Siapa Lagi Yang Boleh Menegur Kita?

 birgivi-turbe-may

Imam Birgivi banyak menegur rakan sekerjayanya.

Agamawan seperti dia.

Tegurannya kepada Ebussuud Efendi, Shaykh al-Islam ketika itu, adalah teguran demi kebenaran.

Di dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah yang sempurna penulisannya kurang setahun sebelum Imam Birgivi kembali ke rahmatullah, beliau banyak mengingatkan alim ulama, agar bersungguh memelihara diri.

Ilmu itu cahaya.

Tetapi ilmu juga boleh memakan kita. Ketika ilmu menimbulkan kanser jiwa. Ego, sifat yang amat membinasa.

Katanya:

Petanda al-Kibr ada dua belas:

  1. Mahu dikenali orang, suka dirai, kehadiran disambut dengan berdiri, tidak malu dan bimbang semasa ia terjadi
  2. Rasa diri penting, suka apabila dikelilingi rakan dan mereka memilih untuk berjalan selangkah di belakang mengiringi kita
  3. Menolak ziarah kerana beranggapan ia tidak berfaedah
  4. Menolak duduk di sebelah orang yang rendah di pandangan diri
  5. Enggan menziarahi dan menemani orang sakit
  6. Enggan melakukan kerja-kerja rumah
  7. Enggan membawa barang berat di khalayak
  8. Enggan memakai pakaian murah dan lama
  9. Suka menerima jemputan orang kaya, menolak jemputan orang miskin
  10. Malu membeli belah di kedai murah
  11. Menonjolkan diri ke depan di dalam majlis
  12. Menonjol diri dalam perdebatan dan perbahasan untuk pendapat diterima, tanpa mementingkan proses memenangkan kebenaran.

Birgivi juga berkongsi nasihat, dalam berdakwah, jangan liarkan mad’u.

Katanya:

“Sungguh!

Terdapat sebahagian alim ulama dan guru yang mengajar kebenaran di dalam agama dengan cara yang kasar. Mereka menyalahkan para pendengar dengan dosa-dosa yang mungkin mereka tidak lakukan. Malah turut mengugut pendengar dengan bencana seksaan daripada Allah. Mereka yang seperti ini, menjadi punca kepada kemarahan. Sedangkan rumah Allah (masjid) bukan tempat untuk kemarahan. Mereka yang mengapi-apikan hal ini, tidak lain dan tidak bukan adalah golongan munafiq, sombong, angkuh dan mementingkan diri sendiri.

Sekali pun apa yang mereka sebutkan itu adalah benar, namun dengan nada ucapan yang sedemikian rupa, ucapan itu sesungguhnya menjadi kata-kata mereka semata, dan bukan lagi kalam dari Allah. Mereka kemudiannya bukan mencegah manusia daripada melakukan dosa, sebaliknya telah menyebabkan orang ramai jadi berdosa kerana dihasut dengan kemarahan” 

Justeru, kita orang-orang agama ini, jangan sulitkan ruang kita ditegur dan dibetul. Oleh sesiapa, pada bila-bila masa.

Artis tegur, dijawabnya “sedarlah diri kamu”
Orang awam tegur, dijawabnya, “mengaji bagi habis dulu”
Sama-sama kawan tegur, dijawabnya, “dia sahajalah yang betul selalu”
Isteri tegur, dijawabnya, “engkau orang perempuan, apa yang engkau tahu?”
Ulama besar tegur, dijawabnya, “dia tidak faham waqi’ sini dan situ”

Tiada siapa boleh menegur
Ustaz-ustaz kita
Hingga di kubur
Tahulah nanti dia!

Rahmati kami ya Allah.

Jauhkan kami, daripada kebinasaan nafsu dan tinggi diri.

Terlupa Engkau Tuhan, kami hamba yang tidak punya apa.

Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP

 

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

4 comments

  1. jzkk ustaz atas perkongsian ilmu, sesungguhnya syaitan dan nafsu sentiasa menjadi pencabar utama manusia

  2. Azazil menderhaka kpd perinta Allah berpunca dari sikap sombong, tidak mahu bersujud kpd Adam alaihissalam. Nabi juga pernah memberi amaran bahawa tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sifat sombong walaupun sebesar biji sawi.

    “Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan.”

    http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7164-sifat-sombong-atau-takabbur

  3. Ryan: Yeah we worked really hard to get where we
    are now so we’re just working on enjoying it too instead of just focusing on
    what’s next. Video chatting allows you to see facial expressions and
    physically see each other and your surroundings.
    Hangouts is video chatting on social networking done right
    and offers quick-streaming live chat, works great with Google+’s Circles feature which
    allows communicating with specific groups of friends, supports multi-chat, and
    even switches between different friends — depending on who is talking at the time.

    Also visit my page: seniorenchat

  4. Apple launched i – Phone 4 in late June while already enjoying the
    success with i – Pad. Video chatting allows you to see facial expressions and physically see each other and your surroundings.
    If you suspect you’re teen is using Oo – Voo or other video call applications in a
    harmful or risky way you can use a keylogger, computer or
    mobile spy monitoring software to find out if any rules have been broken.

    Here is my website :: dating chat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share