PUISI 2007: Saya Diserang!

Mount Melleray, Co. Waterford, Dublin, lokasi PUISI 2007

Alhamdulillah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam berjalan lancar. Walaupun penerbangan terlewat 3 jam, saya masih sempat mengejar flight ke Dublin pada jam 9 pagi.

Sungguh memenatkan… 14 jam perjalanan di udara, disambung pula dengan 3 jam berkereta dari Dublin ke Mount Melleray di County Waterford, lokasi PUISI 2007 kali ini. Kami tiba di sana pada jam 4 petang dan saya harus segera bersiap untuk majlis perasmian pada jam 4:30 petang.


Alhamdulillah… keletihan terubat semasa melihat wajah-wajah anak muda yang begitu bersemangat untuk bersama di dalam PUISI 2007 kali ini. Dalam keadaan yang agak mengantuk dan letih, saya memulakan ceramah pertama “Saya Mestilah Muslim dari Segi Akidah”. Tanpa sedar, saya bercakap selama lebih 2 jam hingga terlupa yang diri ini baru sahaja mendarat ke bumi selepas 14 jam bermusafir di udara.

Selesai pengisian pertama, saya pulang ke bilik dan segera mengemaskinikan slide untuk 3 pengisian berikutnya. Pandangan makin kabur, dan zzzzz…. saya terlelap.

Tidak lama…

DISERANG

Jam 2 pagi saya sudah terbangun, mungkin kerana jet-lag. Tetapi, Allah…!!! Mata saya pedih, berdenyut dan gatal. Saya dijangkiti Conjunctivitis akhirnya.

Saya menyangka yang diri ini terselamat dari jangkitan Conjunctivitis.

Semenjak seminggu lalu, Ummu Saif, Yop, Naurah dan Imad sudah bengkak mata akibat jangkitan penyakit mata merah yang diimport dari nursery. Setiap pagi, saya akan memeriksa mata dan mengucap syukur kerana masih terselamat. Masakan tidak, saya tidak dapat membayangkan diri ini duduk di dalam pesawat selamat 12 jam dalam keadaan mata bengkak dan berair.

Rupa-rupanya Allah SWT tangguhkan activation viral Conjunctivitis itu sekadar membolehkan saya menaiki pesawat, dan kini, PUISI 2007 bakal diharungi dengan demam, mata bengkak serta berair dan gatal.

Sepanjang PUISI 2007 berlangsung, saya berada dalam keadaan yang amat sulit untuk melihat akibat mata yang bengkak dan berair. Setiap kali berceramah, mata saya sedikit lega kerana dehydration, tetapi kembali berair dan pedih apabila saya berehat.

“Ustaz tidak berkecil hati jika kalian tidak bersalam atau menjauhkan diri kerana Conjuctivitis ini memang mudah berjangkit. Tapi kalau nak salam juga, enter at your own risk!”, saya memberitahu peserta.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk menghabiskan 7 slot ceramah PUISI 2007, dua jam setiap satunya, ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Dublin, Republic of Ireland

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share