“Apa yang penting ialah ilmu agama” kata seorang bapa. “Kalau ada ilmu agama, selamat semuanya” ujar seorang ibu. “Tiada maknanya pandai bab-bab lain kalau bab agama kosong” tegas seorang guru. Memberikan harapan yang sedemikian rupa kepada ‘ilmu agama’ bukanlah sesuatu yang asing. Malah ia dianggap sebagai satu perkembangan yang positif …
Read More »Implikasi Perubahan Paradigma Pendidikan Kepada Pembelajaran
Semasa Seminar ‘Sekolah Masa Hadapan: Inspirasi Dari Finland’ yang diadakan di DBP semalam, salah satu topik yang saya jadikan sebagai headline ialah anjakan paradigma pendidikan yang dahulunya memfokuskan kepada pengajaran dan isi kandungan pengajaran (teaching and content) kepada pembelajaran. Hal ini terjadi bukan hanya di peringkat kajian akademik di universiti, …
Read More »‘Design Thinking Process’ di Dalam Slogan ‘Islam Penyelesaian’
Terperangkapnya kita dalam slogan dan retorik, ketika niat asalnya adalah untuk beramal, mungkin berbalik kepada rekabentuk kerja kita itu sendiri. Nilai utama dalam dakwah adalah amal, kerja. Tanpa kerja, dakwah itu mungkin bertukar menjadi ‘hobi’, sekadar membina utopio untuk kita berasa aman memilih kehidupan yang bertujuan, tanpa tujuan itu menatijahkan manfaat, Islam …
Read More »Menteri dan Kementerian di Sana Sini
Kita minta Menteri Pendidikan macam-macam perkara. Jika semua yang kita minta itu boleh dibuat oleh Menteri, mungkin itulah petanda kelemahan sistem pendidikan kita. Menteri dan Kementerian Pendidikan terlalu banyak campur tangan dalam perkara kecil yang berlaku di bilik darjah hingga topik apa di bawah bab apa di dalam bab apa …
Read More »Paranoid Dengan Pendidikan Agama
Baca selanjutnya di https://finland.fi/life-society/religion-lessons-support-kids-identities/ Di dalam sebuah negara seperti Malaysia, saya berasa janggal melihat perdebatan di kalangan masyarakat tentang wajar atau tidak wajarnya pendidikan agama di dalam sistem pendidikan kita. Mengapa begitu paranoid dengan pendidikan agama? Jika saya diizinkan untuk memetik Finland sebagai contoh, ini adalah sebuah negara yang ‘agama’ sangat …
Read More »Saranan Balas Kepada Pandangan Puan Elmarié Potgieter
Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Puan Elmarié Potgieter ini juga adalah harapan saya secara peribadi tentang apa yang boleh dilakukan oleh Menteri Pendidikan kita yang baharu, YB Dr. Maszlee Malik. Semalam saya telah bentangkan sedikit rumusan saya mengenai cabaran yang wujud di dalam sistem pendidikan di Malaysia kepada seorang rakan yang …
Read More »Mangsa Kepada Imaginasi Sendiri
A post shared by Hasrizal (@iamhasrizal) on May 22, 2018 at 2:37pm PDT Kita menjadi mangsa kepada imaginasi kita sendiri. Mula-mula kita kagum dengan sistem pendidikan Finland dan membayangkannya sebagai sebuah utopia. Kita yang dakwa ia sangat sempurna, kemudian kita pula yang rasa ia terlalu sempurna, hingga tidak sesuai diteladani. …
Read More »Bagaimana Finland Membina The Culture of Trust di Dalam Sistem Pendidikan
Secara umumnya, ahli politik tidak percaya kepada warga pendidik. Kesan daripada itu, terjadilah ketiadaan percaya di kalangan masyarakat awam terhadap guru, yang sebagai reaksi kepada itu juga, guru tidak percaya kepada murid. Ini adalah satu bentuk kitaran perosak (vicious cycle) terhadap ketidak percayaan yang wujud di dalam pendidikan semasa. Pengalaman …
Read More »Meidän Piti Lähteä (Kami Harus Pergi)
“Habis, apa pula tarbiah Pakatan Harapan?” Dalam banyak-banyak soalan yang bertubi-tubi hadir sebagai reaksi kepada penulisan saya di media sosial, mungkin inilah soalan yang paling menarik perhatian untuk saya berfikir. Perlukah semua yang ditinggalkan ada pengganti? Meninggalkan sebuah tarbiah, lalu perlu kepada satu tarbiah baru dan lain? Mungkin ya, mungkin …
Read More »Tiga Keputusan Antara Yang Senang Dengan Yang Susah
Di blog ini, apabila saya bahasakan diri saya sebagai saya, saya hanyalah diri ini yang terbatas pada setakat apa yang dia tahu, apa yang dia alami dan apa yang dia fikirkan mengenainya. Catatan peribadi di sini, biar pun terbuka untuk bacaan umum, ia adalah jurnal peribadi. Ia tidak bermaksud sama …
Read More »