Aku Dan Buku

bukubukubuku

Cinta aku kepada buku
Hingga itulah harta dan duniaku
Tangan ini belum pernah jemu
Mata juga tidak pernah lesu

Aku membesar dengan cinta kepada buku
Kerana buku mengajar aku bercinta
Cinta kebenaran
Cinta kemuliaan
Cinta harga diri
Cinta santun dan budi

Aku kembara selongkar buku
Buku selongkar kembara hidupku
Buku mencurah ramuan ilmu
Hingga terjadi manusia aku

Cintalah buku wahai isteriku
Cintalah buku wahai anakku
Cintalah buku wahai teman-temanku
Cintalah buku wahai cinta hatiku
Kerana aku jelmaan bukuku

Hidupku pernah dirobek mehnah
Ditimpa sunyi, fakir dan gundah
Dataran Syam menjadi kelam
Dalam ramai aku tenggelam

12 purnama hasad membelenggu
Tuhan al-Razzaq, Dia menjamuku
Tiada Dinar mahu pun Qirsyan
Hanya tawakkal berpautnya iman

Meja, katil, bantal, kerusi
Radio, lampu, cermin, almari
Kugadai demi menjamah nasi
Nafas dari hari ke hari

Yatim aku dari dunia
Buku tetap kujunjung mulia
Biar hidupku miskin harta
Pinggan hidayah jangan dihina

Dalam keringat dan air mata
Temanku hanya buku dan Dia

HASRIZAL
43000 BSP

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

thestar

Sembang Kerjaya: Bidang Syariah Bukan Pilihan Terakhir

Petikan akhbar The Star 2010 “Kenapalah kamu ambil Syariah? Nanti habis belajar nak kerja apa?” …

5 comments

  1. Allahu akhbar!

  2. MasyaAllah…banyaknya buku…

  3. Mohamad Fazaha Bin Abdul Mutalib

    Waktu pukul berapa Ustaz paling kerap membaca buku? Sebab bila saya dah memasuki alam pekerjaan ni tidak sama seperti saya zaman belajar…masih banyak buku hanya sempat dibeli tidak dihadam…mohon tips dari ustaz..

    • Tak tentu masa. Semenjak dua tahu sudah, saya banyakkan koleksi ebook supaya buku boleh dibaca walaupun celup-celup di celah masa, menggunakan ipad dan smart phone.

  4. wah,, hebak ustak.

    semua buku ustaz hafal isinya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *