Sekolah Integrasi Yang Tidak Berintegrasi

integrate

Kini sekolah integrasi tumbuh bagai cendawan.

Perkataan integrasi laku dalam pendidikan. Dalam pasaran persekolahan.

Integrasi akan membantu ibu bapa membayangkan anak-anak hanya pergi ke satu sekolah dan di sekolah itu semua sudah ada. Ada akademik, ada ilmu agama. Ada fardhu ain, ada fardhu kifayah. Anak-anak tidak perlu balik rumah di tengah hari, menukar baju, sebelum ke sekolah yang satu lagi. Makan minumnya sudah diuruskan sekolah, tiada keperluan untuk 4 trip bas sekolah, lebih selamat, dan akhirnya mungkin lebih murah.

Sekolah integrasi adalah sekolah yang memudahkan.

Cuma…

Kita mungkin tidak berlaku adil kepada makna integrasi. Integrasi pada kita hanya mengadakan dua benda di dalam satu sekolah, walaupun dua benda itu tidak berinteraksi, tidak berintegrasi. Agama di sisi akademik adalah appended, dan bukannya integrasi.

Kita mahu al-Quran wujud dalam subjek al-Quran sahaja.

Kita tidak berfikir betul-betul, sejauh mana perlunya al-Quran itu turut wujud dalam subjek selain al-Quran.

Al-Quran dalam matematik?

Al-Quran dalam sains?

Al-Quran dalam sejarah?

Al-Quran dalam geografi?

Al-Quran dalam ekonomi dan perakaunan?

Al-Quran dalam bahasa?

Al-Quran dalam seni?

Al-Quran dalam bukan sekadar apa yang diajar, tetapi al-Quran dalam bagaimana pelajaran diajar?

‘Quranik’kah cara guru mengajar?

‘Quranik’kah cara guru mengajar al-Quran itu sendiri?

Tanpa sedar, yang lahir daripada sebuah sekolah integrasi adalah seorang Muslim yang di dalam dirinya masih ada dua. Dua yang menumpang satu tubuh dan minda. Tetapi dua yang tidak berinteraksi, tidak berintegrasi. Agama dan akademiknya tiada kena mengena, kecuali pada ‘akhlaq’ yang mungkin sebenarnya bukan hasil interaksi ilmu agama dan ilmu non agamanya.

Justeru yang lahir daripada sekolah integrasi, masih seorang yang berminda sekular, sama ada dia menjadi dewasa yang berketayap, atau bertali leher.

Jurutera al-Hafiz sekular, sebab kejuruteraannya adalah kejuruteraan non Quranik. Manakala al-hafiznya dia, tidak mempengaruhi kejuruteraannya di peringkat falsafah ilmu dan seterusnya aplikasi.

Soalnya, penting sangatkah semua ini? Penting sangatkah disiasat matematik kita matematik berasaskan pandangan alam Islam, atau main belasah sahaja sebab kita percaya matematik ialah matematik. Tiada pertempuran teori dan ideologi di belakangnya?

“Entah, anak saya ok aje. Apa yang awak bisingkan?” tanya ibu, atau bapa.

Saya pun terdiam.

Jika ibu bapa hanya mahukan sekolah yang ada dua, tanpa keperluan dua itu berinteraksi menjadi satu, apa nilai perjuangan mengintegrasikan ilmu, dalam pasaran?

Sekolah integrasi tumbuh bagai cendawan, cendawan yang boleh dimakan, atau cendawan racun yang memudaratkan?

HASRIZAL
Saifulislam.Com

 

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

4 comments

  1. Ketika mengajarkan sains, mungkin kita boleh petik ayat-ayat al-Quran yang selari dengan sains dan terapkan dalam pemikiran murid-murid betapa sains itu membuktikan kewujudan Allah ta’ala.

    Misalnya, bila ajar tentang buruj (gugusan bintang di langit, sebutkan bahawa dalam al-Quran ada surah al-Buruj. Bila ajar tentang geografi, gunung-ganang, petik ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa gunung-ganang itu Allah ta’ala jadikan sebagai pasak di bumi.

    Ketika mengajarkan matematik, ajarkan bahawa pengiraan amat penting dalam kehidupan. Misalnya ketika berjual beli. Islam melarang kita bersifat khianat dalam timbangan atau menetapkan pengiraan harga yang tidak betul.

    Wallahu a’lam.

  2. Assalammualaikum & salam sejahtera.
    Mempelawa pelajar lepasan SPM & STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma dari INSTEDT & usahasama UiTM.

    Program yang ditawarkan :

    1. Diploma Kejururawatan
    2. Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat-UiTM
    3. Diploma Pengajian Sukan-UiTM
    4. Diploma Grafik Media Digital
    5. Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang
    6. Diploma Kesetiausahan Kesihatan
    7. Diploma Pengajian Islam
    8. Diploma Pengurusan Pelancongan
    9. Diploma Pengurusan Perhotelan
    10. Diploma Teknologi Maklumat
    11. Diploma Pengurusan Perniagaan
    12. Diploma Perakunan
    13. Diploma Perbankan & Kewangan Islam

    Bagaimana untuk mendaftar?

    1. Sila klik link dibawah untuk lihat syarat kelayakan, maklumat program & pendaftaran

    http://www.instedt.edu.my/wassup/index.html

    2. # PENTING : Pada borang pendaftaran, penuhkan ruangan yang disediakan & tulis ‘zuraini297′ pada kolum ‘staff id’ bagi memudahkan urusan pihak berwajib.

    Mohon dihebahkan.

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi 07-8222008 (INSTEDT)

    Sekian, terima kasih.

  3. Assalamualaikum Ustaz,

    Ini memang soal hidayah.
    Ibu bapa begitu… entahla, yg saya amati, ibu bapa sendiri hanya ingin anak disadur dgn SILIBUS.

    Mereka tidak kisah, anak SATU atau, dua..
    asalkan anak mereka, CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG di mata masyarakat. That is SUCCESS.

    Anak saya ok je.

    *
    dua , tidak boleh menjadi SATU ustaz..

    kerana kita, dari SATU…

    ingin dua menjadi satu, seolah menanti ranting2 pokok bersatu membentuk dahan, bersatu membentuk batang utama, bersatu membentuk akar utama.

    Sedangkan dari akar, terbitnya batang, dahan dan ranting…

    DIA, SATU,
    KALAM DIA, SATU…
    Al-Quran itu SATU, dari SATU..

    *berserah diri, itu kunci.

  4. Assalammualaikum ustaz… setuju dengan artikel ini…
    errmmm..sistem pendidikan sekarang tak nampak dalam bab penegakan Islam sendiri..

    Saya pun dlm proses nk mencari sebuah sekolah yg menitikberatkan soal ISLAM berpandukan sistem takwim Alquran dan sunnah…

    Sentiasa berdoa..agar niat kami ini dripermudahkan oleh Allah swt..
    anak sebagai bekalan akhirat kami…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share