Tahun Ini Aqil Baligh?

“Abi, apa dia yang bila kita dah boleh tanggung dosa sendiri tu?” tanya Saiful Islam.

“Dah boleh tanggung dosa sendiri? Mampu ke nak tanggung dosa?” saya membalas pertanyaan dengan pertanyaan.

“Habis tu apa?” anak sulung saya kebingungan.

“Bukannya sudah boleh tanggung dosa sendiri, tapi KENA tanggung dosa sendiri!” saya membetulkan soalannya.

“Aha, betul, betul. Apa dia?” tanyanya.

“Aqil baligh!” saya menjawab.

“Haa, aqil baligh!” ujar beliau.

“Abi aqil baligh umur berapa tahun?” soalnya lagi.

“Lebih kurang umur Yop sekaranglah!” saya terus menjawab.

“Oh, alamak. Maknanya adakah Yop juga akan aqil baligh tahun ini? Habislah. Suara bertukar, bermisai!” katanya sambil mengurut dagu.

“Yang tumbuh di dagu tu, janggut. Bukan misai. Tak semestinya aqil baligh sama umur dengan Abi” saya mengomel.

“Kebanyakan manusia aqil baligh umur berapa tahun?” soal Saif.

“Tak tentu. Tetapi apabila mencecah umur 15 tahun ikut kalendar Islam, maka terus dianggap aqil baligh!” saya menyambung cerita.

“Walaupun tak ada keluar air mani?” tanyanya lagi.

“Walaupun tak ada keluar air mani. Sebab ada sahabat Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bernama Ibnu Umar, radhiyallahu ‘anhu, dia minta nak pergi perang. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak benarkan. Baginda hanya bagi Ibnu Umar angkut air. Apabila umur 15 tahun, barulah dibenarkan” saya menjelaskan.

Ia merujuk kepada hadith Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu:

ููŠ ุนูŽุฑู’ุถู‡ ู„ู„ุฌู‡ุงุฏ ูˆู‡ูˆ ุงุจู† ุฃุฑุจุน ุนุดุฑุฉ ุณู†ุฉ ูู„ู… ูŠูุฌุฒู‡ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ – ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… – ูˆุนูŽุฑู’ุถู‡ ูˆู‡ูˆ ุงุจู† ุฎู…ุณ ุนุดุฑุฉ ุณู†ุฉ ูุฃุฌุงุฒู‡

“Pada keinginan Ibnu ‘Umar untuk menyertai jihad ketika beliau berusia 14 tahun, ia tidak diizinkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Apabila keinginan yang sama diajukan ketika beliau berusia 15 tahun, maka barulah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam membenarkannya” [Hadith al-Bukhari 2664 dan Muslim 4837]

“Yop dah tahu ke mandi wajib?” saya bertanya.

“Belum, ustaz belum ajar!” katanya.

“Ok, nanti Ustaz Hasrizal ajar. Ingatkan Abi, ok!” saya melangsaikan perbualan.

Terkasima juga, anak yang saya tatang seberat 2.8kg semasa lahir dahulu, kini berbual dengan saya tentang aqil baligh. Begitu pantas masa berlalu. Walaupun saya termasuk antara ustaz yang paling kurang meluangkan masa bersama anak-anak, berbanding ustaz dan ustazah mereka di sekolah yang saya amat terhutang budi, saya bersyukur kerana setakat ini, Saiful Islam dan adik-adiknya boleh berbual dengan saya perkara-perkara yang mungkin menjadi taboo bagi sesetengah yang lain.

Biarlah mereka belajar benda-benda sebegini daripada bapa, dan ibu.

Orang kepercayaan mereka.

TUJUH BUAH FIKIRAN

  1. Pendidikan anak-anak amat bergantung kepada upaya komunikasi antara ibu bapa dengan mereka. Pastikan ia bermula daripada usia kecil, dan tidak hilang semangat selepas zaman ‘kanak-kanak’ mereka berlalu.
  2. Berbual topik-topik sensitif dan taboo seperti seksualiti sukar untuk berlaku jika mahu dilakukan secara tiba-tiba. Ibu bapa dan anak-anak perlu selesa berbual.
  3. Perbualan yang berkualiti sangat memerlukan tahap kepercayaan yang baik antara ibu bapa dan anak-anak. Kepercayaan itu dibina secara perlahan-lahan pada sikap ibu bapa yang tidak memperlekeh soalan anak serta berusaha memberikan maklum balas terbaik.
  4. Berbuallah secara telus. Jangan gantikan perkataan sensitif seperti zakar, faraj, air mani, haidh, dengan perkataan-perkataan lain yang mengelirukan. Namun sebut secara santai, tanpa air muka yang ‘berubah’ menampakkan rasa kekok atau tidak selesa menyebutnya.
  5. Topik aqil baligh anak lelaki sesuai dibualkan bersama bapa dan topik aqil baligh perempuan sesuai dibualkan bersama ibu.
  6. Perbincangan sebaiknya, jangan dibiarkan tergantung dan ada pelan tindakan yang bersesuaian (memperuntukkan masa untuk mengajar bab mandi wajib)
  7. Ibu bapa sendiri perlu menambah pengetahuan untuk membantu anak-anak menambah pengetahuan. Itulah hikmah menjadi ibu dan bapa. Ada sebab paling kukuh untuk sentiasa belajar, hingga ke liang lahad.

HASRIZAL
43000 BSP

 

Check Also

Perjalanan Sengsara Mendidik Anak Remaja

“Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan mahu meluangkan masa bersama supaya kita boleh …

5 comments

  1. ada tak kursus utk anak2 yg bakal akil baligh yg dianjurkan oleh STC semasa cuti sekolah nanti? saya mohon maklumat utk anak2 ..tqvm

  2. suka baca blog ustaz, bila ia tentang tarbiyatul aulad.

  3. Mohd Dzulhuzmi Nasruddin

    Alhamdulillah….sempat bagi ana untuk bawa didikan yang ustaz kongsikan kerana anak ana baru mencecah 1 tahun 4 bulan. Sempat mengatur strategi. Tapi ustaz, mungkin boleh kongsikan bagaimana pula mekanisma untuk ibu bapa yang anak mereka telah mencecah aqil baligh. Maksud ana, ibu bapa yang sedang berhadapan dengan masalah komunikasi tentang ‘perkara-perkara’ tersebut dengan anak yang telah aqil baligh.

  4. Ustaz boleh tulis buku tentang tarbiyatul aulad pula lepas ni. Version Malaysia ๐Ÿ™‚

  5. Haruskah mandi air tolak bala utk anak perempuan yg baru akil baligh? T kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.