Home / Hasrizal (page 2)

Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

May, 2019

  • 5 May

    Ramadan 1440H di Oulu Finland

    Ini Ramadan ketiga kami sekeluarga di sini. 11 hari lebih awal berbanding tahun sebelumnya. 11 hari lebih redup dan gelap. 11 hari yang lebih panas, tetapi sebenarnya lebih sejuk kerana salji turun dengan lebat 3 Mei lalu. 11 hari ini juga bermaksud, anak-anak akan berpuasa sepanjang Ramadan dan masih ke sekolah. Masih ada 3 minggu persekolahan sebelum cuti musim panas bermula. rutin 2km berjalan kaki ke sekolah, dan 2km berjalan kaki pulang ke rumah, saya perlu berikan semangat dan motivasi kepada anak-anak agar mereka tidak letih. Tambahan pula, tahun ini kami berbuka puasa lebih lewat berbanding tahun lalu. Bukan kerana …

April, 2019

  • 26 April

    Drama Nur 2: Kegagalan Pendakwah Bertegas Menjarakkan Fitnah

    “Tak boleh ke berdakwah tanpa menjadi ‘glamour’ dan ‘famous’?” “Entahlah… mengajar tajwid pun boleh jadi selebriti. Ini zaman apa yang disukai akan dipuja, dan apa yang dipuja mahu dimiliki!” Topik itu hangat dan melelahkan kami. Saya sekeluarga. Saya tidaklah ‘glamour’ atau ‘famous’ beriya-iya. Tetapi di era buku Aku Terima Nikahnya, sempat menerima tempiasnya. Mungkin ada macam-macam penanda aras ‘glamour’ ketika itu. Tetapi bagi saya kemuncaknya ialah apabila saya digandingkan bersama Kang Abik penulis novel Ayat-ayat Cinta, mengupas hal rumahtangga dan perkahwinan di dalam sebuah forum di Universiti Teknologi Petronas. Demikian juga bersilaturahim dengan beberapa tokoh pendakwah Indonesia termasuk Ustadz Cahyadi …

  • 18 April

    Drama Nur 2: Defisit Kemanusiaan Memamah Keislaman

    “Kita perlu terlebih dahulu memanusiakan anak-anak kita sebelum memuslimkan mereka!” Ramai yang marah. Sekular! Melaga-lagakan antara Islam dan kemanusiaan manusia. Macam-macam yang diajukan kepada saya ekoran kenyataan berkenaan. Hakikatnya, Allah mewahyukan al-Quran dan memberikan agama Islam kepada manusia untuk manusia mengamalkannya. Pengamal Islam mestilah manusia. Untuk membolehkan manusia mengamalkan Islam dan menghargai wahyu Tuhan, manusia itu perlu manusia. Jika manusia itu mengalami defisit pada kemanusiaannya, maka kebolehannya untuk menghargai ajaran Tuhan akan terjejas. Imam Birgivi (meninggal dunia 1573M) menjelaskan bahawa akhlaq yang baik itu terbina di atas syakhsiah diri yang kuat. Kekuatan syakhsiah diri itu ada tiga iaitu: Rasional (النطق) …

  • 17 April

    Drama Nur 2: Cinta Remaja Di Mata Orang Dewasa

    Cinta monyet atau ‘puppy love’ di kalangan remaja, boleh jadi memualkan bagi yang memandangnya dari sudut yang memualkan. Tetapi ia adalah realiti kehidupan remaja, yang kita sama ada sebagai pendidik, mahu pun sebagai ibu bapa, perlu berempati dalam mengendalikannya. Anak kita di setiap umur ada cabarannya. Dan cabaran di usia remaja, antaranya adalah soal cinta. Kita boleh remehkan hal cinta remaja ini. Ia remeh untuk kita orang dewasa. Tetapi ia ‘real’ kepada mereka, dan besar kepada kehidupan mereka. Jika kita mengambil sikap memperlekeh masalah remaja, ia hak kita. Tetapi dengan sikap sedemikian, kita tidak dapat mengambil tanggungjawab mendidik mereka. Mendidik …

  • 12 April

    Drama Nur2: Manipulasi Prinsip ‘Presumption of Innocent’

    “Selagi mahkamah belum membuktikan saya bersalah, saya tidak bersalah!” Ia kenyataan yang diulang berulang-ulang kali oleh Syed Hamadi. Kepada isterinya, Aisyah. Kepada bapa mertuanya, Datuk Ayah Haji. Hakikatnya, kepada kita semua yang menontonnya. Slogan presumption of innocent ini adalah kenyataan yang asasnya adalah betul. Tetapi Syed Hamadi memanipulasinya sebagaimana slogan Inil hukmu illa lillah (Sesungguhnya hukum itu hanya milik Allah) dimanipulasi oleh golongan Khawarij untuk kepentingan mereka dahulu kala. Walaupun Nur2 agak perlahan untuk memecut momentum, masuk 7 episod ia disiarkan, apa yang paling menonjol adalah watak Syed Hamadi yang unik. Ia bukan lagi soal ‘penunggang agama’ seperti Nur musim pertama …

  • 10 April

    Melangkah ke Sekolah Finnish Sebagai Guru dan Peninjau Sistem

    Jika kita singgah di sebuah sekolah Finnish, kita tidak akan merentas sebuah pagar yang berkunci. Sekolah lazimnya tiada berpagar, terbuka, tiada ‘pak guard’ dan ada banyak pintu masuk. Ia lazimnya berada di sebuah kejiranan. Kelengkapannya serba lengkap dengan keperluan asas, mempunyai beberapa ratus orang murid dan saiz setiap kelas biasanya sekitar 15 ke 20 orang, ada sesetengahnya lebih sedikit namun amat jarang melebihi 30 orang. Andai kita mengintai kelas, biasanya kita akan nampak guru sedang berinteraksi dengan seorang murid dan menyelia pembelajarannya, kemudian sekali sekala menoleh kepada murid lain yang memanggil untuk mendapatkan bantuan. Sesekali, kelihatan seorang lagi lelaki atau …

  • 7 April

    Aku, Baca, Buku, dan Kehidupanku

    “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” (Surah Al-‘Alaq 96 : 1) Wahyu yang pertama diturunkan ialah perintah membaca. Dia perintahkan kita membaca, dan bacalah dengan nama Dia.  Kita baca untuk mendapatkan ilmu. Kita membaca kerana mahu mencari kebenaran, dan untuk menjadikan kebenaran itu dicari, kita perlu menjadi manusia yang bertanya dan menghasilkan persoalan. Berfikir. Baca itu ibadah dan simbolik kehambaan kepada Ilahi. Diperintahkan membaca kepada manusia yang berakal untuk mengangkat manusia ke martabat yang tinggi. Untuk mencapai martabat itu, jalannya ialah baca. Kita membaca didorong oleh keperluan, bukan sekadar kemahuan. Namun tatkala keperluan dan kemahuan bersatu, ia rahmat dan menjadi …

  • 1 April

    Artikel 2007: Cinta Tanpa Syarat

    Emak di sisi pusara Abah Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24) “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”. Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor. Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk …

March, 2019

  • 20 March

    Rotan dan Tampar: Disiplin Murid Menurut Pandangan Klasik Ilmuan Islam

    “Allah, itu pun nak terasa. Lembik!” “Manja sangat!” “Aku kalau tak kerana kena pelempang cikgu, mak bapak aku, rasanya aku tak jadi orang macam hari ni!” “Semua ini tarbiah. Ulama dulu lagi susah hidup mereka!” Guru bertindak mengasari murid secara fizikal bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat kita. Selain merotan, tindakan-tindakan seperti menampar, menarik sideburn, mencubit, menendang, menumbuk dan sebagainya itu lebih membimbangkan. Mengapa hal ini boleh berlaku? Bagaimanakah murid-murid sebagai kanak-kanak dipandang oleh guru sebagai seorang dewasa? Ramai di kalangan kita ada pengalaman dalam hal ini. Saya juga. 30 TAHUN DAHULU Pernah suatu ketika saya meminta kebenaran guru …

  • 18 March

    Mengubah Musibah Menjadi Kebaikan

    Suasana hari ini susulan tragedi malang di Christchurch New Zealand mengingatkan saya kepada pengalaman kecil semasa bertugas menjadi imam di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara lebih 15 tahun yang lalu. Saya menjadi ‘imam muda’ yang tidak berpengalaman, mengendalikan sebuah komuniti Muslim yang rencam, sejurus selepas kejadian 11 September 2001. Saya mula bertugas pada 1 November 2001. Saya tidak sempat untuk mencuba-mencuba strategi kerana sedari awal perkhidmatan, sudah terpaksa berdepan dengan cabaran dan tanggungjawab yang lebih besar daripada yang saya jangkakan. Berlaku beberapa insiden masjid kami dibaling dengan bata hingga pecah tingkap dan komuniti Muslim terutamanya wanita berhijab berhadapan dengan cacian …

  • 16 March

    Tragedi Keganasan Christchurch: Mematikan Agenda Kebencian

    Bingung. Apa ini? Subuh Jumaat itu, semasa membuka aplikasi WhatsApp di telefon, saya tergamam membaca mengenai kejadian serangan masjid di Christchurh, New Zealand. Saya tidak mengetahui skalanya, dan terheret menonton sebuah klip video yang diedar di aplikasi berkenaan. Langsung jadi kecamuk, terkejut… inna lillah wa inna ilayhi raji’un. New Zealand itu di hujung selatan, seperti Finland di hujung utara, adalah negara yang sinonim dengan keamanan dan kesejahteraan. Jenayah yang sangat rendah, perkara terakhir yang boleh terfikir di minda ini untuk terjadi di sebuah negara seperti New Zealand adalah serangan pengganas fasisme dengan angka korban sebesar itu. Ya Allah, lindungilah saudaraku, …

  • 15 March

    (Artikel 2007): Kenapa Mahu Menjadi Doktor?

    Kenapa anda mahu jadi doktor?” saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum. “Sebab minat biologi?” saya bertanya. Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu. “Sebab suka tolong orang?”saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk. “Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga …