Psikologi Dakwah – 2: Permulaan Yang Lebih Tenang Lagi Menenangkan

Petikan Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta
Petikan Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta

“Saya lihat, kalian yang aktif dalam kerja-kerja Islam ini wajahnya stress belaka. Senyum pun macam tak senyum” saya mengomel.

Maklum sahaja, perjalanan yang jauh memberikan banyak masa untuk kami berbual.

“Kenapa ya?” kata sahabat saya yang memandu.

“Hah, kenapa ya? Sepatutnya saya yang tanya dan antum yang menjawab” saya ketawa kecil.

Lebih menimbulkan persoalan, karakter yang tertekan sebegitu bukan semulajadi. Sebelum kenal usrah, sebelum faham Tarbiyah, sebelum terlibat dengan dakwah, orangnya ceria-ceria belaka. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, individu-individu ini berubah?

Atau apakah memang sepatutnya begitu?

Saya tidak rasa begitu.

BENARKAH ISLAM PENUH TEKANAN?

Stressful, tertekan, bukanlah apa yang saya kesan pada jiwa dan watak Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam dan para sahabat ridwanullah alayhim. Mereka tegas, namun mereka juga lucu, tenang, manusia biasa. Seimbang.

Bakr ibn ‘Abdullah menceritakan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah radhiyallahu anhum bergurau membaling-baling tembikai sesama mereka. Tetapi apabila tiba urusan yang penting, mereka menjadi lelaki-lelaki yang sejati” [Al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari no. 266]

Apabila aktivis dakwah sentiasa tertekan, jauh sekali untuk mereka kreatif. Sukar sekali untuk bersungguh dalam meneroka. Kerjanya pun boleh jadi asalkan siap. Setiap tugasan yang diberi, menambah tekanan, bukan keseronokan.

Situasi seperti ini merbahaya. Jika dahulu, jemputan menyertai gerak kerja dakwah adalah berkisar tentang persoalan memahami dalil-dalil kewajipan dakwah dan sejauh mana kemahuan melaksanakannya. Tetap kini ia dicabar dengan cara hidup yang bertentangan dengan kehendak dakwah. Generasi muda selesa berada dalam dunia peribadi yang disokong oleh ipod (lagu pilihan sendiri), PSP (permainan pilihan sendiri dan bermain seorang diri) serta jaringan sosial (bersosial dalam situasi menyendiri). Tiba-tiba dakwah mengajak mereka keluar daripada zon selesa kepada zon mencabar.

Jika cabaran itu menjanjikan keseronokan, Alhamdulillah.

Tetapi kalau cabaran itu menjanjikan tekanan, kemurungan dan hilang keseronokan, susahlah hendak bekerja. Dakwah juga yang jadi mangsa. Umat juga yang menanggung ruginya.

“Saya sekadar memerhati. Dekat sangat, tak nampak seperti batang hidung sendiri. Jauh sangat, sampai sudah bercerai kaitan antara generasi” saya menokok kisah.

Tidaklah terlalu senior.

Namun sudah tidak muda lagi.

“Apa pemerhatian ustaz?” tanya beliau.

IMPAK PSIKOLOGI

Kita sering menginspirasikan prospek dakwah kepada menerima tugasan dakwah, dengan melihat cabaran serta kesusahan orang lain. Melihat kemungkaran yang berleluasa. Lalu ayat-ayat ajakan kita penuh dengan REALITI.

“Cuba anta tengok, betapa teruknya masyarakat kita sekarang. Kemungkaran di mana-mana. Kita kena buat sesuatu. Takkan nak tunggu sampai Malaysia jadi macam Bosnia? Macam Lebanon? Macam Syria?” ujar kita dalam muqaddimah dakwah.

“Kita bukan nak ajak sampai menggadai nyawa mati syahid macam di Palestin. Kita cuma nak ajak buat kerja dakwah sama-sama. Minta sikit sahaja masa. Takkan itu pun tak boleh?” kita menambah lagi.

Ajakan itu realistik.

Itulah realitinya.

Namun realiti itu ada blind spot yang perlu diuruskan.

Menceritakan musibah orang lain, sering kita lakukan, demi memotivasikan diri agar lebih bersyukur serta melihat upaya diri untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Peluang lebih banyak, modal lebih besar, ujian jauh lebih kecil, sepatutnya boleh buat lebih lagi.

Akan tetapi itu logik kita.

Logik orang murung tidak begitu.

Semua cerita kekurangan orang lain, yang sepatutnya memotivasikan diri, menambahkan kemurungan dirinya!

“Teruknya aku. Orang Palestin sanggup mati. Aku, cintakan dunia. Malas nak berusaha. Aku memang hampeh!” kata prospek dakwah itu.

The Exhibit A of Loserdom!

Dia menjadi bertambah murung.

tripping

Ia adalah lingkaran pemikiran yang negatif (the spiral of negative thoughts).

Sesungguhnya kemurungan bukan perspektif. Ia adalah satu penyakit. Suatu kondisi jiwa dan pemikiran yang menyulitkan sesuatu yang positif dipandang positif dan negatif boleh diubah menjad positif. Apa yang berlaku ialah, segala-galanya menjadi lebih negatif. Pujuk pun negatif, marah pula lagilah bertambah negatif. Semua keterangan, menjadikan seseorang yang murung itu lebih pathetic!

Kebiasaan memulakan langkah dakwah dengan beban-beban jangkaan seperti ini, menyebabkan suasana dakwah dilanda kemurungan. Mereka yang menyertai dakwah ditimpa dengan kegelisahan (anxiety) bahawa dia tidak melakukan yang terbaik, dan tidak pernah mencapai yang terbaik.

Diburu anxiety. Gelisah takut dengan apa kata senior. Bimbang tidak menepati piawaian yang dicipta sendiri.

Justeru seruan kepada dakwah, perlu diusahakan agar beban-beban itu dihindari.

MENGAJAK SECARA POSITIF

Mengapa tidak ajakan dibuat secara yang lebih positif?

“Masyarakat kita banyak masalah. Kemungkaran sampai ke dalam rumah. Jika masalah ini dipandang musibah, memang musibah. Tetapi ia boleh menjadi peluang kita belajar. Belajar menjadi lebih cekap menguruskan masalah. Kalau kita nak hadapi seorang diri, mungkin tak mampu. Mengapa tidak sahabat sertai kumpulan dakwah ini, agar kita boleh kongsi idea dan tenaga sama-sama, kita belajar dan berusaha menyahut cabaran. Tentu adventurous!” sebuah ajakan yang mungkin lebih menarik.

9_51

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal” [Al-Taubah 9:51]

Musibah-musibah itu walaupun hakikatnya musibah, ia hadir sebagai kurniaan.

“Untuk kami”.

Bukannya “ke atas kami”.

Pemikiran positif mampu mengambil musibah sebagai peluang belajar.

Bukan hukuman atas kekurangan dan ketidak sempurnaan.

Sebuah permainan minda, yang berkaitan dengan posisi betul iman kepada Qadha’dan Qadar.

REALITI YANG SAMA

Akhirnya apa yang dihadapi masih realiti sama.

Tetapi dengan jiwa dan mentaliti yang lebih positif.

Agar pendakwah lebih bertenang.

Untuk menenangkan masyarakat yang gawat mengendalikan kemungkaran.

Boleh, kan?

HASRIZAL
43000 BSP

 

Check Also

Perjalanan Sengsara Mendidik Anak Remaja

“Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan mahu meluangkan masa bersama supaya kita boleh …

15 comments

  1. Assalamualaikum wbt,

    Jazakallah khair ustaz atas artikel ini, kerana buat saya berfikir dan bermuhasabah diri. Ya, saya selalu murung (tidak senyum) kerana kadang-kadang pening memikirkan cara dan kaedah yang berkesan untuk merapati (approach) mereka diluar sana ke arah jalan hidup islam, juga risau dengan teman-teman yang dulu nya aktif dengan kerja-kerja islam, tapi sekarang sudah kurang berminat dengan DnT. Ya, bab kata ustaz, “Sebuah permainan minda, yang berkaitan dengan posisi betul iman kepada Qadha’dan Qadar.” Mungkin kurangnya konsep tawakkal dalam diri.

    • Waalaikum al-Salaam wbt.

      Jazakumullahu khair al-jazaa… Memang tujuan artikel ini adalah untuk kita saling bermuhasabah. Terima kasih kerana sudi memanfaatkannya

  2. Assalamualaikum.

    Saya sangat terkesan dengan artikel ini kerana watak yang di’highlight’kan itu juga ada dalam diri saya.
    Menyalahkan diri apabila tak mampu menjadi lebih baik dan melakukan perjuangan sehabat orang lain. Dalam masa yang sama, melekehkan kebaikan kecil yang besar impaknya seperti sebuah senyuman.

    Perasaan ingin serius mengambil tahu masalah ummah juga telah merubah saya menjadi serius sehingga dilabel mengalami konflik identiti. Anehnya, saya juga sedar perubahan ini. Cuma masih takut untuk menjadi easy-going.

    Kadang-kadang terlupa bahwa Allah itu terperinci dan melihat kebaikan dan keburukan hatta sekecil zarah.

    Mudah-mudahan hasil tangan ustaz sentiasa berisi untuk menjentik hati-hati manusia walaupun responnya sudah bertukar kepada ‘like’ dan ‘share’.

  3. Jazakallahukhairan katseera ustaz,
    sekarang saya rasa lebih tenang…

  4. insyaAllah saya cuba lebih tenang dlm bdakwah =)

    (sbb kadang2 rasa ter-tegas juga, walaupun mad’u itu belum capai tahap yg perlu kpd tegas. hurmm, will read this article again and again)

  5. Benar Ustaz, fenomena ini berlaku apabila kita ikut separuh sunnah Rasul dalam berdakwah dan lupa atau tinggal yang separuh lagi. Kita ikut aspek “memberi ancaman” (nazeer) tetapi lupa atau tertinggal bahagian “memberi khabar gembira” (basyeer).

    “Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Ugama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran; dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.” (Faatir:24)

    http://quran.com/35/24

    Allahualam.

  6. salam!
    malam tadi Halaqah di tv9 pun ada tajuk best..hidup bertuhan..
    cuba lah lihat ustaz haslin bercakap..
    banyak gelak tetapi tetap ada isi..
    buat kita berfikir2 apa tujuan kita ddk kat dunia ni..
    kalau yang tak nak ikut apa yang kita cuba nasihatkan
    pun ada jawapan dalam perbincangan tu..
    mungkin teruskan usaha dan doa untuk mereka..
    itu lebih baik..

  7. Guru kami, syeikh rohimuddin selalu pesan,
    “Jika aqidahmu murni, segalanya yang kamu dapat, yang terjadi ke atasmu adalah baik semuanya. Kerana tiada apa yang terjadi melainkan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani.”

  8. Syahida Majid

    Ust, apa beza ‘untuk kami’ dengan ‘ke atas kami’?

    • hmm..saya rasa “untuk kami” itu lebih lembut, seperti hadiah untuk kita yang punya hikmah di sebaliknya.. seperti ayat “Hadiah ini untuk kamu” . Penerima rasa tenang.. 🙂
      “ke atas kami” seperti satu ketetapan, ayat yang boleh buat saya sentap..ayat yang lebih merujuk kepada hukuman. Seperti ayat “Hukuman ini ditetapkan ke atas kamu”.. Berat rasa membaca ayat itu kan..
      Itu pendapat saya, penerimaan hati saya.. 🙂 moga membantu..jika salah mohon dibetulkan 😀

  9. Insya allah jika kita tahu faham akan konsep tawakal kpd Allah nescaya tiada kemurungan pada kita. Gerak kerja haruslah digandingkan dgn konsep tawakal yg sepenuhnya kpdNya,. Harap para daie dpt mendalamai ayat ini (12:108) 🙂

  10. serikandiumar

    salam ustaz,
    ustaz ada suggestion untuk buku-buku yang boleh di baca dalam membina diri untuk menjadi lebih tenang dalam berdakwah

  11. salam ustaz,
    saya mengenal dakwah sewaktu belajar di luar negara. seronok tapi bila di malaysia, dgn pelbagai perkara, saya tidak dapat seaktif dahulu dalam dakwah tambah suami tidak aktif dalam dakwah. saya jadi parnoid, takut dibilang futur orang rakan dakwah lain, sungguh saya jadi sangat tertekan. saya rasa saya ada ketakutan melampau mengenai kewajipan meyampai dakwah ini. sehingga sekarang saya masih mencari jalan terbaik, saya masih mencari mana kurang mana lebih

  12. Baguslah, banyakkan senyum. Dah bosan tengok ‘para pendakwah’ yang muka tak reti2 nak senyum + tengok orang lain dengan pandangan mata pelik semacam. Bila dalam geng sendiri boleh plak peluk2, mcm geng sendiri ja yang paham perasaan geng sendiri.

    Pandangan mata yang ‘mengorang luarkan’ orang lain. Kadang2 pandangan mata yang perasaan bagus pun ada.

    Kadang2 senyum, tapi mcm buat2 @ palsu.

    Apa yang ada dalam jiwa, terus tezahir pada mata. Cara ‘para pendakwah’ melihat orang lain.

    Ada kawan2 sy penah cakap, bila join aktiviti yg penuh dengan orang2 yg ‘islamic’, namun tiada suasana ceria, orang2nya mirip serius. Di mana kerangka kasih sayang sesama muslim? Dan dia bandingkan dengan suasana orang Christian. Sy cuma banyak berdiam, dalam hujah yang masih memenangkan pendakwah, dengan usaha memahamkan situasi ‘tekanan’ yg mungkin dihadapi. Membawa usaha yang didakwah perlu lebih banyak memahami keadaan pendakwah.

    Namun bukan semuanya begitu. Dalam banyak2 tempat yg saya join, ada suatu organisasi, yang orang2nya easy going, suka senyum, gemar bergurau dengan kelembutan. Siapa saja yang datang ber’majlis ilmu’ di situ disambut dengan senyuman, ramah pergaulan. Mcm tiada suasana judgement. Termasuk kepada orang yang baru2, mcm orang kat situ boleh terima semua orang. Especially muslimat, yang tak judge pakaian muslimat lain, setiap orang diberi peluang utk menjadi diri sendiri, bebas berpesonaliti dalam kerangka syariat Islam yang luas, tanpa ‘pandangan mata’ yang cuba mentemplatekan sesiapa.

    Personaliti yang serius beku itu sememangnya tidak membantu apa2. Ia akan cair dalam iklim Malaysia. Lebih baik hidup di kutub utara. Sesuai kat sana takde orang sangat. So x perlu ‘bersosial’.

    Manusia adalah makhluk sosial. So jadilah manusia. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.