Pertemuan saya bersama dua orang sahabat yang merupakan pengikut Tarekat Helvati Jerrahi. Mereka melazimi pengajian kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah oleh Imam Birgivi (Istanbul Feb’ 2013) Nama Imam Birgivi mungkin tidak sebesar Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Jauh sekali Imam Ahmad, malah Hujjah al-Islam Imam al-Ghazzali. Namun ia tidak semestinya membataskan pengaruh yang …
Read More »Di Mana Syaitan Dalam Kehidupan Moden Kita Hari Ini?
Di mana Syaitan dalam pertimbangan hidup kita, di zaman yang serba canggih ini? Jika sebuah seminar antarabangsa berkaitan kemajuan sistem ekonomi Islam, seorang pembentang mahu membentangkan tentang peranan Syaitan, mungkinkah ramai yang akan mencebek muka? Tidak saintifik. Tidak ilmiah. Tidak empirikal. Tidak berpijak di bumi yang nyata. Tanpa sedar, sebagai …
Read More »Menjejak Keluarga Tok Akib dan Sejarah Perjuangannya
Waris Tok Akib yang sempat berkumpul pada 6 Disember 2014 di Laman Warisan Rumah Pusaka Tok Akib di Padang Asam – foto ihsan Keluarga Tok Akib Setelah sekian lama merancang, akhirnya hajat kami diizinkan oleh Allah untuk berlaku. Pada 6 Disember 2014 baru-baru ini, kami cucu-cucu kepada Tok Akib berhimpun …
Read More »Sejauh Manakah Kita Setia Dengan Kebenaran?
Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak …
Read More »Majalah I #146: Wawancara Kelayakan Ulama Sebagai Pemimpin
Majalah I pada awal November lalu telah mewawancara saya berkenaan dengan isu Kepimpinan Ulama. Ia adalah lanjutan daripada perbualan saya bersama CEO Karangkraf, Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub, Encik Ahmad Yani Abd Manaf, yang juga orang kuat Majalah I serta Pengurus Hal Ehwal Islam & Penerbitan al-Quran, Karangkraf, serta beberapa orang …
Read More »Khutbah Jumaat: Beruntunglah Orang Yang Asing
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145] Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan …
Read More »Ilmu Kemanusiaan Untuk Memenangkan Perjuangan Islam?
“Katakanlah sekumpulan penyelidik mengemukakan kepada pemimpin sebuah hasil kaji selidik, bahawa hanya 2% daripada penduduk Lembah Kelang yang non Muslim, menganggap isu-isu yang PAS bawa sebagai relevan. Manakala selebihnya tidak peduli pun kepada isu apa yang PAS kemukakan. Pemimpin menjawab, “alah, buat kaji selidik di tempat yang orang tak suka …
Read More »Salah Mendengar Bukan Akibat Sakit Telinga
“Ya Allah, rezekikanlah kami kefahaman!” mulut melafaz doa. Rupa-rupanya FAHAM itu adalah rezeki. Andai faham itu rezeki, maka jalan kepadanya sama seperti rezeki-rezeki yang lain. Rezeki wang, datangkah ia berkepuk jatuh dari langit? Tentu sahaja tidak. rezeki wang datang dengan kerja dan usaha. Perlu berusaha. REZEKI PENJUAL MODEM BROADBAND Seorang …
Read More »Berbilang Jamaah: Antara Saranan Stephen Covey dan Sa’id Hawwa
Gambar Hiasan Fenomena berbilang jemaah dan kumpulan dakwah adalah realiti. Sesuatu yang kita tidak dapat lari daripadanya, dan menuntut keupayaan diri untuk menguruskannya. Jika ulama membahagikan berbilang (ta’addud) itu kepada yang harus dan tidak harus, realitinya perjuangan kita adalah untuk menarik apa yang ada kepada yang harus, bermanfaat, serta mengecilkan …
Read More »A Dalam Peperiksaan Tetapi D, E dan F Dalam Kehidupan
“Kamu main bola sampai kotor baju. Kamu tahu tak asal usul permainan bolasepak ini?” tanya ustazah. Kami menggelengkan kepala. “Asal permainan bolasepak ini ialah apabila orang jahat bunuh cucu Nabi. Kemudian kepala cucu Nabi tu, disepak-sepak. Maka setiap kali kamu main bola, macam kamu sepak kepala cucu Nabi!” kata ustazah. …
Read More »