agama.

Selepas belajar agama, beberapa pertanyaan di dalam diri saya tentang agama terjawab. Banyak juga perkara yang sebelumnya saya tidak tahu, saya jadi tahu. Dan dengan pengetahuan yang ada, saya cuba berbuat sesuatu. Berbuat sesuatu dalam bentuk pekerjaan. Berbuat sesuatu dalam bentuk khidmat kepada masyarakat. Kerananya, saya dikenali sebagai seorang ‘ustaz’.

Saya menjadi ‘ustaz’ kerana beberapa pertanyaan tentang agama di dalam diri saya telah terjawab. Dan saya dijangkakan boleh membantu orang lain mendapatkan jawapan mengenai persoalan-persoalan agama yang membenak dalam diri mereka.

Apa yang belum terjawab di dalam diri saya ialah beberapa pertanyaan tentang bagaimana sebenarnya manusia belajar. Sebelum agama dipelajari, bagaimana sebenarnya seorang manusia itu belajar?

Di hadapan seorang pelajar, ada guru, ada rakan-rakan, ada buku, ada teks, ada nas, ada dalil, ada persekitaran, ada pengalaman, ada sekolah dan ada persekolahan. Bagaimanakah sebenarnya akal yang Allah kurniakan kepada pelajar itu, berinteraksi dengan semua sumber pembelajaran berkenaan?

Pertanyaan saya ini mendatangkan keresahan kerana dari sehari ke sehari, saya melihat bahawa bertambahnya ilmu dan kelulusan akademik, tidak menjamin manusia menjadi bertambah faham, dan seterusnya menjadi manusia yang lebih baik, lagi membaikkan kehidupan persekitarannya.

Apabila masyarakat bertengkar tentang agama, apa yang membimbangkan bukanlah dalil-dalil yang dirujuk atau hukum akhir yang diputuskan. Sebaliknya ketakutan utama adalah pada melihat bagaimana dalil-dalil dibincangkan dan bagaimana akhirnya membawa kepada hukum. Seperti ada penyakit dalam cara akal fikiran memproses sumber-sumber jawapan tersebut.

Apabila alat dan proses menjawab yang bermasalah, maka sumber-sumber paling tulen pun tidak dapat memberi jawapan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Dalil-dalil yang paling sahih pun menjadi bahan kecelaruan masyarakat. Al-Quran sahih. Hadith sahih. Tetapi cara ia difahami dan dikupas membimbangkan.

Sains yang bersusah payah mengatur kaitan serta sebab musabab (correlation and causation) pun menjadi medan manusia berperang. Apatah lagi di zaman pembohongan mendapat istilah baru iaitu ‘fakta alternatif‘ seperti yang diungkap oleh kaunselor kepada Donald J Trump, Kellyanne Conway.

Al-Quran dan al-Sunnah ditinggalkan oleh Nabi sallallahu alayhi wa sallam sebagai pedoman. Mengambilnya sebagai panduan dan pegangan hidup dijamin mencegah diri daripada tersesat. Kita ada al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi kita ada masalah dengan ‘mengambil’. Bagaimanakah al-Quran dan al-Sunnah itu diambil? Kita tidak mengambilnya dengan tangan atau dengan sudu. Kita mengambilnya dengan akal fikiran. Sebab itu manusia yang tidak berakal tidak mukallaf, kerana dia tidak mempunyai keupayaan ‘mengambil’ dan seterusnya mengamalkan.

Tetapi bagaimana pula jika manusia itu berakal, tetapi akalnya tidak sihat. Tidak benar dalam cara ia berfungsi?

Justeru timbul pertanyaan demi pertanyaan. Dalam banyaknya peluang belajar agama pada hari ini, adakah pembelajaran agama direka bentuk berasaskan kepada cara belajar yang betul?

Di dalam kelas, saya nampak guru dan murid-murid, kerusi meja dan papan putih, serta kurikulum. Tetapi soalan yang lebih mendasar ialah:

BAGAIMANA SEBENARNYA SEORANG MANUSIA ITU BELAJAR?

Saya sedang belajar tentang sains pembelajaran. Mudah-mudahan beberapa persoalan dalam diri saya terjawab, sebelum barangkali timbul lagi pertanyaan seterusnya di masa hadapan.

Moga Allah kurniakan kesabaran dan bimbingan petunjuk serta keselamatan, amin.

HASRIZAL
LET Oulu
Finland

Check Also

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome

Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 …

4 comments

  1. Assalamualaikum ustaz. saya buntu. ingin penjelasan ttg pembelajaran anak ke maahad tahfiz swasta. adakah tempat itu terbaik untuk anak saya.memang susah untuk saya membayar yuran yang tinggi tetapi demi ingin anak berjaya di dunia dan akhirat, saya cuba selagi terdaya.saya ingin anak saya belajar agama tpi pelajaran akedemik pun penting untuknya kan ustaz.boleh ustaz beritahu saya sekolah yang baik di lembah klang ni? apa pendapat ustaz ttg sklh qiblah dan maahad tahfiz miftahul ulum ulu langat? mohon pendapat ustaz .boleh ustaz whtsapp saya di 0122768731? saya harap pertanyaan saya ini tidak di masukkan dlm ruangan mana2 ye ustaz. maaf dari saya.

  2. Salam. Bulan lepas saya datang jenguk blog ni sebab ada nak buat rujukan untuk karang artikel di blog saya (btw, artikel yang telah dijadikan rujukan adalah “Neo Qussas Zaman Ini” – http://elhafiesta.blogspot.com/2017/03/kisah-remaja-yang-murtad-hanya-kerana_5.html); dan harini, bila saya datang jenguk semula blog ni dengan akal yang lapang & terbuka, saya terperasan macam-macam benda yang saya tak perasan sebelum ni.

    Antara benda yang baru saya perasan (and I find this kind of funny) adalah: the very title of this article “Persoalan Sebelum Pelajar Belajar Pelajaran Agama”. I’m like, “Wah, tajuknya sangat serupa dengan tema artikel yang aku dok karang haritu. Macamana aku boleh tak perasan haritu? Hahaha”.

    Dan juga ayat-ayat terawal artikel, “Permulaan hidup saya penuh dengan persoalan tentang agama. Siapa Allah? Siapa Muhammad? Apa itu al-Quran? Dan mungkin soalan yang paling penting ialah siapa saya?”

    Sebelum ni saya tak hayati pon profundity soalan-soalan tu, tapi harini baru saya perasan profunditinya. Saya ingat lagi, masa tahun 2011 dulu, bila saya cuba ‘berdakwah’ kepada kawan-kawan saya dengan bertanyakan soalan “Siapa itu Allah bagi kalian?”, kebanyakan mereka tidak menjawab, dan bila ada yang menjawab pon, jawapannya sangat mengecewakan, which is: “Orang kata kita tak boleh fikir mendalam sangat tentang Allah. Sebab dikhuatiri boleh jadi gila. Jadi aku tak pernah fikir mendalam sangat pon tentang hakikat Allah”. I was like, “What??”

    Sungguh. Saya pun buntu. Tak tahu macamana nak jadikan orang Melayu lebih bersifat inquisitive. Saya tidak membesar di Malaysia, jadi saya tak tahu macamana thought-process orang Melayu dibentuk masa zaman kanak-kanak mereka. Apa yang telah membunuh nature inquisitive mereka.

    On the other hand, saya curious juga nak tahu macamana thought-process Ustaz dibentuk. Kenapa cara pemikiran Ustaz tak sama dengan kebanyakan orang Melayu? Ustaz membesar dalam persekitaran yang bagaimana? Kan bagus kalau orang Melayu semua berfikiran seperti Ustaz.

  3. Assalamyalaikum ustaz,saya ingin bertanya,adakah haram bercinta sewaktu zaman sekolah yang mahu memfokuskan diri dalam pelajaran?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share