Bencana Membuat Modul Berteraskan al-Quran Tanpa Ilmu Alat

“Apa batasan untuk membina modul dengan menggunakan ayat al-Quran?”

Salah seorang peserta bertanya. Kami berada di dalam program teknik membina modul yang saya dijemput menyampaikan sepatah dua kata.

Pertanyaan beliau itu berat. Macam mana sekali pun, modul-modul yang mahu bersandar kepada al-Quran, adalah satu bentuk penafsiran al-Quran. Untuk menafsir al-Quran, syarat menafsir al-Quran teraplikasi.

“Jika mahu gunakan ayat al-Quran secara langsung, sebagai dalil yang jelas kepada sesuatu isi, tidak mengapa. Misalnya semasa menyampaikan nasihat tentang berbuat baik kepada ibu bapa, kita bawakan ayat al-Quran surah al-Isra’ ayat ke-23. Tetapi jika ayat al-Quran itu mahu diolah, diekstrak sesuatu daripadanya, memerlukan proses logik induktif atau deduktif, maka wajib mematuhi ilmu tafsir.” saya jelaskan.

“Oh, susahlah begitu ya” keluh beliau.

Ada beberapa contoh modul yang sempat diajukan oleh peserta di dalam program. Ada yang mahu menjadikan ayat al-Quran berkaitan kisah Nabi Sulaiman alayhi al-Salam sebagai asas modul komunikasi efektif. Macam-macam lagi modul.

Ayat al-Quran jika dipetik pada isi ceramah yang straight forward, apa yang menariknya? Tidak enak dijadikan modul. Mesti ada design tertentu, ada wow factor, barulah modul itu menarik dan boleh bernafas di pasaran, di sisi tujuan menyampaikan kebaikan-kebaikan agama. Tetapi jika tidak cukup syarat untuk membuat modul, tidak tahu tafsir, jahil  bahasa Arab, bagaimana?

Saya pulang dengan rasa susah hati.

ISU EXTENDED EXCLUSIVE BREAST FEEDING (EEBF)

eebf01

TEKS PENUH COACH BERKENAAN:

Kenapa coach yakin utk EEBF???

Coach pegang 6 point:
1) surah al-baqarah ayat 233 terang tang tang mention “penuh” 2 tahun
2) najis ringan – bukan nak dapat title najis tu lah sgt tp sy concern dgn ayat “minum susu ibu shj tanpa makanan lain”
3) kenapa ibu menyusu tak wajib puasa sedangkan ia rukun Islam??? Takde pulak ayat ibu teruskan berpuasa anak kena makan!
4) kalau anak dah makan of coz demand baby makin kurang senang susu nak drop! Then cakap oh susu drop semulajadi????
5) zat susu ibu berubah ikut tumbesaran bayi – apsal tak cukup zat pulak??
6) susu ibu rasa macam2 ikut apa yg ibu makan – tu yg tak cerewet makan

Renung-renungkan buat mommies yg masih tak yakin dgn eebf ni

Tapi nak buat makesure susu supply cukup ler
Jgn sampai catu demand baby pulok
End up tak cukup zat sampai doktor salahkan eebf
Padahal ibu tu yg kurang bagi susu

Hikmah yg coach nampak utk anak coach yg dah berjaya eebf:
1. Lepas makan terus berak buang yg x perlu – usus bagus!
2. Tak cerewet makan langsung! Apa sy makan suma dia telan
3. Mulut pot pet lancar je takde pulok delay speech. Yg ini sy perhatikan mak bapak yg kena main peranan rajin bercakap dgn anak. Pastu cakap clear jgn pelat2
4. Ikatan bonding lebih kuat sebab dia masih kerap menyusu sampai 2 tahun tu. Bila dia buat perangai sng cool down & dibawa berbincang
5. Bila saya sedih dia yg akan dtg & peluk saya pujuk2 siap mintak maap sampai sy senyum balik

Dia baru 3 tahun byk manfaat yg coach dah dpt
Tak sabar nak tgk pkembangan dia bila makin mbesar nanti 🙂

Now sedang berjuang utk anak ke-3 buat eebf
Teruskan wahai ibu
Usah rasa gusar lagi!

Meh belanja 1 gambar
Pagi tadi dah makan roti canai, tengahari makan nasi berlauk pulak, petang2 balun pisang goreng
Apa hidang suma dia balun
Itulah kelebihan eebf..heheheee

Tadi mak sedara datang dia tegur eh kak ngah nampak makin berisi la
Kak long yg makin susut
Sedangkan kak ngah yg eebf
Hmmmmm

Psssttt cakap zat susu ibu berubah ikut tumbesaran baby
Tapi kenapa start 6 bulan cakap dah tak cukup pulok kena topup makan
Eh berbelit lah pening mak
.
Kongsikan jika bermanfaat

Siapa belajar sesuatu say “banyak manfaat”

———————
Mommies nak pelajari teknik meriahkan susu tanpa suplemen?
Takyah susah2 bangun awal pagi tidur cukup susu makin meriah!

WASSAP “MENTOR MENTEE” ke 0124242767
WASSAP “MENTOR MENTEE” ke 0124242767
WASSAP “MENTOR MENTEE” ke 0124242767

‪#‎eebf‬
‪#‎AsiahMaharam‬
‪#‎bfcoach‬
‪#‎susumeriahtanpasuplemen‬

Baru-baru ini saya diajukan satu petikan pos oleh Coach penyusuan bayi yang mengamalkan EEBF ini. EEBF bermaksud, program menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif selama dua tahun, melebihi saranan EBF standard iaitu 6 bulan. Sudah tentu topik ini bukan bidang saya. Tetapi Coach berkenaan menyandarkan amalan EEBF beliau kepada firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 233.

2_233

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun sempurna iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”

Saya bukanlah seorang yang arif dalam Fiqh. Namun, serba sedikit, saya tahu di mana hal ini hendak dirujuk. Selepas membuat sedikit pembacaan pada kadar biasa, saya memberanikan diri bersuara:

Assalamualaikum Coach. Maaf saya lelaki, mungkin kurang sopan untuk berada di sini.

Tempoh hawlayn kamilayn (dua tahun penuh) itu disebut di dalam ayat 233 surah al-Baqarah berkenaan, sebab konteks ayat itu adalah berkenaan wanita yang diceraikan. Maka, kerisauan timbul, penceraian menyebabkan kepentingan anak terjejas, misalnya bapa pisahkan anak dari ibu sebab dendam, maka syara’ bagi peruntukan dua tahun, bahawa apa-apa berlaku dalam rumahtangga, jangan nafikan dua tahun hak menyusukan anak. Selepas itu Allah SWT sebut, “bagi yang mahu melengkapkan tempoh dua tahun itu”. Maknanya harus untuk menyusu ditamatkan lebih awal daripada tempoh dua tahun.

Bagaimanakah ayat ini boleh menjadi dalil susu ibu sahaja secara eksklusif selama dua tahun dan tidak boleh bercampur dengan solid food lain? Kalau nak tekankan aspek kesihatan, gunakan bukti-bukti saintifik, dan bukannya berdalilkan ayat ini sebab makna dan konteksnya sangat berlainan.

Jika menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun itu baik untuk kesihatan, maka promosilah ia sebagai saranan kesihatan dan bukannya sebagai kehendak nas al-Quran dan hadith Nabi sallallahu alayhi wa sallam. Kecuali ada nas yang secara terang menyatakan bahawa memberi anak solid food sebelum umur dua tahun adalah kurang bertaqwa atau kurang Islamik.

Betulkan saya jika saya silap.

Di peringkat ini saya berhati-hati dan tidak menjangka bagaimanakah bentuk maklum balas yang bakal diterima. Saya sering peringatkan diri saya dan kawan-kawan apabila berdepan dengan pengamal kaedah-kaedah kesihatan alternatif di dalam masyarakat hari ini, jangan sarkastik, jangan menyindir. Gunakan ayat yang tegas, kemas dan bermaksud untuk diterima dan membawa kepada perubahan yang baik. Mampukah saya? Harapnya saya mampu. Itu maksud qawlan sadida di dalam surah al-Ahzāb ayat 70 dan 71. Hanya dengan qawlan sadida, baru Allah akan tolong islahkan usaha kita dan ampunkan dosa-dosa kita. Pertolongan Allah sangat penting dalam amar makruf nahi munkar. Jika kita langgar perintah Allah semasa mencegah kemungkaran, Allah tidak bersama kita, walaupun kita di pihak yang benar.

Coach berkenaan menjawab:

Wasalam
Terima kasih atas pandangan
Saya hanya berkongsi ikut apa yg saya pegang
Terpulang jika ada pemahaman lain

Tiada masalah nak perkenalkan solid food awal asalkan ibu masih menyusukan anaknya dgn susu ibu
Ia tidak jatuh hukum org itu tidak bertaqwa

Cuma saya cukup yakin saranan 2 tahun itu adalah susu ibu sahaja bukan bercampur dengan solid food berdasarkan point yg sy dah ulas di atas

Terpulang juga ibu mahu penuhi atau tidak

Tiada paksaan & tiada kewajipan
Terang dinyatakan pada mereka yg berkemampuan shj

Jika mampu apa salahnya bukan? ?

Alhamdulillah, jawapan yang diterima adalah dalam nada yang meraikan saya. Tetapi ia tidak meraikan saranan saya. Mana boleh main terpulang ikut kehendak masing-masing. Ini ayat al-Quran. Ayat Allah. Saya menjawab lagi:

Coach *** , bagaimana jika saya katakan, elok kita susukan anak dengan susu babi sebab susu babi Halal. Saya ada dalil al-Quran untuk hujah saya iaitu surah a-Baqarah ayat 173. Di dalam ayat itu Allah SWT kata “Sesungguhnya diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, DAGING babi, dan apa-apa yang disembelih bukan dengan nama Allah” . Jika seluruh babi yang haram, maka sudah tentu Allah akan sebut “diharamkan ke atas kamu… babi, tanpa perlu menyebut daging babi” Apabila disebut daging babi, maknanya hanya daging babi yang diharamkan. Ada pun tulangnya, kulitnya, kukunya, bulunya, termasuk susunya, semuanya halal!

Adakah Coach terima pendapat saya ini?

Dan adakah sebenarnya saya berpendapat susu babi halal? Saya tidak berpendapat begitu. Sebab apabila ayat al-Quran menyebut DAGING, ilmu tafsir akan menjelaskan, adakah sebutan DAGING itu bermaksud eksklusif (takhsis) atau bermaksud kelaziman (aghlabiyyah). Saya berpegang dengan pendapat ulama, lafaz daging itu merujuk kepada kelaziman. Yakni, bahagian babi yang paling banyak dimanfaatkan ialah dagingnya. Dan ia tidak sama bermaksud takhsis, bahawa hanya daging babi yang haram, selebihnya halal.

Saya tidak pertikai isu susu anak eksklusif selama dua tahun itu sebab ia bukan bidang saya. Apa yang saya pertikai ialah Coach nisbahkan ia kepada ayat 233 surah al-Baqarah sebagai asas yang Coach yakini bahawa itulah sumbernya kenapa Coach anjurkan susukan anak selama dua tahun penuh tanpa campur solid food. Sedangkan tiada langsung sebarang sudut yang boleh menunjukkan maksud ayat itu adalah sedemikian rupa. Ada ke ulama tafsir yang berpendapat macam Coach? Mohon kongsikan dengan saya untuk saya rujuk dan lihat cara perbahasan dibuat.

Jika tiada, saya sebagai saudara seagama, nasihatkan Coach supaya sandarkan modul EEBF Coach itu kepada kajian-kajian saintifik tanpa perlu untuk menyandarkannya kepada ayat al-Quran. Jika mahu guna ayat al-Quran, saya cadangkan Coach guna ayat 7 surah al-Anbiya’ ayat 7, yakni “bertanyalah kepada ahli yang berilmu jika kamu tidak tahu” dan ahli yang berilmu itu adalah Coach. Denga syarat, Coach kemukakan bukti-bukti kajian bahawa menyusukan anak eksklusif dengan susu badan selama dua tahun adalah yang terbaik untuk bayi, dan hal-hal lain seperti delay in speech, yang saya yakin Coach lebih arif berbanding kami.

Otherwise, jangan guna ayat ini.

Agama kita tidaklah jumud. Ayat al-Quran masih terus ditafsir oleh ilmuan selepas lebih 1000 tahun ia turun kerana banyak ayat al-Quran berinteraksi dengan zaman-zaman yang berbeza. Namun ia tidaklah pula bermaksud kita boleh menafsir sesuka hati tanpa apa-apa reasoning yang munasabah, kemudian kita kata “terpulang jika ada pendapat yang berbeza, kita berlapang dada”.

Marilah sama-sama kita takut kepada Allah. Jangan gunakan kalam Allah untuk maslahah peribadi kita semua. Saya juga sampaikan ini sebagai tanggungjawab nahi munkar dan dengan semangat ukhuwwah fillah.

Saya mula mengesyaki, salah faham beliau dengan ayat al-Quran ini lebih rumit daripada yang dijangka. Jawapan beliau yang seterusnya mengejutkan saya.

Alhamdulillah banyak manfaat saya dah dapat drp eebf ni
Saya tidak paksa sesiapa utk follow
Anda baca & cari ilmu lagi rasa yakin baru decide mahu follow atau tidak
Bukan hanya baca posting saya ini shj anda terus buat keputusan

Saya dah jumpa apa yang saya cari & dah ketemu jawapannya

Saya tidak berpegang hanya pada surah Al-Baqarah shj tapi sy pegang 6 point di bawah especially point no.3:

1) surah al-baqarah ayat 233 terang tang tang mention “penuh” 2 tahun
2) najis ringan – bukan nak dapat title najis tu lah sgt tp sy concern dgn ayat “minum susu ibu shj tanpa makanan lain”
3) kenapa ibu menyusu tak wajib puasa sedangkan ia rukun Islam??? Takde pulak ayat ibu teruskan berpuasa anak kena makan!
4) kalau anak dah makan of coz demand baby makin kurang senang susu nak drop! Then cakap oh susu drop semulajadi????
5) zat susu ibu berubah ikut tumbesaran bayi – apsal tak cukup zat pulak??
6) susu ibu rasa macam2 ikut apa yg ibu makan – tu yg tak cerewet makan

Kenapa rukun Islam ke-3 pun diberi kelonggaran kpd ibu menyusu?
Kenapa tiada ayat teruskan berpuasa & anak perlu diberi makan?
Kenapa ada diceritakan kisah Nabi menjadi anak susuan? Supaya ada alternatif lain bilamana ibu tak mampu beri susu badan sendiri, boleh beri susu orang lain pula bukan perlu diberi makan

Di situ saya sangat yakin usia 2 tahun itu adalah susu ibu sahaja bukan ada diberi makan

Teruskanlah mencari jika anda masih kurang yakin

Saya dah rasa sangat yakin untuk meneruskannya smile emoticon

Saya dapati beliau sangat berkeras dalam mempertahankan pendapatnya, dan butiran yang beliau kemukakan seperti terhidu ada falasi yang saya tidak tahu dalam kategori mana.

Coach, saya mencari jawapan kepada perbuatan Coach menafsir ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 233 sebagai dalil EEBF. Coach belum jawab.

Jika Coach jumpa apa yang dicari, pakai sahaja untuk diri sendiri. Untuk memodulkannya dengan sandaran al-Quran, Coach mesti bertanggungjawab. Atau adakah ayat al-Quran itu sekadar pelaris? Untuk memberi citarasa agama?

Perbuatan menyelewengkan tafsiran ayat al-Quran adalah satu kesalahan di sisi Allah yang sangat besar.

“Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak” [al-Hajj: 8-9]

Sudah tentu saya rasa panas hati. Jawapan beliau berbelit-belit dan beliau tetap mengatakan penjelasan saya tidak jelas. Sebagai seorang guru, ketidak jelasan dalam penerangan adalah satu kegagalan dalam satu kemahiran induk.

Saya ulang balik apa yg saya dah terangkan. Saya tidak hanya berpegang pada surah Al-Baqarah shj

Nauzubillahiminzalik utk kalau niat sy semata utk melariskan jualan

Siapa kita utk menilai niat orang lain?
Hanya Allah maha menilai

Ini jawapan saya baca semula & fahamkan:

Alhamdulillah banyak manfaat saya dah dapat drp eebf ni
Saya tidak paksa sesiapa utk follow
Anda baca & cari ilmu lagi rasa yakin baru decide mahu follow atau tidak
Bukan hanya baca posting saya ini shj anda terus buat keputusan

Saya dah jumpa apa yang saya cari & dah ketemu jawapannya

Saya tidak berpegang hanya pada surah Al-Baqarah shj tapi sy pegang 6 point di bawah especially point no.3:

1) surah al-baqarah ayat 233 terang tang tang mention “penuh” 2 tahun
2) najis ringan – bukan nak dapat title najis tu lah sgt tp sy concern dgn ayat “minum susu ibu shj tanpa makanan lain”
3) kenapa ibu menyusu tak wajib puasa sedangkan ia rukun Islam??? Takde pulak ayat ibu teruskan berpuasa anak kena makan!
4) kalau anak dah makan of coz demand baby makin kurang senang susu nak drop! Then cakap oh susu drop semulajadi????
5) zat susu ibu berubah ikut tumbesaran bayi – apsal tak cukup zat pulak??
6) susu ibu rasa macam2 ikut apa yg ibu makan – tu yg tak cerewet makan

Kenapa rukun Islam ke-3 pun diberi kelonggaran kpd ibu menyusu?
Kenapa tiada ayat teruskan berpuasa & anak perlu diberi makan?
Kenapa ada diceritakan kisah Nabi menjadi anak susuan? Supaya ada alternatif lain bilamana ibu tak mampu beri susu badan sendiri, boleh beri susu orang lain pula bukan perlu diberi makan

Di situ saya sangat yakin usia 2 tahun itu adalah susu ibu sahaja bukan ada diberi makan

Teruskanlah mencari jika anda masih kurang yakin

Saya dah rasa sangat yakin untuk meneruskannya smile emoticon

Beliau membawa lebih banyak isi kandungan yang rencam.

Saya mesti mencari sebab mengapakah penerangan saya tidak jelas kepada beliau.

Soalan saya ialah pada point nombor 1. Buang nombor 1 itu, Coach terselamat daripada mendustakan ayat Allah. Yang lain-lain saya tak sentuh.

Berkemungkinan Coach tidak sedikit pun akan berganjak daripada menggunakan ayat al-Quran berkenaan. Tidak mengapa. Saya tulis ini agar pembaca yang lain boleh mempertimbangkan, dan menilai sendiri, agar mereka berhati-hati dengan hal-hal sebegini kerana ia membabitkan soal agama.

Langit manakah yang boleh meneduhku dari kecelakaan apabila aku bercakap tentang ayat-ayat Allah dari fikiranku sendiri?

Beliau menjawab lagi:

Saya masih pegang ayat no.1 itu adalah kuncinya

Point 2-6 itu sokongannya

Berpeganglah kamu kpd Al-quran & sunnah nescaya kamu tidak akan sesat

Dunia akhir zaman banyak fitnah saya pegang kedua-duanya utk panduan hidup saya sampai mati

Beliau percaya yang beliau sedang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Jawapan beliau yang berikutnya menjadi semakin tegang dan rumit:

Ini jawapan bukan daging babi je haram tapi termasuklah semuanya sekali termasuklah susu babi

 

almaidah-3

Tolong beri saya ayat al-quran atau sunnah atau hadis yg ada menyebutkan bayi 2 tahun perlu diberi makan selain susu ibu sahaja

Barulah saya akan berganjak drp pendirian saya.

Tuan belajar shariah pasti sangat arif utk menghuraikan maksud surah Al-baqarah ayat 233 yg sebenar

Jika tuan tidak keberatan apakah huraian yg sebenar tentang ayat tersebut?
Apakah nas atau dalil yg menyokong ayat tersebut bukan utk eebf tapi perlu diberi makan juga dalam tempoh 2 tahun?

Apabila beliau memberi bukti kepada pendapat semua anggota babi adalah haram dengan membawa petikan ayat al-Quran surah al-Maidah ayat 3, yang di dalam terjemahan bahasa Melayunya ada ditulis:

“… dan daging babi (termasuk semuanya)…”

… saya mula menyedari bahawa:

  • beliau mungkin menyangka saya memang percaya bahawa susu babi halal. Sedangkan saya hanya memberikan contoh. Dan sudah pun saya jelaskan, bahawa saya menolak pendapat susu babi halal kerana ayat berkenaan saya fahami dengan kaedah-kaedah yang telah diterangkan sebelumnya. Beliau seperti terlepas pandang, dan percaya bahawa saya berpendapat ada bahagian babi yang tidak haram.
  • beliau bukan merujuk kepada nas al-Quran di dalam bahasa Arabnya, tetapi beliau merujuk kepada terjemahan. Dan kerana dalam terjemahan itu ada kenyataan di dalam kurungan berbunyi “termasuk semuanya”, maka bagi beliau itulah dalil untuk beliau menolak hujah saya.

Butiran kedua itu sangat penting.

Terkandung di dalamnya jawapan yang jelas kepada kekeliruan beliau. Tetapi kelemahan saya, tumpuan saya terhad kepada butiran pertama bahawa Coach ini tidak get the point.

Setelah membaca ayat uztaz Hasrizal Abdul Jamil berkali-kali saya faham jelas apa yg ustaz cuba sampaikan

Ustaz cuba sampaikan surah al-baqarah ayat 233 tidak sesuai dijadikan nas utk eebf sebab isu yg diketengahkan dalam ayat itu adalah untuk isteri yg diceraikan bukan ttg eebf

Bagi pendapat saya yg sangat jahil ni tapi masih boleh waras berfikir
Walaupun isunya menekankan tentang isteri yg diceraikan
Kenapa ayat tersebut ditulis sedemikian yg mana sambungan ayatnya adalah “bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”

Ayat ini bagi saya adalah kunci untuk menyatakan penyusuan yg sempurna adalah selama tempoh 2 tahun

Jadi persoalan semasa saya cuba memahami ayat ini adalah 2 tahun ini hanya susu ibu shj atau perlu diberi makanan lain?

Sehinggalah saya ketemu point 2-6 di atas yg menguatkan keyakinan saya utk buat eebf

Harap ustaz juga dapat memahami kenapa saya masukkan sekali surah al-baqarah itu dalam point 1
Mungkin cara olahan saya kurang tepat yg membuatkan ustaz kurang faham apa yg saya cuba sampaikan

Maaf dari pihak saya jika menimbulkan sebarang kekeliruan

Saya perlukan sokongan drp ustaz pula ttg galakan diberi makan dlm tempoh usia bayi 2 tahun

Apakah nas atau dalil yg menyokong galakan tersebut?

Kenapa penjelasan saya yang jelas kepada orang lain, masih tidak jelas kepada beliau? Kenapa beliau masih percaya bahawa ayat 233 surah al-Baqarah itu mengandungi dalil untuk modul EEBF tersebut? Saya agak hilang sabar. Pada saya beliau berbohong. Namun saya mungkin silap. Beliau tidak berbohong, tetapi memang beliau tidak nampak apa yang cuba saya tunjukkan, walaupun kebanyakan orang lain nampak belaka.

Ayat berkenaan menjelaskan tempoh yang (ditetapkan / dijamin / diperintahkan / digalakkan) untuk ibu susukan anak ialah 2 tahun.

Kenapa dua tahun?

Sama-sama kita cari hikmahnya. Boleh tengok kesan psikologi ke atas anak, kesan fisiologi, dan lain-lain.

Tak ada masalah.

Memang ayat tersebut sebut 2 tahun.

2 tahun itu menyusukan anak dengan susu sahaja atau 2 tahun itu menyusukan anak dengan susu dan boleh bercampur solid food… Tidak ada penerangan mengenai hal itu dalam ayat ini.

Coach *** kata, berdasarkan ayat ini, dua tahun susu badan tanpa solid food. Coach mendatangkan satu penambahan kepada maksud ayat tersebut. Jadi saya tanya, bagaimana Coach munculkan bab “mesti dengan susu sahaja” tu?

Kalau saya baca ayat ini, ayat ini hanya beritahu saya 2 tahun. 2 tahun eksklusif susu badan sahaja ke, atau boleh campur susu badan dengan solid food, bagi saya dua-dua munasabah. Sebab ayat itu tidak menspesifikan mana-mana antara dua itu.

Tapi Coach kata, tidak. Ayat itu menjelaskan 2 tahun, susu badan, tanpa solid food.

Tanpa solid food tu? Datang dari mana?

Kalau dari akal fikiran Coach, ok saya terima.

Kalau dari ayat 233 surah al-Baqarah itu, Coach pembohong. Sebab ayat tu tak ada sebut apa-apa tentang susu dan solid food atau susu sahaja.

Jelas?

Saya mengalah. Saya sudah angkat bendera putih.

Saya tamatkan di sini. Saya cikgu sekolah. Macam-macam kerumitan yang pernah saya temui dalam nak menjelaskan sesuatu isu. Namun inilah proses menerangkan, yang paling susah untuk saya lakukan. Fi amanillah puan.

Moga Allah tak murka dengan puan sebab puan memang tak nampak salahnya di mana. Walaupun kesalahan puan sangat berat dalam menafsirkan ayat al-Quran itu, moga Allah tak hitung ia sebagai dosa, sebab puan tak nampak. Orang lain nampak. Puan sahaja yang tak nampak setakat maklum balas semasa ini.

Dan moga Allah ampunkan saya sebab saya tak cukup kemahiran nak terangkan dengan cara yang lebih mudah lagi. Kemampuan saya setakat ini sahaja.

Selamat malam. Wassalamualaikum WBT.

Saya berhajat untuk tidak lagi menyambung hujah. Bagi saya, tidak mengapalah jika saya tidak dapat mengubah pendirian beliau. Asalkan catatan saya dapat membantu orang lain mencerahkan akal fikiran mereka agar tidak dimangsakan oleh modul Coach ini, itu sudah cukup baik. Saya sedih melihat ramai pengamal EEBF berdasarkan pembacaan saya di halaman Coach berkenaan, yang berasa tertekan apabila gagal memenuhi EEBF, manakala yang berjaya pula begitu meraikannya. Kenapa? Allah tidak suruh pun buat begini. Perbuatan sebegini jika disandarkan kepada agama, ia adalah sifat ghuluw, melampau dalam beragama.

Perbuatan melampau dalam beragama, membuat lebih daripada apa yang Allah suruh, dan menganggap segala susah payah untuk memenuhi segmen tambahan itu sebagai menambah pahala, menjadikan kita lebih baik di sisi Allah, kesemuanya itu adalah salah. Malah sikap sebeginilah yang membinasakan umat-umat terdahulu. Sifat yang menyebabkan manusia lelah dalam beragama.

«أيها الناس! إياكم والغلو في الدين، فإنما أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين» (أخرجه أحمد:1/215، والنسائي:268، وابن ماجه:3029)

“Wahai sekalian manusia, janganlah sekali-kali kamu bersikap melampau dalam beragama. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa disebabkan oleh sikap melampau mereka dalam beragama.

Perbuatan menghalalkan apa yang Allah haramkan, itu jelas dan manusia tidak berpolemik dalam menanggapnya. Tetapi perbuatan mengharamkan apa yang Allah halalkan, ia juga melanggar perintah Allah. Seseorang itu akan mengharamkan apa yang Allah halalkan dengan bersikap melampau dalam beragama.

Menyusu sehingga sempurna tempoh dua tahun, jika mahu disandarkan ke surah al-Baqarah ayat 233 itu, ada ruang sandarannya. Ayat itu boleh difahamkan bahawa anak berhak untuk menerima susuan ibu sehingga ke tempoh penuh dua tahun. Itu pun, ada ruang kelonggaran, sebagaimana yang diterangkan oleh ayat yang sama.

Tetapi menyusu dua tahun secara eksklusif, tanpa makan, hanya susu badan, sehingga anak mencecah umur 2 tahun, itu tidak disebut di dalam nas berkenaan atau mana-mana nas yang saya ketahui setakat ini. Kenapa dibayangkan seolah-olah itulah yang Islam mahukan? Saya tidak mahu sentuh tentang strategi dan hujah-hujah balas golongan EEBF ini pada menjustifikasikan pendirian mereka kerana saya akur ia bukan bidang saya. Tetapi saya boleh mempertahankan pendirian bahawa menyusukan bayi hanya dengan susu badan sehingga lengkap tempoh dua tahun, IA TIDAK DISURUH AGAMA!

Coach berkenaan membuka kembali perbahasan keesokan harinya:

Sebenarnya ustaz tak nampak juga apa yg saya nampak & cuba sampaikan
Saya tak tafsir keseluruhan ayat itu utk point eebf tu sy tafsir sebahagian ayat yg berbunyi

“Para ibu bendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya”

MENYEMPURNAKAN PENYUSUAN PENUH itu adakah susu ibu shj atau perlu diberi makan dalam tempoh 2 tahun itu?
Isu itu yg saya concern sampailah saya jumpa point 2-6 termasuk point ke-7 ttg kisah Nabi menjadi anak susuan pastilah penyusuan penuh itu hanya minum susu ibu shj kerana terlalu banyak alternatif yg Allah beri supaya bayi 2 tahun itu mendapat susu ibu shj

Jika perlu diberi makan pasti point 2-7 tidak wujud
Contoh:
jika ibu berpuasa pasti ayatnya ibu harus meneruskan puasa & anak boleh diberi makan
Hikmah diberi kelonggaran berbuka puasa kerana ibu perlu makan utk bekalkan zat yg cukup dlm susu ibu seiring dgn usia bayi

Jika ibu tak mampu beri susu sendiri pasti ayatnya bukan mencari ibu susuan tapi anak boleh diberi makan
Tapi kenapa sampai boleh diberi upah lagi kpd ibu susuan?

Ustaz nampak tak apa yg saya nampak sekarang?

Takpela
segala kefahaman itu Allah jua yg beri. Saya serah pada Allah. Dia yg maha menggerakkan hati setiap hambaNya. Setiap langkah & tindakan saya memang saya solat & doa mohon petunjuk Dia. Lorongkan jalan yg betul. Usai lepas solat doa yg saya pinta hanyalah “ya Allah cukupkan bekalan amalanku saat hembusan nafas terakhirku”

Terima kasih sangat2 atas penjelasan ustaz cuba untuk memahamkan saya
Saya sangat menghargainya

Saya sangat2 ingin memahami maksud sebenar penyusuan penuh 2 tahun itu bagaimana sebenarnya tapi hujah ustaz belum cukup kuat untuk saya bersetuju sepenuhnya

Doakan saya dipertemukan ustaz yg lebih arif utk merungkaikan permasalahan ini supaya saya cukup jelas dgn hujahnya

Seronok bilamana dapat berbincang secara ilmiah dgn orang yg lebih arif
Alhamdulillah ada yg prihatin utk perbetulkan isu ini

Sekali lagi tiada kewajipan utk melakukan eebf
Jangan sampai memudaratkan diri ibu
Buat hanya jika anda mampu

Wallahualam

 

Sampai ke peringkat ini, saya sudah menjadi lelah, Terus teringat kepada kata-kata Imam Shafi’e yang banyak berlegar di internet, dan macam-macam ungkapan pada menjelaskan bahawa dalam situasi sebegini, saya tidak akan menang.

Hmm..

Saya bukan mahu menang.

Saya cuma mahu usahakan agar akhirnya saya nampak apa yang Coach berkenaan nampak, dan beliau nampak apa yang saya nampak. Ada missing link dalam perbincangan kami. Saya sudah hampir mengalah. Tetapi catatan rakan Coach tersebut mengundang kemarahan saya. Satu kelakuan dalam masyarakat Melayu yang saya tidak suka ialah kita cepat mengubah perbincangan daripada sesuatu yang rasional, beralih kepada isu personal dan akhirnya menjadi emosional dan tidak sampai kepada konklusi.

Komen seorang penyokong:

Saya sayang Coach Asiah coz coach Asiah dah jumpa jawapan apa beza EBF dan EEBF, saya doakan Alia menjadi anak yang solehah..

kesiah dgn manusia yg suka pertikaikan apa yg orang lain share, ingatlah Allah merakam setiap inci kata2 mu itu, bykkanlah beristifar

Saya menjawab:

Teguran saya ialah pada kesalahan menggunakan ayat al-Quran pada makna yang salah. Tiada yang personal. Malah teguran ini adalah dengan maksud untuk menyelamatkan Coach *** daripada kemurkaan Allah kerana perbuatan mereka-reka tafsiran yang lari daripada maksud al-Quran adalah dosa besar. Sahabat yang baik adalah sahabat yang mengajak kepada kebaikan dan bukan menyetujui atau mendiamkan dosa dan kesalahan.

Nothing personal. Semua yang akur kepada tafsiran ayat 233 surah al-Baqarah oleh coach Asiah itu sangat perlu bertaubat dan dan membetulkan kesalahan.

Ada pun nak amalkan EBF atau EEBF, silakan. Namun jangan kaitkan dengan ayat al-Quran yang tiada kena mengena dengan ‘exclusive’ breast feeding.

Bagi jelas tu.

Tiada apa yang saya dengkikan. Saya sampai ke sini atas permintaan beberapa orang sahabat berkaitan tafsiran surah al-Baqarah berkenaan. Menjadi tanggungjawab yang tahu, untuk memberitahu. Jangan bermain-main perasaan dalam hal sebegini.

Walaupun saya sangat tidak berpuas hati dengan penghujahan Coach berkenaan, tetapi konsistensi beliau membaca semua yang saya tulis, dan beliau kekal membalas, adalah sesuatu yang saya mesti berikan kredit. Tidak semua mampu melakukannya. Saya sendiri gigih menjawab, kerana beliau gigih membaca dan bertanya.

Saya tahu niat ustaz baik, tiada niat personal
Ustaz risaukan saya yg tersalah tafsir surah tersebut

Saya serahkan pada Allah
SesungguhNya Dia yang maha mengetahui
Jika benar tafsiran saya salah
Biarlah Dia tunjukkan kebenaran suatu hari nanti

Buat masa sekarang saya masih belum yakin dengan jawapan ustaz
Saya akan rujuk pada ahli yang lain sehinggalah yakin dengan jawapan mereka

Sama-samalah kita mencari kebenarannya

terima kasih sekali lagi atas teguran ustaz

sebelum saya tutup perbincangan, boleh ustaz jelaskan lebih terperinci kenapa ada disebutkan hukum najis mukhafafah itu adalah bayi lelaki yg hanya minum susu ibu sahaja selama 2 tahun? Bagaimana hukum tersebut wujud?

Hukum ini adalah penguat saya untuk buat eebf

Beliau telah membuka topik baru. Kali ini beliau mahu mengaitkan modul beliau dengan peruntukan Syara’ berkenaan kategori najis mukhaffafah bagi air kencing bayi lelaki yang belum makan dan hanya menyusu. Secara jujurnya, saya kena buka balik kitab-kitab al-Ahwāl al-Syakhsiyyah dan Tafsir untuk meneliti perbahasan tentang hukum ini. Semasa saya belajar subjek ini berbelas tahun yang lalu, tidak terlintas di fikiran saya, ia boleh menjadi sesuatu yang rumit dan kompleks.

Hukum itu ada kerana ia bersandarkan beberapa kejadian yang dirakam di dalam hadith, misalnya hadith yang diriwayatkan oleh Umm Qays bint Mihsan di dalam al-Bukhari (223) dan Muslim (287). Semua air kencing bayi sama ada bayi lelaki atau bayi perempuan adalah najis. Yang berbeza ialah cara najis itu dibersihkan. Kencing bayi lelaki yang belum makan selain susu ibu dibersihkan dengan memercikkan air ke bahagian yang terkena air kencing manakala kencing bayi lelaki yang sudah makan selain susu ibu, dibersihkan dengan basuhan sepenuhnya. Manakala bayi perempuan tidak dibezakan sama ada masih sekadar menyusu susu ibu atau sudah makan benda lain, semua sekali mesti dibasuh sepenuhnya.

Kerana cara membersihkan yang berbeza, maka ulama Syafie mengklasifikasikan kenajisan kencing bayi menyusu itu sebagai mukhaffafah.

Kenapa ada perbezaan?

Kenapa dibezakan kencing baby lelaki dan baby perempuan?

Setakat ilmu saya yang terbatas ini, tiada sebarang penjelasan secara langsung tentang sebabnya. Sebab itu jawapan paling selamat kenapa cara basuh begitu, ialah kerana itu yang disuruh oleh Rasulullah SAW. Semasa Aishah r.a ditanya kenapa semasa haid di bulan ramadan, puasa kena ganti, solat tak kena ganti? Aishah r.a jawab “itu yang berlaku semasa kami di zaman Rasulullah SAW. Kami diperintahkan qadha puasa dan tidak diperintah qadha solat”.

Ada juga ulama cuba meneroka hikmahnya. Ada yang kata mungkin sebab baby lelaki kencing banyak dan memancut merata maka susah nak bersihkan di zaman tersebut (zaman baby tidak pakai napkin). Manakala bayi perempuan kencingnya lebih mudah dibasuh. Maka diperintahkan basuh penuh sebab munasabah untuk dibuat dan tidak menjadi bebanan berat ke atas penjaga.

Coach *** pula, apa teori Coach?

Extend minum susu eksklusif supaya kenajisan baby lelaki lebih lama bertaraf mukhaffafah dan mudah dibersihkan ke?

Lewatkan anak makan untuk kesenangan emak uruskan kencing anak?

Justified ke?

Saya asalnya tak sentuh bab ni sebab kalau sentuh bab ni, saya akan terheret mengkritik keseluruhan modul EEBF Coach nanti. Sedangkan saya cuma kritik Coach gunakan ayat Quran secara salah aje.

Nak banyak-banyak susu, anak menyusu eksklusif sampai 2 tahun penuh atau sampai 3 ke 4 tahun sekali pun, saya tak sentuh sebab saya membataskan sisi komen saya.

Perbahasan saya dan Coach EEBF ini telah mendapat reaksi Pakar Kanak-kanak ADDA:

eebf15

TEKS PENUH:

Assalam & salam istirehat sahabat2 semua.

Sebagai pakar pediatrik & pakar laktasi (IBCLC), SUDAH PASTILAH SAYA PENYOKONG TEGAR PENYUSUAN IBU SEBAGAI FITRAH. Namun, terlalu BANYAK saya berdepan dgn ibu2 yg menghadapi masalah, onak ranjau dlm menjayakan penyusuan ibu. Mereka mahu menyusukan anak sepenuhnya dgn susu ibu namun, bila menghadapi masalah…mereka terkapai2 dalam kemelut yg sukar dirungkai. Ada ibu yg tak mampu utk menunaikan penyusuan sepenuhnya perlu REDHA dgn ketentuan rezeki yg Allah swt kurniakan utk setiap anak…tidak perlu stress & tertekan hingga mengalami kemurungan dgn perasaan kegagalan. Ibu2 ini perlu terus diberi sokongan ilmu, panduan & semangat utk meneruskan usaha meningkatkan penghasilan susu mereka…bukan dengan kata2 yg menghina & menyinggung perasaan yg mmbuat mereka lebih tawar hati kpd matlamat memberikan penyusuan ibu. Ingatlah, sbg kaunselor seharusnya tiada paksaan tetapi PANDUAN. Selebihnya kita serah kpd Allah swt.

Ramai yg bertanya kpd saya ttg Extended Exclusive BF…wajarkah & apa pro & cons ttg trend praktis terkini?

Sebelum saya huraikan lebih panjang, suka saya terangkan apa itu ‘Fitrah’ dlm perkembangan mental, sosial & otot2 (fine & gross motor) seorang bayi & perkaitan dgn ‘Fitrah pemakanan’ mereka.

Kalian boleh rujuk Denver II Developmental Screening test / Gesell Developmental Schedule & CAT/CLAMS…

Secara ringkasnya : usia 4-6 bulan, otot lehernya sudah mula kuat & tegak sendiri (no head lag), & jari2nya sudah boleh menggapai apa shj & akan dimasukkan ke mulut. Ada bayi yg sudah boleh didudukkan dgn sokongan ketika umur 6 bulan. Ketika ini, bayi suka menggigit barang2 yg dicapai ke mulutnya & membuat gerakan menyunyah. Inilah FITRAH PERKEMBANGAN BAYI.

Dari sudut pemakanan pula, perkembangan otot motor

1) gross motor spt : kepala sudah boleh tegak & diangkat sendiri (otot sudah kuat utk duduk sms makan)

2)Fine motor : tangannya sudah memasukkan barang dlm mulut seawal 4 – 6bulan, then 9 – 12 bulan bayi sudah boleh suap makanan sendiri (finger food)

3)Otot mulutnya & speech : menggigit semua benda yg sampai kat mulutnya & suka membebel (babbling)

4)Psychosocial ; interested to surrounding & easily distracted, matanya terbeliak melihat makanan yg ibubapa makan malah ada baby yg mencapai makanan yg ibu makan (showing interest to food) disamping air liurnya meleleh keluar (ini mmg fisiologi tubuh manusia bila nampak makanan…penghasilan air liur bertambah).

Ini juga FITRAH. Ini BUKAN PENGALAMAN INDIVIDU….tapi ini semua berdasarkan kajian sains, social, psikologi & kemanusiaan.

Pernahkah kalian mengalami bayi lebih cenderung melihat persekitarannya drpd menumpu perhatian kpd penyusuan? Actually ramai sebwnarnya bayi mengalami ‘nursing strike’ iaitu semasa menyusu dia akan cepat berhenti hisap & menoleh ke arah perkara yg menarik perhatiannya (distraction), maka penyusuannya menjadi seolah2 hanya utk bermain2. Ibu selalu salah sangka & berasa anaknya kurang menyusu apabila bayi berumur 4 bulan ke atas. Siapa yg pernah mengalaminya…angkat tangan!!

Apa akan terjadi jika penyusuannya pendek (< 10 min) Ada sesetengahnya penyusuan menjadi kerap tp hanya sekejap2. Adakah cukup kalori jika bayi hanya menyusu ibu jika bayi mengalami situasi di atas?

Ok, now cerita ttg kalori. Keperluan kalori setiap hari utk bayi

  • < 6 month : 520 – 570 kcal (sumber dr susu 100%)
  • 6 – 8 m/o ; 615 kcal (sumber dr susu 2/3)
  • 9 – 12m/o : 686 kcal (sumber dr susu 1/2)
  • 12 – 24 m/o : 945 kcal (sumber dr susu 1/3). Selepas itu makanan lebih penting drpd susu.

(Average from RNI : Malaysian Dietary Guideline 2013)

Kalian nampak pertambahan jumlah kalori?? Bagaimana dgn sumber zat lain especially Iron & zinc?

Keperluan kalori & zat makanan lain bertambah kerana bayi mempunyai perkembangan FITRAH spt diatas…bayi semakin aktif (belajar utk meniarap, menyelusur, duduk, bergerak sana sini). Penggunaan otak utk belajar drpd semua yg dia lihat, memerlukan energy yg banyak. Semua itu memerlukan pertambahan metabolisme dlm tubuh & keperluan kalori serta zat makanannya juga bertambah bg menampung tumbesaran, metabolisme tubuh & pertahanan tubuh (sistem imun perlukan zinc, iron & vitamin C yg cukup).

Jika bayi hanya menyusu ibu tanpa sebarang makanan lain…adakah kalian rasa ia mencukupi??

Sudah pasti sbg penyokong tegar jawapan saya : susu ibu terkandung segala khasiat & tiada bandingannya dgn mana2 susu lain…namun bg mencukupkan pertambahan keperluan diatas, bayi kena menyusu 2 – 3 x ganda kerapnya drpd umur bayi below 6 month.

Cuba lihat kenyataan perenggan pertama saya ;

Actually ramai ibu yg cuba menjayakan penyusuan eksklusif selama 6 bulan pertama tapi GAGAL…Kalian ingat mudah kah utk maintain penyusuan ibu sahaja selama 2 tahun? Fikirkanlah secara LOGIK AKAL…6 bulan pun susah…inikan pula 2 tahun!! Please tolonglah jangan terlalu fanatik.

FIKIRLAH…saranan memulakan makanan umur 6 bulan ini adalah FITRAH & SAINS.
Allah swt bagi akal utk mengkaji wlpn telah berfirman dlm banyak ayat dlm Al -Quran ttg penyusuan ibu. Namun, ayatnya telah diambil separuh2 oleh GOLONGAN PEN DAKYAH ini & disalaherti & digunakn…Ayat2 tersebut jelas mengatakan penyusuan ibu selama 2 tahun genap bg yg ingin menyempurnakan penyusuan. Namun tiada yg saya jumpa mengatakan : Penyusuan ibu sepenuhnya selama 2 tahun…Wallahualam saya bukan ahli agama & hanya melihat ia drpd sudut saintidik… diharap kalian baca kenyataan ustaz Hasrizal ttg hal2 berkaitan hal ini (lihat attachment photo).

Ttg hadith yg mengatakan ttg najis mukhafafah pun disalaherti & dimanipulasikan hanya utk mengajar ajaran sesat bab penyusuan ibu ni. Sekalipun anak perempuan menyusu 2 tahun penuh…najisnya tetap tidah jd mukhafafah…sbb terang2 hadith tersebut menyebut anak LELAKI yg menyusu ibu shj. Ada penerangan saintifiknya dimana najis kencing budak perempuan mengandungi lebih banyak bakteria berbanding anak lelaki…boleh cari kajian sains tersebut. Ini disebabkan oleh struktur sistem salur kencing yg pendek bg bayi perempuan (easily contaminated), sedang salur kencing yg lebih panjang drpd anak lelaki. Islam tidak pernah mendiskriminasi anak dalam bab pemakanan & hadith tersebut bukan tujuan utk dijadikan panduan kpd penyusuan & pemakanan anak2. Astaghfirullah. Tolonglah jangan manipulasi Al-Quran & hadith mengikut pengalaman peribadi anda & jadikan ia ILMU SESAT….

Sebenarnya banyak lagi yg saya nak huraikan…namun saya tiada masa yg cukup. Saya mohon maaf kpd sesiapa yg tersinggung. Saya mohon supaya kita bersederhana dlm sesuatu, elakkan drpd mengikut ajaran2 drpd yg bukan ahli dlm bidang yg diajarkan.
Saya sedih sbb terlalu banyak informasi & ajaran yg bercanggah dgn konsep Fitrah, konsep menjaga kemaslahatan masyarakat & tanggungjawab sbg khalifah di muka bumi ini hingga mendatangkan kemudaratan terutama kpd anak2 kecil.

Say NO to EEBF
Say NO to ajaran ANTIVAKSIN
Say NO to unsafe & Non-assissted birth by health professionals
Say NO to segala ajaran drpd yg BUKAN AHLInya.

Wassalam

Coach berkenaan memberi kepada saya petikan tesisi daripada Indonesia yang menghuraikan tentang pengertian ayat 233 surah al-Baqarah, serta kajian-kajian saintifik tentang kelebihan susu ibu. Malangnya, tidak ada sedikit pun di dalam bab 39 mukasurat daripada tesis berkenaan menyebut tentang extended exclusive breast feeding. Apa yang ada adalah perbahasan tentang nutrisi susu ibu, serta galakan memanjangkan tempoh susuan sehingga usia bayi 2 tahun. Ada pun mengeksklusifkannya kepada susu sahaja, tanpa makanan, tiada disebut di mana-mana.

Coach menjawab:

saya amik ayat tu drp pengertian najis mukhaffafah ustaz yg bijaksana
Surah al-baqarah ada mention menyempurnakan penyusuan adalah 2 tahun, hukum najis mukhaffafah pula ada mention terang lagi bersuluh 2 tahun tu tak beri makan susu ibu sahaja

Jadi pointnya KALAU DAH DIBERI MAKAN SEAWAL USIA 6 BULAN WALAUPUN MENYUSU SUSU IBU SAHAJA HINGGA 2 TAHUN adakah SEMPURNA?

Saya dah bagi lagi 6 point sokongan utk eebf itu utk menyokong ayat 233
Point itu bukan rekaan saya ya itu tafsir ayat quran, hukum islam & bukti saintifik
Saya ulang semula point nyer:

1) najis ringan – bukan nak dapat title najis tu lah sgt tp sy concern dgn ayat “minum susu ibu shj tanpa makanan lain selama 2 tahun”
2) kenapa ibu menyusu tak wajib puasa sedangkan ia rukun Islam?
3) kalau anak dah makan of coz demand baby makin kurang senang susu nak drop! Fahamkan konsep DEMAND VS SUPPLY. Then cakap oh susu drop semulajadi?
4) zat susu ibu berubah ikut tumbesaran bayi – apsal tak cukup zat pulak?
Dalam quran pun mention sampai tempoh 2 tahun. Kenapa perlu diawalkan beri makan?
Kalau alasan kerana anak dah lebih explore & kurang menyusu, kenapa tak perah je susu tu & beri yg diperah drp introduce solid food?
5) susu ibu rasa macam2 ikut apa yg ibu makan – tu yg tak cerewet makan
6) Kenapa ada diceritakan kisah Nabi menjadi anak susuan? Supaya ada alternatif lain bilamana ibu tak mampu beri susu badan sendiri, boleh beri susu orang lain pula bukan perlu diberi makan dalam tempoh 2 tahun tu

Di situ saya sangat yakin usia 2 tahun itu dlm surah al baqarah ayat 233 adalah susu ibu sahaja bukan ada diberi makan bagi sesiapa yg ingin MENYEMPURNAKAN PENYUSUAN

POINT UTAMA adalah PENYUSUAN YG SEMPURNA ITU ADAKAH SUSU IBU SAHAJA atau TELAH DIBERI MAKAN JUGA DALAM TEMPOH 2 TAHUN ITU

Apa yang perlu dipertikaikan sebenarnya pun saya tak faham

Utk artikel 39 muka surat 27 ulasan ustaz:

Artikel 39 muka surat berkenaan mendatangkan banyak pandangan ulama tentang maksud Surah al-Baqarah ayat 233 dan TIDAK ADA SATU PUN MENYEBUT TENTANG PENYUSUAN EKSKLUSIF SUSU IBU SAHAJA TANPA MAKANAN.

Hanya dimuka surat 27, penulis artikel berkenaan menyebut:

“…Pemberian ASI selama dua tahun sebenarnya telah memenuhi standard gizi yang cukup memadahi bagi si bayi, tidak boleh lebih atau kurang. Karenanya, ASI merupakan hak bayi yang harus dipenuhi oleh orang tua. Sebab ini langkah proporsional…”

Ayat berkenaan juga masih boleh diertikan memberi susu ibu kepada si bayi selama dua tahun, tanpa penegasan “tak campur makanan lain”

Saya ulas ayat ini drp penulis artikel:
Pemberian ASI selama dua tahun sebenarnya telah memenuhi standard gizi yang cukup memadahi bagi si bayi, tidak boleh lebih atau kurang.

Ulasan saya:
Ayat itu sendiri walaupun tak mention tidak diberi makan, namun ayat “memenuhi standard gizi yg cukup utk pemberian ASI 2 tahun” jelas menunjukkan hanya dengan minum susu ibu shj dlm tempoh 2 tahun bayi dapat zat yg secukupnya.
Jadi kenapa perlu diberi makan?

Saya tutup hujah saya di sini

Sekarang saya perlukan hujah ustaz berdasarkan dalil & nas utk menunjukkan bayi perlu diberi makan bagi yg ingin MENYEMPURNAKAN PENYUSUAN 2 TAHUN

Hujah ustaz haruslah berkaitan “PENYUSUAN YG SEMPURNA”

Silakan

Selepas membaca hujah beliau yang inilah, saya baru dapat menangkap, di manakah kekeliruan beliau. Apabila beliau kata beliau tidak yakin dengan hujah saya selama ini, saya perlu menghormatinya. Saya perlu berusaha mencari jalan untuk menampakkan kepada beliau apa yang beliau nampak. Berikut adalah penjelasan saya:

Saya rasa, Puan Asiah menganggap bahawa memberikan susu semata-mata kepada anak adalah satu bentuk penyusuan anak yang sempurna. Maka apabila puan baca terjemahan ayat 233 surah al-Baqarah itu menyebut “dua tahun sempurna” puan sangka maksudnya ialah:

dua tahun + [menyusu eksklusif susu sahaja]

Sebab sempurna itu adalah maknanya menyusu susu sahaja, dan tak campur makanan (sebab puan definisi menyusu secara yang sempurna yakni terbaik, ialah susu sahaja tak campur makanan).

Sedangkan dalam bahasa Arab, SIFAT dan APA YANG DISIFATKAN (mausuf) mestilah sama dari segi struktur perkataannya.

Hawlayn maknanya DUA TAHUN (disebut sebagai mausuf di dalam bahasa Arab)

Kamilayn adalah sifat kepada kepada Hawlayn yakni DUA TAHUN, dan bukannya sifat kepada PENYUSUAN.

Penyusuan badan di dalam bahasa Arab disebut RIDHA’AH. Maka jika sifat sempurna mahu dinisbahkan kepada sifat penyusuan, maka sebutannya ialah KAMILAH, dan bukannya KAMILAYN.

Apabila disebut KAMILAYN, ertinya KESEMPURNAAN atau MENYEMPURNAKAN itu dinisbahkan kepada TEMPOH DUA TAHUN, dan bukannya kepada kaedah penyusuan.

Ini jadi bahaya jika puan hanya rujuk terjemahan dan tidak rujuk struktur bahasa Arab dalam ayat asal. Sebab bahasa Melayu takde jantan betina. Maka

Ali bijak.
Fatimah bijak.

Perkataan bijak tu sama je untuk Ali dan Fatimah.

Kalau dalam bahasa Arab ia jadi lain.

Ali bijak.
Fatimah bijakah.

Menyusu sempurna
Dua tahun sempurna

Dalam bahasa Arab:

Menyusu kamilah
Dua tahun kamilayn.

Puan nampak tak penisbahan tu bagaimana.

Maka ayat al-Baqarah itu bermaksud, “Ibu menyusukan anak dua tahun lengkap, yakni 24 bulan”

Bukannya menyusu dengan sempurna tanpa makanan.

Harap penjelasan yang ini puan faham.

Saya tegaskan, inilah akibatnya menafsir al-Quran tanpa ilmu paling basic iaitu BAHASA ARAB.

Untuk tambah jelaskan lagi jawapan saya, butiran di atas saya visualkan:

visual-eebf

Alhamdulillah, akhirnya penjelasan saya dipertimbangkan oleh Coach berkenaan. Katanya:

alhamdulillah rasa lebih jelas kali ni dgn hujah ustaz berkaitan surah al-baqarah ayat 233 yg mana “SEMPURNA” itu merujuk kpd tempoh bukan susu ibu shj

Saya rujuk dulu pada ustaz lain utk dapatkan pandangan ke-2 kemudian saya akan kongsikan di sini

Jika memang ternyata salah fahaman saya ttg surah tersebut saya akan delete point 1 dlm hujah sy ttg eebf
Sy tetap meneruskan eebf hanya pegang kpd point 2-7 yg lain
Sy takkan memberi makan seawal usia 6 bln

Kita tangguhkan hujah utk surah al-baqarah ayat 233 sehingga sy jumpa pendapat ke-2

Boleh ustaz utarakan pula dalil ttg bayi yg diberi makan dlm tempoh 2 tahun juga dikira penyusuan yg sempurna?

Kerana sambungan ayat tersebut menunjukkan ibu yg ingin terus menghentikan penyusuan atau mencari ibu susuan dalam tempoh 2 tahun tersebut
Manampakkan sambungan ayat itu utk ibu yg mula beri makan kpd bayinya
Adakah saya tersalah faham juga yg ini?

Jika salah bagaimana pula maksud ayat bahasa arab yg sebenar?

Beliau masih mahu bertanya tentang perkara-perkara yang merupakan lanjutan daripada kesalahan sebelum ini.

Terima kasih kerana puan akhirnya sudi consider penjelasan saya.

Nasihat saya, janganlah lagi ditanya soalan berikut itu kerana soalan itu juga berada di dalam skop kekeliruan puan dalam memahami struktur ayat di dalam bahasa Arab.

Puan, tiada dalam perbahasan saya semenjak semalam, saya mendakwa adanya satu cara penyusuan yang sempurna. Tak ada. Sebab cara penyusuan yang sempurna tidak dijelaskan oleh al-Quran. Yang dijelaskan oleh al-Quran ialah tempoh yang hendak disempurnakan perlaksanaannya.

Kaedah perlaksanaan penyusuan ibu kepada anak, tidak diperincikan oleh al-Quran. Ia diperincikan oleh ilmu sains. Ilmu sains itu adalah sistem yang Allah tanam dalam kejadian alam dan manusia. Untuk mencungkilnya, puan kena ada ilmu-ilmu yang menjadikan puan faham fungsi organ manusia, apa yang manusia perlukan pada umur tertentu..

Untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah seorang pesakit diabetis, jumlah insulin yang diperlukan ialah bla bla bla.. katakanlah 6 unit. Siapa yang tetapkan 6 unit? Pengarah Hospital ke? Doktor ke? Bukan… Sebenarnya Pengarah Hospital luluskan peraturan. Peraturan dikemukakan oleh doktor. Doktor tahu melalui saintis yang kaji. Saintis kaji dan dia jumpa, rupa-rupanya tubuh manusia yang insulin semulajadi dah tak berfungsi dengan baik, perlu disuntik dengan insulan pada kadar sekian-sekian. Yang menetapkan begitu ialah Pencipta pesakit tu. Nama Pencipta itu ialah Allah.

Masih banyak lagi persoalan yang beliau timbulkan. Entahlah sama ada saya mampu menjawabnya atau tidak. Setelah lama berbahas barulah timbul teguran di pihak beliau bahawa saya telah berulang kali menyebut “MODUL EEBF” sedangkan modul beliau bukan EEBF. Sebaliknya hanya modul galakan menambah susu badan tanpa supplement. EEBF adalah pengalaman peribadi beliau.

Semoga pengalaman peribadi beliau tidak jadi modul beliau pada masa hadapan. Dan pengalaman peribadi sebegini tidak jadi modul orang lain. EEBF jika masih mahu dipertahankan pertahankanlah dengan hujah-hujah saintifik. Jangan guna hujah agama. Bagi ibu yang gagal menyusukan anak secara eksklusif penuh susu badan selama 2 tahun, jangan meroyan, depresi, rasa terhina, kerana kalian cuma gagal memenuhi modul EEBF dan gagal menyamai pengalaman Coach ini. Kegagalan itu tidak ada kena mengena dengan ajaran Allah dan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam.

Pesanan akhir saya kepada beliau:

Adakah Puan Asiah Maharam insaf mengenai PUNCA puan salah faham tentang surah al-Baqarah ayat 233 yang telah kita lunaskan perbincangan? Bahawa puan tidak tahu bahasa Arab, dan berani menggunakan Quran terjemahan untuk mengolah pendapat.

Akibatnya puan sudah ada puluhan ribu pengikut, bisnes yang besar, kursus di sana sini, ebook yang banyak, dengan membawa satu kesalahan yang amat fatal.

Jika saya jadi puan, saya akan berehat seketika, merenung kembali dengan penuh penyesalan, mengapa tergamak membiarkan diri terlajak seteruk ini, dan apa implikasinya kepada pengikut-pengikut puan.

Ambillah cuti seketika. Jernihkan kembali bisnes, ebook dan modul-modul puan. Dengan pengalaman yang puan ada, puan boleh menjadi jurulatih Laktasi yang baik. Tetapi buat masa ini puan HILANG KELAYAKAN untuk establish apa-apa teori baru, pendekatan baru, menolak garis panduan KKM, kerana puan tidak cukup ALAT.

Saya sendiri tinggalkan dunia training dan motivasi kerana menginsafi kekurangan diri dan masih perlu banyak belajar.

Demi ukhuwwah fillah, take a break and stop theorising around.

AMARAN KEPADA MEREKA YANG MAHU MEMODULKAN AL-QURAN

Pengalaman berbahas dengan Coach ini akan saya kenang sebagai satu contoh yang sangat jelas pada bencana membuat modul berteraskan al-Quran tanpa ilmu alat. Langit manakah yang mahu memberi teduhan panas di kepala mereka yang bercakap sesuka hati tentang ayat-ayat Allah?

Apabila Bengkel Bina Modul diadakan, salah satu topik yang peserta mesti lulus ialah EPISTEMOLOGI iaitu bagaimana anda tahu apa yang anda tahu. Jika peserta tidak memahami, atau gagal memahami, atau memahami secara yang salah berkaitan epistemologi, keseluruhan kelayakan beliau untuk membuat modul menggunakan al-Quran mesti ditarik daripadanya. Jika tidak, akan lahirlah pseudo modul yang sesat lagi menyesatkan. Masyarakat pula, dek kelemahan yang ada dalam kebolehan mengenal pasti mana yang baik dan mana yang buruk, terdedah kepada risiko dimangsakan, terutamanya di kalangan kaum wanita yang keberagamaan mereka selalunya tinggi, tetapi sering berkeadaan kurang kritis untuk menyelak api di dalam sekam, gunting di dalam lipatan, ular di dalam tikar, duri di dalam daging, yang hanya boleh dikesan dengan ketajaman pemerhatian serta emosi yang stabil.

berkey

Golongan populis dalam pelbagai genre, rancak menggunakan agama untuk melariskan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Sama ada memang berniat jahat, tau naif mangsa kepada kejahilan sendiri, ia mengundang musibah. Paling malang, ia memangsakan kanak-kanak dan wanita.

Hal ini bukanlah perkara baru. Jonathan P. Berkey di dalam bukunya Popular Preaching and Religious Authority in the Medieval Islamic Near East (Publications on the Near East) menceritakan bahawa di zaman  pertengahan, umat Islam telah menghadapi cabaran yang hampir sama. Cuma tiada syarikat motivasi ketika itu. Para ulama hadith dengan gigih menyelar dan mewacanakan kesesatan tafsiran agama golongan itu.

Sebagaimana dalam buku ini terangkan, majoriti pendengar setia dan pengikut tegar para penasihat dan motivator itu adalah wanita.

Berhati-hatilah dengan keghairahan menjadi motivator, Master Sifu, Coach dan gelaran-gelaran sebegini, apabila mahu cuba menjamah ayat-ayat Allah yang suci.

Berhati-hatilah saya dan kita semua agar tidak terjebak menjadi golongan Ruwaibidhah.

Renungi pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Al-Ruwaibidhah ini, para sahabat juga tidak arif mengenainya. Mereka meminta penjelasan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menggelar mereka sebagai AL-SAFEEH, si bodoh. AL-SAFEEH ini juga bukan sekadar orang bodoh, tetapi si bodoh yang tidak malu untuk menzahirkan kebodohannya melalui apa yang diucapkan. AL-SAFEEH inilah yang memberi penjelasan, penerangan, huraian, agar manusia dapat membezakan antara yang dusta dan benar, antara yang khianat dan amanah, antara yang batil dengan yang hak.

Lalu dengan kebodohannya yang tersebar dalam kepetahan, semakin bingunglah masyarakat. Semakin tertipulah orang ramai dalam tahun-tahun yang menipu ini.

Berhati-hati dan bertaqwalah kita kepada Allah.

Di luar sana ada ramai yang bercita-cita mahu menjadi motivator, master sifu, coach dan membuat modul yang pelbagai. Jika modal bisnes anda mahu menggunakan ayat al-Quran, maka sediakan ilmu untuk berinteraksi dengan al-Quran.

Jika susah, sambung belajar sampai dapat ilmu. Hanya dengan ilmu, agama ini membuka pintu kebaikannya.

MESEJ PENDIDIK

Sebagai seorang guru sekolah, pengalaman ini juga menginsafkan saya bahawa dalam banyak keadaan, seorang murid itu tidak tahu mengapa dia tidak tahu. Maka gurulah yang perlu memberi hatinya dalam usaha membantu murid itu menyingkap di manakah sumbatan yang terjadi, hingga menghalang dia daripada memahami apa yang sepatutnya difahami. Ia mungkin masalah bahasa, masalah kira-kira, masalah pendengaran, masalah saraf, masalah keluarga, masalah cara belajar, dan 1001 lagi masalah yang wujud di dalam kehidupan ini.

Didiklah, dari hati, ke hati.

HASRIZAL
www.saifulislam.com

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

11 comments

  1. Alhamdulillah. Tak sangka boleh baca abis topik ni. Syukran ya ustaz sharing ilmu

  2. seperti mana saranan Ibnu Qayyim iaitu anak hendaklah diberikan solid food setelah tumbuh gigi. Saya kira saranan Ibnu Qayyim ini bertepatan dengan kajian nutrisi moden. Tahniah ustaz Hasrizal dengan kupasan yang baik berkenaan surah al-Baqarah ayat 233 untuk diadaptasikan dengan EBF ! Setiap ilmu itu ada ahlinya, ada disiplinnya. Apabila sakit gigi jangan jumpa doktor jantung tetapi carilah ahlul-zikr iaitu doktor gigi. Maka untuk memahami satu-satu ayat al-Quran carilah kata-kata mufassirin muktabar. Semoga rahmat Allah bersama ustaz Hasrizal dan Coach!

  3. Ahmad Bakhtiar

    antara tulisan terpanjang dalam blog ustaz yg pernah sy baca, walau kelelahan melayan kerenah umat, namun tidak patah semangat menjadikan kita lebih puas menjadi da’i…

  4. Terima kasih .artikel ustaz banyak memberi pencerahan.

  5. Alhamdulillah for everything ?

  6. Walaupun panjang, tak rugi luangkan masa untuk baca. Harapnya, pembaca yang asyik nak penjelasan yang ringkas-ringkas tu dapatlah luangkan masa untuk baca dan fahami isu ni 😀

  7. Pembacaan yang berbaloi, terima kasih ustaz. Pernah berbahas jgk dgn pengamal EEBF tahun 2012 dulu. Malangnya saya bukan pakar dalam apa² bidang pun. Dia langsung tak percaya.:-)

    Sempat belajar tafsir pasal ayat ni dgn seorang ustaz dan tentang isu kencing baby dengan seorang doktor. Doktor kata, salur kencing baby/orang perempuan lebih pendek dan lebih mudah terkena penyakit berkaitan itu. Mungkin itu hikmah kenapa baby perempuan perlu dibasuh bukan setakat direnjis.

  8. Assalam al ustazzz, hmmm tahniah kerana momentum al ustazzz sangat tinggi.. Benar agama sedang dijual, tetapi saya tetap percayakan al Quran lebih drpd sains. Kerana sains datang kemudian dari al Quran. Juga saya percayakan SIGN (of Allah) lebih drpd SCIENCE. Bila begitu, fakta ttg kiraan kalori dan susu awal lembu berjaya dikesampingkan saya awal awal. Sekian. Wassalam.

  9. Saya sangat bersetuju dengan artikel ini. Mudah untuk difahami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share