Meletakkan Islam Dengan Benar dan Baik di Negeri Asing

Di dalam usrah pagi ini bersama isteri dan anak-anak, saya kongsikan maksud Islam.

Ia tajuk ulangan, tetapi kali ini di dalam konteks yang berlainan.

Kini anak-anak hidup di Finland tanpa Islam di sekeliling mereka. Macam mana mereka hendak make sense dengan Islam and Muslim sebagai agama, dan identiti diri?

Kami berbincang mengapa agama ini dinamakan Islam. Siapa yang menamakannya. Mengapa agama iniย tidak dinamakan sebagai Muhammadiyyah atau Arabista atau apa-apa bentuk nisbah kepada sesuatu? Bagaimana pula status Islam atau Muslim Nabi Ibrahim dan serta ‘Isa, Jesus alayhim al-Salam?

Bagaimana mereka membawa keIslaman diri di keliling kawan yang bukan Islam?

Misalnya di dalam satu ayat al-Quran yang dipilih pagi ini:

ูˆูŽู…ูŽู† ูŠูŽุจู’ุชูŽุบู ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุงู„ู’ุฅูุณู’ู„ูŽุงู…ู ุฏููŠู†ู‹ุง ููŽู„ูŽู† ูŠูู‚ู’ุจูŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุงุณูุฑููŠู†ูŽ

“Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” [Q3: 85]

Bagaimana menyebut ayat ini kepada orang yang tidak kenal Islam?

Apabila kita baca ayat ini di dalam al-Quran, yang berbicara ituย adalah Allah, Tuhan kita. Manakala kita yang membacanya pula adalah manusia yang sudah percayakan al-Quran, kenal Allah dan sudah beragama Islam. Ayat itu kedengaran sebagai penegasan daripada Allah lantas kesannya adalah pengukuhan iman, kelegaan hidup sebagai Muslim serta kesan-kesan lain yang bagus-bagus belaka.

Tetapi jika kita sebagai Muslim membacakan ayat ini kepada non Muslim, bagaimanakah ayat ini kedengaran di telinga mereka? Apakah sama kesannya? Apakah maksud yang Allah mahukan di dalam ayat ini, tercapai dengan kita membacakan ayat berkenaan ke atas non Muslim? Dapatkah mereka faedahnya jika mereka tidak dapat merasakan bahawa yang menyebut ayat itu adalah Allah, Tuhan kita dan Tuhan mereka?

Saya tergerak hati membuka tajuk berkenaan untuk usrah pagi ini sebab saya khuatir dengan khutbah Jumaat semalam yang garang memberi amaran kepada jemaah agar jangan meniru kuffar, betapa hancurnya tamadun barat, betapa tidak berakhlaqnya orang kafir, betapa beruntungnya kita sebagai Muslim serta Islam sebagai satu-satunya agama yang benar.

Sebanyak manakah intonasi sedemikian memberi manfaat kepada penerimaan Islam, bukan sahaja di kalangan non Muslim, malah di kalangan Muslim sendiri?

Semasa mimbar Jumaat lantang menghina tamadun Barat di mana kita sedang berada, kita sedang cuba memahami mengapa di Finland ini apabila dompet tercicir di dalam bas atau di bandar, lazimnya ia ditemui kembali ke balai polis, selamat dan sejahtera? Ini sukar dibayangkan terjadi di Kaherah, Amman, Riyadh atau Kuala Lumpur.

Saya khuatir, sebab pendidikan agama yang diterima oleh komuniti Muslim di daerah-daerah asing seperti di sini, terutamanya di kalangan anak-anak, datang daripada masjid. Memang itulah yang sepatutnya. Tetapi ketika kebanyakan orang masjid bukan ahli pendidikan, dan tidak mempedulikan implikasi fakta kepada akal fikiran untuk memprosesnya menjadi ilmu yang bermanfaat serta amalan kehidupan, maka masjid boleh menyumbang kepada sebab orang jauh daripada Islam. Apa akibatnya ke atas pendidikan Islam, apabila Islam diajar tanpa ilmu tentang cara mengajar dan belajar?

Indoktrinasi?

PENGALAMAN ANAK-ANAK

Pada masa usrah bersama anak-anak tadi, mereka kongsikan beberapa perbualan mengenai agama yang berlaku di antara mereka dengan rakan-rakan setakat sebulan bersekolah di Finland ini. Kata mereka, ada kawan yang bertanya, ‘kenapa kita hidup di dunia ini?” Apabila anak kami serba salah hendak menjawabnya, rakan beliau mengingatkan “jawablah ikut agama sendiri!”

Ia adalah peringatan yang baik.

Soalan itu tidak boleh dijawab oleh subjek Matematik atau Sains dalam kondisi anak-anak. Itu adalah soalan agama. Dan ia perlu dijawab dengan kefahaman mereka terhadap agama mereka sendiri. Jangan terperangkap dalam rasa seperti mahu menjadiย accommodative yang keterlaluan apatah lagi apologetik, sehingga tersesat dalam menyatakan pegangan.

Maka semuanya perlu seimbang.

Antara mengambil kira persekitaran, dengan berpegang dengan pegangan dengan yakin.

Saya rumuskan tadi, bahawa yang menjaga agama anak-anak bukanlah solat, menutup aurat, berapa juzuk hafal al-Quran, walaupun semua itu sangat perlu dan penting. Jauh sekalilah 5A atau 20A mahu bermanfaat menjadi pendinding Islam di dalam diri. Tetapi yang menjaga agama anak-anak adalah aqidah serta pandangan hidup mereka yang berasaskan kepada Islam. Dan aqidah itu bukanlah sifat 20 atau tauhid tiga serangkai yang rakyat Malaysia bertikam lidah sesama sendiri. Sebaliknya sesuatu, yang sifatnya seperti batu bata membina satu persatu binaan Islam dari bawah ke atas. Aqidah adalah simpulan. Simpulan yang tersimpul dengan baik. Bukan tali temali yang longgar terurai. Tidak juga tali temali yang bersimpul sarat tidak tentu hala tersimpul mati.

Dalam pada Finland menawarkan sistem pendidikan yang bagus, banyaklah juga bekalan yang perlu dibekalkan buat anak-anak. Di dalam subjek ‘Islam’ di sekolah, anak-anak kami dianggap jauh terkehadapan kerana boleh membaca al-Fatihah, tahu berwudhu’ dan bersolat.

Tetapi itu semua bukan comfort zone mereka dan kami.

Anak-anak mula didatangi soalan dan isu baru yang menguji keIslaman mereka.

Kata anak saya, salah seorang rakan sekelasnya menghadapi masalah dengan kakaknya sebab guru subjek ‘Islam’ sebelum ini kata “you cannot be a Muslim if you can’t read al-Quran!” Dia memilih untuk tidak menjadi Muslim kerana itu lebihย make sense berbanding bersusah payah berusaha belajar membaca al-Quran tanpa motivasi yang nyata.

Bahayanya Islam dipelajari hanya dengan mengutamakan WHAT dan tidak HOW.

Mohonlah hidayah daripada Allah, tanpa jemu, sepanjang masa, sepanjang hayat.

Hasrizal
Oulu, Finland

Check Also

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome

Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 …

2 comments

  1. Interesting. I’m always thinking what happen to the good non- muslim in Hereafter. They become a good human being, responsible, generous and almost perfect than many muslim. We should try our best to help them to choose Islam, right?

  2. terima kasih ustaz di atas perkongsian…semoga kita semua diberikan hidayah oleh Allah…dan semoga kita semua diberikan kekuatan dan semangat untuk sentiasa menjalankan suruhannya dengan baik…aamiinnn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share