Wednesday, January 22nd, 2025

Pendidikan

Joe the King (1999): Tiada Budak Nakal Tak Bersebab

Tidak ada budak yang nakal dan jahat tidak bersebab. Itulah pendirian yang saya ulang-ulang selama ini. Semenjak 2004, saya mula bertemu dengan murid-murid di pelbagai jenis sekolah, pelbagai latar belakang keluarga. Ya, pelajar-pelajar cemerlang itu memang sentiasa ditemui sebab saya selalunya menerima jemputan untuk berprogram bersama mereka. Sama ada di …

Read More »

Tiada Lagi Aliran Sastera Atau Sains Mulai Tahun Depan?

Berita penuh di https://malaysiagazette.com/2019/10/11/tiada-lagi-aliran-sastera-atau-sains-mulai-tahun-depan/ Berita ini saya sambut di hari Jumaat penuh berkat ini dengan perasaan bercampur aduk antara syukur, gembira, bimbang dan keliru. SYUKUR Jika benar ia ekoran saranan JKDPN tempoh hari, maka Alhamdulillah. Semoga ia juga bermaksud bahawa lebih banyak lagi perubahan yang fundamental menyusul tiba. GEMBIRA Berita …

Read More »

Tenang Dengan Anak Murid, Tertekan Dengan Anak Sendiri; Kenapa?

Kenapa di sekolah, seorang guru yang penyabar boleh sabar dengan kerenah ratusan malah ribuan murid, manakala di rumah sendiri mudah menjadi tegang dengan anak-anak? Salah satunya, adalah soal ‘expectations’. Guru itu ada objektif yang kecil-kecil dan ada time frame spesifik dengan anak murid. Tetapi dengan anak sendiri, expectations kita kabur, …

Read More »

Freedom Writers (1999): Cikgu Percaya Murid Berjaya

Resepi utama Erin Gruwell atau Ms. G adalah dirinya sendiri. Seorang guru yang berpegang dengan keyakinan bahawa beliau adalah pendidik, dan semua muridnya boleh belajar dan diajar, berani menongkah arus, berani melawan, sanggup berkorban, biar pun pengorbanannya ada yang menjadi seperti lilin, membakar dirinya, dan kehidupannya bersama suami tersayang, Scott …

Read More »

Mengapa Pendidikan Jalan Islah?

Islah merujuk kepada satu tema di dalam kajian di bidang sejarah. Ia merujuk kepada usaha tematik oleh tokoh dan gerakan untuk mengembalikan masyarakat kepada ajaran asal dan tulen. Di dalam Islam, hal ini kembali hakikat kepada bagaimana manusia terseleweng secara beransur-ansur di dalam menghayati syariat Allah dari semasa ke semasa. …

Read More »

‘Sayangkan Anak (Murid) Tangan-tangankan’ di Tahun 2019

Perbuatan menjatuhkan air muka murid-murid bukanlah benda asing dalam pengalaman kebanyakan kita. Menyebutnya, dengan mudah mengundang reaksi bahawa yang tidak bersetuju itu lembik, mengada-mengada dan sebagainya. Sedangkan perbuatan berkenaan, apatah lagi dengan alasan mahu mendidik, adalah satu tindakan yang hanya membiakkan kejahatan, termasuklah dalam bentuk budaya menormalisasikannya. Ia menyumbang kepada …

Read More »

Samad Tedung: Melembutkan Hati Sekeras Batu

Tidak kiralah bagaimana sekali pun saya cuba mengungkapkannya di dalam penulisan, kata-kata tidak akan dapat menyamai berat melaksanakan apa yang dikata. Bahawa sesungguhnya tiada kekerasan yang boleh dilembutkan dengan kekerasan. Kecuali keras sekeping hati yang boleh menjadi lebih keras daripada batu. Hati yang lebih degil daripada batu ketika batu yang …

Read More »

Dakwah: Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu

Teringat lebih 10 tahun yang lalu, saya menerima jemputan pelajar Fakulti Undang-undang sebuah universiti untuk menyampaikan ceramah di dalam program orientasi pelajar baharu mereka. Semasa saya sampai ke lokasi program, AJK yang menyambut memberi taklimat kepada saya. Mereka meminta saya ‘membancuh’ pelajar baharu yang tidak bertudung agar bertudung. Saya kata, …

Read More »

Layla: Travelog Pemberontakan Remaja Muslim Eropah

“Kita boleh andaikan Layla ini generasi ketiga,” saya berhipotesis. “What do you mean by that?” tanya si anak.  Generasi pertama atuk dan nenek dia, kemudian ayah dan emaknya, kemudian dia dan adiknya Younes. Generasi pertama datang ke Eropah dengan tradisi Islam yang masih kuat, tetapi berfikiran terbuka untuk menyesuaikan diri …

Read More »
Skip to content