Anak Itu Bukan Kita Punya

Anak-anak bukan milik kita. Mereka adalah amanah Allah ke atas kita. Sebab itu walaupun anak-anak mempunyai DNA kita, minum susu badan kita, memikul bin dan binti nama kita, semua itu tetap tidak membolehkan kita berkelakuan yang anak itu kita punya. Boleh diperlakukan sesuka hati atas nama dia anak aku.

Bukti anak kita bukan milik kita ialah kita membayangkan kita mati nanti anak solatkan jenazah kita dan kebumikan kita, tetapi berapa ramai yang kebumikan anak kerana anak diambil semula oleh Pemilik sebenarnya.

Memang dalam fiqh ada perbahasan ilmuan bahawa ada situasinya duit anak adalah duit kita. Ada perinciannya. Tetapi itu duit. Bukannya si anak itu sendiri.

Sebab itu jika kita tampar anak, pukul berbirat, maki hamun, atau malukan anak dan jatuhkan maruahnya, alasan itu anak aku tiada nilai. Bahkan lebih bersalah sebab sepatutnya sebagai ibu bapa, kita berperanan melindungi anak kita. Jika anak tidak selamat di tangan ibu bapa sendiri, di mana anak hendak mendapatkan perlindungan dan kebahagiaan?

Kita tidaklah seekstrim Norway yang kerajaan rampas anak kalau anak tidak selamat di bawah jagaan ibu bapa sendiri. Tetapi kita ada agama yang mengajar kita menyayangi dan melindungi kanak-kanak dan anak-anak. Begitu banyak hadith Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam membelai, mencium, bermain, memujuk, melindungi, dan mengasihi kanak-kanak, akhirnya satu dua sebutan keharusan memukul anak untuk mendidik itu yang kita ambil dengan penuh ‘kemewahan’ dan berlebih-lebihan.

Apabila Malik bin al-Huwairith r.a dan kumpulannya hilang fokus belajar kerana rindukan keluarga, Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam memberhentikan sesi belajar dan mengarahkan mereka balik ke keluarga.

Kegembiraan semasa belajar bukan kemewahan atau ‘privilege’. Jauh sekali bermaksud ‘manja’ yang budaya kita selalu salah tafsir. Kegembiraan semasa belajar adalah pra syarat belajar, untuk pembelajaran berlaku. Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam sendiri jaga aspek ini, sebelum sains pembelajaran moden membuktikannya.

Tangisan anak adalah rahsia keluarga. Bukan bahan tontotan massa, jauh sekali bahan sensasi media.

Anak bukan milik kita.

Mereka amanah Allah ke atas kita.

Kita ini pun Dia punya.

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share