Kembara Finland

Tiada Lagi Aliran Sastera Atau Sains Mulai Tahun Depan?

Berita penuh di https://malaysiagazette.com/2019/10/11/tiada-lagi-aliran-sastera-atau-sains-mulai-tahun-depan/ Berita ini saya sambut di hari Jumaat penuh berkat ini dengan perasaan bercampur aduk antara syukur, gembira, bimbang dan keliru. SYUKUR Jika benar ia ekoran saranan JKDPN tempoh hari, maka Alhamdulillah. Semoga ia juga bermaksud bahawa lebih banyak lagi perubahan yang fundamental menyusul tiba. GEMBIRA Berita …

Read More »

Kehidupan Seorang Yang Mempersoalkan Segalanya

“Semua tak kena!” “Dia sahajalah yang betul. Orang lain semua salah.” “Sikap holier than thou itu tak ke mana. Akan membinasakan dirinya sahaja.” “Kamu sebenarnya mahu apa dalam hidup ini? Apa kesudahannya?” Kenyataan-kenyataan ini adalah belenggu yang perlu dihadapi oleh sesiapa sahaja yang hidupnya penuh persoalan, dan mempersoalkan segalanya. Saya …

Read More »

Freedom Writers (1999): Cikgu Percaya Murid Berjaya

Resepi utama Erin Gruwell atau Ms. G adalah dirinya sendiri. Seorang guru yang berpegang dengan keyakinan bahawa beliau adalah pendidik, dan semua muridnya boleh belajar dan diajar, berani menongkah arus, berani melawan, sanggup berkorban, biar pun pengorbanannya ada yang menjadi seperti lilin, membakar dirinya, dan kehidupannya bersama suami tersayang, Scott …

Read More »

Mengapa Pendidikan Jalan Islah?

Islah merujuk kepada satu tema di dalam kajian di bidang sejarah. Ia merujuk kepada usaha tematik oleh tokoh dan gerakan untuk mengembalikan masyarakat kepada ajaran asal dan tulen. Di dalam Islam, hal ini kembali hakikat kepada bagaimana manusia terseleweng secara beransur-ansur di dalam menghayati syariat Allah dari semasa ke semasa. …

Read More »

‘Sayangkan Anak (Murid) Tangan-tangankan’ di Tahun 2019

Perbuatan menjatuhkan air muka murid-murid bukanlah benda asing dalam pengalaman kebanyakan kita. Menyebutnya, dengan mudah mengundang reaksi bahawa yang tidak bersetuju itu lembik, mengada-mengada dan sebagainya. Sedangkan perbuatan berkenaan, apatah lagi dengan alasan mahu mendidik, adalah satu tindakan yang hanya membiakkan kejahatan, termasuklah dalam bentuk budaya menormalisasikannya. Ia menyumbang kepada …

Read More »

Membangunkan Vlog Cikgu Malaysia di Finland

Semenjak berada di Finland pada Ogos 2016, saya telah gantikan rutin berceramah kepada cara-cara lain untuk belajar melalui aktiviti mengajar, kalau boleh dikatakan mengajar. Ia lebih kepada berkongsi. Antara yang saya usahakan adalah vlog atau blog dalam bentuk video. Ada banyak teknik yang digunapakai untuk membangunkan vlog. Namun, dari segi …

Read More »

Puasa Dalam Pelbagai Agama

“Oh, di dalam agama Kristian, jika berpuasa biasanya seseorang itu akan ‘muram’ dan bermuhasabah untuk memperbaiki diri. Bukannya bergembira” kata Chaplain universiti. Kami ketawa lucu. Semasa Muhammad membentangkan tentang puasa di dalam Islam, beliau menunjukkan foto kemeriahan berbuka puasa di Ukraine dan Mesir. Puasa di dalam Islam sering terkait dengan …

Read More »