Home / Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran (page 8)

Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran

Memberi, Menambah Makna Kepada Diri

kredit foto: alegacyofgiving.org “Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu. Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi. Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya. Pergi bercuti sepuas hati. Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk. “Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan. “Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu. “Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” …

Read More »

Ibrah Kisah Dzulqarnain: Tadabbur Sebuah Urus Tadbir Mithali

Alhamdulillah, siri Ibrah Surah al-Kahf sudah selesai di semua lokasi. Siri ditutup dengan rumusan Ibrah Kisah Dzulqarnain, bermula daripada ayat 83 hingga 98.Sebagaimana sinonimnya Surah al-Kahf dengan fitnah Dajjal, serta mekanisme perlindungan membabitkan sistem kepercayaan, sistem fikir dan lihat serta sistem nilai, kisah Dzulqarnain menunjukkan bahawa, cabaran halus itu bukan hanya menjadi ancaman di peringkat individu, malah turut membabitkan kumpulan dan sistem. Kisah Dzulqarnain membentangkan modul urus tadbir yang berasaskan kepada kepercayaan, cara fikir dan lihat, serta sistem nilai yang luhur menurut kehendak Allah SWT. Berikut adalah ringkasan isi kandungannya: AYAT 83 Kisah Dzulqarnain adalah bukti kebenaran Nubuwwah Muhammad sallallaahu …

Read More »

Penangan Tabiat ‘Loyar Buruk’

“Sesungguhnya ada perbuatan yang menjadi kebiasaan kita hari ini, membawa ke Neraka!” Kata Ustaz Ali. “Heee, takutnya. Insaf!” sampuk Udin. Kawan-kawannya ketawa kecil. Ustaz Ali sering terganggu dengan sikap anak muridnya yang berkelakuan begini. Anak muda sering melakukannya. Orang tua menjadi contoh ikutan mereka. Berdakwah dengan masyarakat hari ini, sering menemukan kita dengan satu sikap yang meletihkan kita dan merugikan mereka iaitu kelakuan yang disebut sebagai ‘loyar buruk’. Ia sering memomokkan nasihat yang bersungguh kepada sesuatu yang cuba dilucukan. Ia mengingatkan kita kepada tingkah laku raja zalim yang memerintah di zaman Ibrāhīm ‘alayhi al-Salām: Firman Allāh SWT: أَلَمْ تَرَ إِلَى …

Read More »

Fussilat: Seni Bertarung Untuk Menang Dan Bahagia

Semua orang mahu menang. Ada yang mahu menang untuk kepentingan sendiri. Ada yang mahu menang untuk memenangkan apa yang diperjuangkan. Dua-dua itu benar. Kita yakin dengan kemenangan itu kita bahagia. Biar pun sering terjadi, kemenangan kita itu datang bersamanya derita. Kita perkenalkan pelbagai kaedah untuk menang. Ada cara keras, ada cara tekan, ada cara menyelinap, ada cara ‘playsafe’ dan ada yang sampai menipu atau menindas lawan. Kita sukar untuk percaya, bahawa ALLAH, Tuhan kita, sudah menjelaskan kaedah menang yang ampuh dan pasti berhasil. Kaedah yang disalah tanggap sebagai naif, malah klise bagi sebahagian pula. Iaitulah kaedah MENUMPASKAN KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN. …

Read More »

PUISI 2012 Melabuhkan Tirai: Misi Menjadi Manusia Berperisian

PUISI 2012 melabuhkan tirainya. Ini PUISI ke-10 semenjak kali pertama ia dianjurkan pada musim sejuk 2003. Ini pula PUISI ke-3 saya selepas kali pertama menerima jemputan pada 2006 dan kemudiannya 2007. Kali ini saya dijemput untuk menyampaikan modul Pengurusan Hidup Berpandukan Surah al-Kahf. Komiti menamakan PUISI 2012 ini sebagai The Road Not Taken, berinspirasikan sajak Robert Frost dengan tajuk yang sama. Saya amat gembira semasa menerima jemputan urusetia. Tanpa banyak berfikir, saya memberikan persetujuan. Sudah tentu salah satu dorongannya adalah perasaan rindu yang mendalam kepada Ireland. Tetapi sebab utama mengapa PUISI kali ini saya anggap sebagai anugerah, adalah kerana peluang …

Read More »

Masih Ada Betul Yang Betul Dan Salah Yang Salah

credit photo: redrumzero.wordpress.com “Kita kenalah berlapang dada. Tidak semua orang fikir macam kita. Janganlah rigid sangat!” kata seorang lelaki. “Apabila dia cakap macam itu, tidak semestinya dia bermaksud tidak baik. Mungkin cara dia salah. Tapi niat dia baik!” ulas seorang perempuan. “Tuhan ciptakan manusia berbeza-beza. Takkanlah semua kena sama. Relaks la bro!” tegas seorang yang lain pula. Kata-kata seperti ini sering kita dengar. Malah sering juga diajukan kepada kita sendiri. Semasa kita nampak sesuatu itu jelas kesalahannya dan memerlukan pembetulan, tiba-tiba pembetulan kita dibidas semula, bukan dengan pembetulan berbentuk hujah berbalas hujah, tetapi mengguna pakai hujah universal iaitu, manusia diciptakan …

Read More »

Al-Hujuraat 4-5: Masalah Kita Bukan Babi

Saya telah membuat satu kenyataan ringkas yang amat mudah. “Babi haram dimakan dagingnya oleh Muslim” Sungguh mengejutkan. Reaksi yang saya terima pergi lebih jauh daripada apa yang saya jangkakan. haram tak kalau sentuh babi? 42 minutes ago · Like kenapa haram? 42 minutes ago · Like · 1 selain dagingnya? em… cth: kulit, bulu 40 minutes ago · Like tidak haram menyentuh binatang tu, hanya perlu disucikan dengan syarat2nya.. 40 minutes ago · Like · 3 kalau tersentuh daging babi kena samak tak? 39 minutes ago via mobile · Like haram qath’ie krn ada dalil. haram krn dalil,bkn haram krn …

Read More »

Roda-roda Haq dan Batil Dalam Kehidupan

Empat kisah utama di dalam Surah al-Kahf itu sungguh unik. Kisah Ashaab al-kahf. Kisah pemilik dua kebun. Kisah Musa dan Khidir. Kisah Dzulqarnain. Tiga kisah memaparkan pertembungan antara haq dan batil. Namun pertembungan itu bukan sekadar pertembungan. Ia memaparkan saiz yang berubah-ubah antara besar dan kecil yang bertukar tempat antara haq dan batil. Di dalam kisah Ashaab al-Kahf, yang haq itu kecil dan yang batil itu besar. Ashaab al-Kahf adalah sekumpulan kecil manusia yang lebih kecil daripada minoriti. Manakala raja yang zalim adalah kuasa besar, mewakili batil yang besar. Manakala di dalam kisah pemilik dua kebun, hak dan batil diwakili …

Read More »

Al-Hujuraat: Keharmonian antara Badwi dan Bangsawan

“Hoi, sial! Apasal lambat bonar kau balik?” jerit seorang sahabat dari tangga surau. Rakannya terkasima. “Huh, nate mu!” ujar seorang kawan. “Temannya bulat biji mata. “Bagero kamu. Jenuh aku menunggu!” herdik seorang pakcik. Pengantin baru itu terpinga-pinga. Ia ayat yang boleh didengari di sana-sini. Di satu tempat ia berbunyi biasa. Di satu tempat yang lain, ia seperti menyengat bisa. Demikian jugalah perihalnya tatkala Aqra’ bin Haabis  menjerit-jerit dari luar kamar Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Muhammad! Muhammad! (Jangan sampai aku hilang sabar) Aku ini pujiannya manis! Tapi kejiannya pahit! Aqra’ bin Haabis tidak sabar-sabar menunggu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam …

Read More »

Pemuda Berjuang Tidak Akan Bersendirian

  Gua disinar mentari. Cahayanya tidak kena secara langsung ke tubuh anak-anak muda itu. Mereka duduk di tengah gua. Manusia yang menjengah, melihat mereka berjaga, mata seperti terbuka. Sedangkan mereka lena. Tidur bagai berhibernasi. Tubuhnya dibolak balik kadang-kadang ke kanan, kadang-kadang ke kiri. Terhindar daripada cedera luka oleh graviti. Si anjing tidur bertimpuh di pintu gua, seperti semuanya sangat biasa, yang luar biasa. Sesiapa sahaja yang terlihatkan anak-anak muda itu akan melarikan diri ketakutan. Hati pemerhati dicampak gerun yang menjauhkan diri. Itulah deskripsi al-Quran tentang Ashaab al-Kahf. Anak muda yang beralah bukan mengalah, mengasingkan diri dalam rahmat Allah, kurniaan yang …

Read More »

Muslim Pencemar Islam

Peserta IYEP membentangkan idea mereka tentang Conflict Solutions Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam, telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisis, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca. Rata-ratanya, saya amat berpuas hati dengan kualiti peserta. Setiap seorang yang memohon untuk menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan untuk menyatakan sebab minatnya kepada program seperti ini, dan ia diikuti dengan temubual melalui telefon kepada peserta. Nyata sekali, assessment itu telah berjaya memilih peserta yang tepat dan saya amat teruja dengan tahap pengetahuan anak-anak muda ini dengan pelbagai …

Read More »