Pelancaran Produksi Teledrama CINTA SEMPURNA


Alhamdulillah.

Itulah sebaik-baik kalimah untuk saya ungkapkan rasa syukur atas sempurnanya majlis Taaruf dan Taklimat Teledrama CINTA SEMPURNA, siang tadi di Hotel Shangri La Putra Jaya.

Saya dan Al-Adib bergegas ke Putra Jaya selepas solat Jumaat di Masjid UKM. Kami tiba lewat 10 minit, namun lega kerana majlis belum bermula. Sempat juga saya serahkan 3 episod skrip drama tersebut yang telah diberus untuk menambah rempah ratusnya, selepas siap terhidang hasil buah tangan Ustaz Zabidi Mohamed, sifu skrip di ASTRO.

Petang inilah, baru jelas di mata saya, bagaimana rupa bentuk teledrama berkenaan dan siapakah pelakon-pelakon yang bakal mengisi watak-watak Shila, Najib, Datuk Burhan, Datin Zarina, Ustaz Nazir dan ramai lagi watak yang tersedia.

Biar pun idea asal teledrama ini datang daripada pengalaman peribadi saya, namun bak kata Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, sebuah naskhah cerita hanya menjadi milik penulis sebelum ia diterbitkan. Selepas ia diterbitkan, segalanya berubah.


Antara pelakon yang bakal membintangi teledrama CINTA SEMPURNA ini ialah:

  • Tengku Tiara Yasmin Sofia
  • Fizow Omar
  • Ashraf Muslim
  • Akbar (Rapper Nasyid)
  • Mahmud Ali Basha
  • Erynne Eryynna (Ely)
  • Maria Farida
  • Jalil Hamid
  • Dian P. Ramlee … dan ramai lagi [maaf tidak sempat mengecamnya semua tadi]

Saya akan berada di kerusi penonton untuk menyaksikan setiap inci drama ini nanti, dengan fikiran dan perasaan yang tepu dengan muhasabah ke atas diri saya, sebagai seorang pendakwah yang bertemu dengan 1001 kisah kehidupan di perjalanan ini, secebisnya ternukil dalam naskhah CINTA SEMPURNA.

Tajuk asalnya adalah FITRAH, tetapi kemudiannya ditukarkan kepada CINTA SEMPURNA, bersempena dengan lagu tema teledrama ini hasil kreativiti artis baru, YUNA.

CINTA YANG SEMPURNA – YUNA

AKU MANUSIA LEMAH SELALU TERJATUH
BERBEDA AKU DARI MU
KAU BERDIRI TEGUH
AKU SERBA TIADA AKU KEKURANGAN
DAN BILA KAU TIBA AKU HILANG DARI KEWUJUDAN 

SEMPURNANYA SIFATMU TULUSNYA HATIMU
JUJURNYA NIATMU
TINGGINYA KESABARANMU
LEPASKANLAH DIRIKU
KERNA AKU TAK MAMPU TUK MENANGGUNG SEBUAH CINTA SEMPURNA
DARIMUU
DARIMUUU…OAHH…

BUKAN AKU TAK PERNAH MENGERTI DIRIMU
KUSANJUNG SETIAP KATA CINTA KAU BERIKAN AKU
HILANGKAN RASA ITU AKHIRKAN SEMUA
DAN BILA KAU SEDAR AKU HILANG DARI KEWUJUDAN.. OOOO

SEMPURNANYA SIFATMU TULUSNYA HATIMU
JUJURNYA NIATMU
TINGGINYA KESABARANMU
LEPASKANLAH DIRIKU
KERNA AKU TAK MAMPU TUK MENANGGUNG SEBUAH CINTA SEMPURNA
DARIMUU
DARIMUUU…OAHH…

Saya doakan penggambaran drama ini yang Insya Allah akan bermula pada hari Isnin ini, berjalan lancar.

Harapan saya, moga teledrama ini menjadi jendela untuk diri saya dan seluruh krew yang terbabit di dalamnya, bertemu dengan jawapan kepada persoalan-persoalan kehidupan, kerana sesungguhnya:

Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan. Sebaliknya membuka jalan kembara insan mencari Tuhan

Itulah hasrat saya, insan kecil di balik tabir pengkisahan CINTA SEMPURNA.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share