Pelaburan Masa Untuk Memupuk Budaya Fikir

“Siapa nama nursing mom kepada Prophet Muhammad, abi?” anak saya bertanya.

You know the answer. You knew the answer.” saya jawab.

But I don’t understand what is the meaning of this nursing mom thing!” balasnya.

What do you understand about the word ‘nurse’?” saya menyoal lagi.

“Alaaa, abi jawab aje la!” anak saya hilang sabar.

Apabila anak-anak buat homework, pada masa itulah otak saya akan berasap dengan empat manusia bertanya pelbagai topik pelbagai tahap. Mereka selalu bengang dengan saya sebab saya enggan menjawab soalan mereka yang sangat straight forward.

Biasanya soalannya berkisar tentang apa, siapa, bila, di mana.

“Jawab aje la!” biasanya muka mereka sudah merah padam.

What does a nurse do?” saya masih menyoal.

Hurmm…. taking care, feeding, health, cleaning…” jawab si anak.

So, what a NURSING mom does?” saya belum berhenti memberikan jawapan dalam bentuk soalan.

Setelah muka merah padam si anak menahan geram, beliau meminta pengesahan bahawa nama yang dicari adalah Halimah al-Sa’diyyah.

Yes, that’s correct. And you know what, my grandmother’s name is Halimatun Saadiah. She is opah’s mother. But people call her Saadiah only!” saya memberi fun fact tambahan.

Oh wow. Really?” terkejut si anak.

Hilang sekejap muka geramnya tadi.

Saya perlu terangkan kepada mereka bahawa tujuan cikgu beri soalan itu dalam bentuk open book exercise ialah supaya murid ‘tahu macam mana nak tahu’. Tetapi inilah benda yang sangat susah dan merimaskan mereka. Mereka tahu menggunakan Google untuk mencari macam mana nak hack ini dan itu, tutorial untuk buat channel  di Youtube. Tetapi ‘tidak boleh’ pula mencari jawapan selepas lahir, Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam dibesarkan di mana.

Saya telan sahaja kebengangan itu ?.

Sebab kalau saya tolong jawab, baik saya yang sekolah. Kita dahulu tidak merasa belajar di International School.

Was the conquest of Makkah on 11 January 630?” yang si abang pula bertanya.

“Kenapa belajar Sirah nak guna tarikh common calendar itu? Pakailah kalendar hijrah. Itu tarikh dari Wikipedia, kan?” saya menyoal.

Beliau mengangguk.

Kena cari artikel atau buku Sirah, yang ditulis oleh Muslim dengan kalendar Muslim.

 

Malam ini juga, anak kami kena temubual ibu bapa bertanya tentang rumah kediaman kami dulu-dulu. Saya boleh sahaja cerita dengan panjang lebar. Tetapi yang saya mahu dengar ialah SOALAN. Apa yang perlu disoal kalau hendak tahu tentang rumah abi?

Macam nak tercabut kepala anak kami terpulas ke kiri terpulas ke kanan, mahu mereka soalan.

I have a question, but then I think what kind of question is that!” kata anak saya.

Haha.

“There is no such thing as silly or stupid question. Just ask. Then I can answer. What I don’t want is you don’t have a question, or too lazy to think of a question!

Ayuh!

Fikir!

Fikir!

Kikis budaya belajar sekadar hafal jawapan kepada soalan siapa, apa, di mana, bila. Sia-sia datang ke Finland jauh-jauh dari Malaysia.

Saya sebagai ayah memang hilang sabar menunggu anak berfikir dan mendatangkan soalan / jawapan. Cikgu pun sama. Geram, gelisah, dan dalam falsafah pendidikan teacher-centered essentialism, silibus mesti dihabiskan. Mana boleh buang masa menunggu murid berfikir? Itu yang selalu cikgu fikir.

Tetapi pelaburan masa adalah sangat kritikal untuk memupuk budaya fikir.

Ia adalah sebahagian daripada halangan kepada terhasilnya KBAT. Essentialism yang percaya bahawa jika seorang murid mahu dianggap, atau menganggap dirinya, telah mempelajari sesuatu, maka dia mesti tahu ini, ini dan ini, ia adalah framework yang akan sentiasa meletakkan guru dalam situasi tertekan untuk menghabiskan silibus.

Mustahil untuk sabar memberi masa murid berfikir.

Kata Ron Ritchhart:

Quick impressions, opinions, and the recall of known answers can be offered on the spot in very little time; in contrast, time is a necessary ingredient when it comes to thinking. Complex cognitive processing or more thoughtful, contemplative, or creative responses require time to construct. Even though studies have shown that it is indeed possible for people to be creative under pressure if they are focused and there is a sense of meaningful urgency— think of the NASA team dreaming up a primitive but effective fix for the failing air filtration system aboard Apollo 13 within a few short hours because lives literally depended on it— under most circumstances, time pressure diminishes creative responses (Amabile, Hadley, & Kramer, 2002). – Ritchhart, Ron. Creating Cultures of Thinking: The 8 Forces We Must Master to Truly Transform Our Schools (p. 102). Wiley. Kindle Edition.

Baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam sering menggunakan pendekatan menyoal sahabat dalam sesi belajar. Baginda bertanya tentang perumpamaan orang yang membersihkan dirinya lima kali sehari dengan sungai yang mengalir berhampiran rumahnya. Baginda bertanya tentang jenis pokok berguna yang disamakan dengan orang-orang beriman. Baginda bersama Jibril alayhi al-salam membina dialog soal jawab tentang Iman, Islam, Ihsan dan tanda-tanda kiamat.

Tidak mungkin soal jawab boleh menatijahkan pembelajaran, jika kita tidak bersedia memperuntukkan masa menggalak, merangsang, dan membantu murid-murid memikirkan soalan, kerana soalan adalah produk fikir. Hanya dengan berfikir, lahir soalan. Hanya dengan soalan, jelas terjadinya berfikir dalam pembelajaran.

Hasrizal Abdul Jamil
Oulu, FI

Check Also

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome

Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 …

4 comments

  1. Barang-barang nak masuk U dan buku-buku guna duit gaji jadi cikgu ganti dulu. Seronok time tu sebab gaji jadi cikgu ganti la paling banyak pernah dapat semenjak buat kerja part time.

  2. Exactly!.. That is why I don’t send my children to tuition classes.

    Kita yang dewasa ni, agak agak mampu ke dari pagi ke tengah hari, tengah hari ke lewat petang, lewat petang ke malam..belajar memanjang? I don’t think so.

    Jadi cuba bayangkan beban dalam kepala yang ditanggung oleh anak anak.

    Iye, mungkin ada yang berjaya. Tapi bagi saya seolah olah mereka telah di”robot”kan.
    Maka tidak hairanlah anak anak hari ini, agak kekurangan sifat ke”manusia”annya.
    Ya, dan mungkin ada juga golongan ibu bapa yang telah melalui proses yang sama, pun sama.

  3. Setuju tuan, ade orang cakap masa itu emas. tapi bagi saya masa tu tak ternilai. emas tu ade juga nilai naik turun. tapi masa ni yang dah lepas memang tak leh nak dapat balik. huuu

  4. Kaedah paling berkesan lahirkan anak genius adalah dengan mengasah fikiran mereka. Banyakkan sesi bersoal jawab seperti tuan ni. Terima kasih tuan kerana berkongsi pengalaman dengan anak2 tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share