10. Kritikan Bukan Menjatuhkan

67079_486696128044584_1520702126_n

ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 5 MAC 2013

Saya menerima banyak saranan yang mencadangkan agar kritikan saya terhadap novel karya Ayahanda Pak Latip dilakukan secara senyap-senyap lagi tertutup. Alasan yang diberikan, saya rumuskan kepada dua:

  1. Ia mengaibkan.
  2. Ia mengelirukan. Pembaca sudah tidak pasti adakah buku-buku berkenaan patut dibeli dan dibaca atau bagaimana.

ISU PERTAMA

Saya juga rasa begitu. Tetapi bagi karya yang sudah mencecah ratusan ribu di pasaran, ia sudah menjadi sesuatu yang amat berakar umbi di dalam masyarakat. Jika saya menyampaikan secara tertutup dan tidak mendapat maklum balas yang sewajarnya, lalu saya bertindak menegur secara terbuka, maka ia akan lebih bersifat dendam dan berniat menjatuhkan. Sedangkan sejak awal lagi, motif kritikan adalah berbentuk saranan. Ia telah dilakukan secara yang paling berhemah dan mencontohi banyak kritikan terbuka antara seorang tokoh dengan tokoh yang lain di sepanjang sejarah kesarjanaan Islam. Asalkan teguran kekal berakhlaq, beradab, rasional berbekalkan hujah, menjauhi emosi, maka ia seharusnya dibaca sebagai satu wacana ilmiah yang sejahtera.

Dan saya bukan orang pertama yang menyuarakan kritikan. Semenjak sekurang-kurangnya 2010 sudah ada pelbagai pihak yang membuat kritikan terhadap karya-karya Pak Latip. Ini juga menunjukkan betapa tingginya nilai karya Pak Latip daripada aspek penerimaannya di dalam masyarakat hingga terpilih untuk dinilai dan ditimbang tara secara ilmiah oleh pelbagai pihak daripada pelbagai sudut. Ini tidak termasuk teguran-teguran peribadi yang telah disampaikan oleh pelbagai pihak, luar dan dalam, kepada pengkaryaan Ayahanda Pak Latip.

ISU KEDUA

Semua kritikan, telah saya sampaikan dalam bahasa yang paling mudah, menjauhi jargon-jargon akademik, agar semua yang mampu membaca status FB saya, mampu memahaminya. Beberapa persoalan yang tidak jelas, telah ditanya dan dibincangkan sebahagiannya berdasarkan keupayaan yang ada. Bacalah perbahasan-perbahasan itu dan buatlah keputusan sendiri sama ada mahu terus membaca, mahu berhenti membaca, berdasarkan kefahaman dan penerimaan masing-masing.

Untuk mendesak saya berkata, “jangan baca!” , maka nantinya yang akan meniti di lisan pembaca ialah “ustaz hasrizal kata jangan baca”, dan semua perbincangan menjadi sampah.

HASRIZAL @ 43000 BSP

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

itep-lecturers

Menghormati Ilmu Pendidikan Sebagai Batu Asas Sekolah

Program Islamic Teacher Education Program (ITEP) anjuran Razi Group, biar pun hanya peringkat sijil, ia …

6 comments

  1. Salam ustaz, nak tanya…. saya baru mula beli buku karangan pak latip ni, lepas ustaz bagi pandangan tempoh hari saya nak tanya selain buku Hijrah dan Perang Uhud ada lagi tak buku Pak latip yang tidak sesuai untuk dijadikan rujukan?

    Selain itu,saya memang minat dengan kisah sejarah/ sirah, jadi ustaz boleh rekemen buku apa yang sesuai dibaca tak? karangan siapa?

    Terima kasih…..

    • Agus Salim Mohamad Banon

      ada dua jenis sirah… (1) berbentuk fakta (2) berbentuk analisa. Kedua-duanya penting. Untuk yang (1) boleh baca sirah ibnu-hisham, al-raheeq al-maktum, … yg ke (2) boleh baca buku sirah nabi Muhamad oleh Dr Mustafa as-sibai (ini yg paling mudah dan ringkas); boleh juga fiqh sirah al-ghazali atau al-butti. Semoga dapat membantu.

  2. Assalamualaikum Ustaz, moga sentiasa dibawah rahmat dan lindungan Allah SWT selalu. Pandangan Ustaz sudah disertakan dalam website darulkauthar, http://www.darulkautsar.net/4726-Komentar_Buku-Buku_%E2%80%98Sejarah%E2%80%99_Islam.html
    InsyaAllah, pandangan dan kritikan Ustaz berdasarkan kajian ilmiah diterima dengan lapang dada. Saya suka cara Ustaz, berfikiran terbuka dan luas disamping mengikut pendekatan Salaf dan Ahlu hadith dlm penilaian. Tidak cepat melatah dan mem’buruk’kan org dalam menegur dan mengkritik, itulah akhlak dan etika yg sudah ‘hilang’ dikalangan org (zaman skrg) yg mengelar pengikut manhaj ‘salafus-soleh’. Wallahu A’lam..

  3. Fauzan Ibrahim

    Saya juga sebagai orang awam telah membeli dan membaca beberapa karya Pak Latip 2 tahun kebelakangan ini. Bila dibaca, terasa juga semacam tak pernah jumpa dialog sesetengah watak. Moga usaha penulisan sejarah yang benar terus dirancakkan.

    Kredit to Pak Latip yang penuh dedikasi menulis agar cerita Islam diminati ramai.

  4. Nama pun kritikan…Ianya mestilah dibuat secara terbuka dan ia adalah pandangan yang perlu dibahaskan agar satu jalan penyesaian yg terbaik dapat diputuskan demi kebaikan semua pihak. Jika kritik senyap2 tu macam mengumpatlah pula…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *