Friday, January 24th, 2025

Paranoid Dengan Pendidikan Agama

Baca selanjutnya di https://finland.fi/life-society/religion-lessons-support-kids-identities/

Di dalam sebuah negara seperti Malaysia, saya berasa janggal melihat perdebatan di kalangan masyarakat tentang wajar atau tidak wajarnya pendidikan agama di dalam sistem pendidikan kita. Mengapa begitu paranoid dengan pendidikan agama?

Jika saya diizinkan untuk memetik Finland sebagai contoh, ini adalah sebuah negara yang ‘agama’ sangat asing di dalam kehidupan awam walaupun secara rasminya Evangelical Lutheran Church adalah agama majoriti penduduk. Finland adalah sebuah negara yang ekosistemnya adalah atheism kalau pun tidak agnostic. Tetapi pendidikan agama masih berjalan seperti biasa. Sistem pendidikan Finland melihat agama sebagai sumber yang penting untuk membina identiti individu murid dan ia perlu disokong.

Saya tidak pernah membayangkan anak-anak saya akan mendapat kelas ‘agama Islam’ apabila kami berpindah ke Finland, tetapi mereka menerimanya. Adakah ia sempurna? Tidak, malah ada banyak ruang penambah baikan, dan ada ramai penyelidik yang berterusan membuat kajian untuk menambah baik kualiti pendidikan agama di Finland, dan di negara-negara Eropah yang lain.

SIG 19 – Religious and Spiritual Education adalah kumpulan penyelidik yang mengkhususkan kajian mereka di dalam pendidikan agama di bawah European Association for Research on Learning and Instruction (EARLI), dan saya juga menjadi ahli kepada kumpulan ini. Kajian-kajian yang dibuat berasaskan disiplin penyelidikan yang sistematik dan ketat memenuhi standard semua cabang penyelidikan di dalam bidang pendidikan.

Pendidikan agama adalah pendidikan. Bukan indoktrinasi. Kecuali kita memilihnya untuk begitu. Dan ia adalah pilihan yang mundur dan merugikan semua.

HASRIZAL
Oulu Finland

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

The Holdovers (2023) DAN STOISISME: Pendidikan Bermula Apabila Sekolah Tutup

Hasrizal Selepas beberapa minit menonton, saya tidak pasti sama ada filem ini baharu atau lama. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content