Khalifah Model School (Secondary): Think Big Act Small, Welcome 2013

Assalamualaikum.

Sejak sekian lama, sebagai pendakwah dan bapa kepada anak-anak sendiri, saya sering berkongsi pendapat tentang pendidikan. Biar pun saya bukan seorang guru, saya sering memposisikan diri saya sebagai pihak ketiga (selain ibu bapa dan sekolah) untuk melihat pendidikan dari sudut yang sentiasa meletakkan keinsanan murid-murid sebagai paksi utama, mengatasi kepentingan ibu bapa, guru, jabatan, kementerian dan pasaran.

Khalifah Model School (Secondary) merupakan sebuah projek besar lanjutan Khalifah Model School (primary) yang telah sedia ada beroperasi semenjak sekian lama. Tahun 2013 ini merupakan tahun pertama sekolah menengah, selain menyertai Board of Directors, saya juga memberikan komitmen menjadi guru bulanan yang mengajar subjek Pandangan Hidup Islam kepada murid-murid sekolah ini.

Untuk tahun 2013, ia beroperasi di premis sekolah rendah di Ampang dan masih belum bergerak sebagai sekolah berasrama. Setelah kampus Sepang siap Insha Allah, Khalifah Model School (Secondary) akan berpindah ke kampus baru itu yang mudah-mudahannya berhasil pada menawarkan satu lagi peluang pendidikan holistik berteraskan Islam yang kekal bertunjangkan tradisi keilmuannya yang unggul, namun progresif dan dinamik dalam menyantuni cabaran semasa.

Pendaftaran dibuka untuk beberapa kerusi kosong lagi, Insha Allah.

Invitation to enroll your son or daughter in Form 1,  Khalifah Model School (Secondary) for 2013,  offering an integrated curriculum of KSSM and Tahfeez program with full application of Khalifah Method.

Places limited to only 20 students, males and females.

Details as in brochure.

Thank you.

KMSS Office
03-42566810 (Sis Zara)
0192281931 (Ust Qayyum)

Check Also

Perjalanan Sengsara Mendidik Anak Remaja

“Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan mahu meluangkan masa bersama supaya kita boleh …

5 comments

  1. assalamualaikum ustaz…asif ana nk tnya…pendaftaran untuk kemasukkan ke tngkatan 4 tiada ka??adakah hanya untuk tingkatan 1 shj?

    • wsalam wbt. setakat yang saya tahu hanya dibuka untuk tingkatan 1. namun mungkin sahabat boleh hubungi nombor yang tertera di atas 🙂

  2. Assalamualaikum Ustaz…untuk tahun 2013 nnt memang belum ada asrama untuk pelajar ker? Dan terima tak pelajar untuk umur 12 tahun (2013)? sbb anak saya mmg pelajar tahfiz kat private school yg xambil upsr.

  3. assalamualaikum wbt..

    ustaz,saya bercita-cita nak menghantar anak saya ke KMS .insyaALLAH sesi 2014. Minta pandangan ustaz tentang sekolah ini. Sebab saya tiada rakan2 yang menghantar anak ke sana,so saya tiada sumber rujukan untuk bertanya.
    wassalaam.jazakallah.

    • Wsalam wbt.

      Jika tidak kerana masalah logistik, nescaya semua anak saya, saya sekolahkan di KMS. Saya terpaksa tarik anak keluar kerana rumah kami terlalu jauh. Saya sangat galakkan tuan menghantar anak ke KMS.

      Saya guru sukarelawan mengajar Islamic World View untuk sekolah menengahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.