Selepas DIARI ABAH (2020), apakah masih ingin menulis tentang keibubapaan? Saya tiada jawapan. Semasa melihat anak-anak membesar, kita bersemangat untuk melakukan yang terbaik. Kita cuba mengendali dan menguasai perjalanan itu dengan ilmu. Saya belajar ilmu agama, belajar ilmu sains, belajar tentang masyarakat, dan berusaha memperbaiki kualiti masa dengan anak-anak, demi …
Read More »Menulis Mengenai ADHD Dewasa Secara Terbuka
Menulis secara terbuka mengenai ADHD dewasa adalah berisiko besar. Fikiran saya ada banyak lapis mengenainya. Bermula dengan rasa malu, khuatir diperlekeh, paling takut jika orang secara rambang menganggap semua yang saya pernah cakap atau tulis dianggap tidak benar kerana saya ‘tidak betul’. Kemudian saya fikir, selama ini saya menulis dengan …
Read More »Cabaran Rejection Sensitive Dysphoria (RSD) Dalam ADHD Dewasa
Menjadi seorang yang rasional, menerima jika munasabah dan menolak andai sebaliknya, adalah asas saya mengendalikan perjalanan hidup. Tetapi apabila dilabel sebagai seorang yang emosional, berhati tisu, sukar bertolak ansur dengan perbezaan pendapat, ia mendatangkan rasa tidak selesa kerana saya akan bertanya kepada diri sendiri, apakah benda yang saya marah itu …
Read More »Renungan Kes Theranos dan Elizabeth Holmes
Baru-baru ini mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan yang Elizabeth Holmes daripada startup Theranos bersalah. Saya mengikuti kes beliau ini semasa di Finland lagi. Saya tertarik kepada pada masa itu saya mengalami keresahan semasa duduk di dalam ekosistem startup melalui program-program entrepreneurship yang ada di Finland. Malah sebahagian trainers datang dari …
Read More »Hadith Paling Susah Hendak Diamal
Pesimis. Optimis. Positif. Kita teraba-raba mencari kekuatan untuk dapat melihat sinar di hujung terowong. Saya sedar dengan peranan algorithm dalam menyumbat berita. Justeru, saya cuba berhati-hati agar tidak terjebak ke daerah catastrophic thinking hingga cicak disangka buaya, cacing dipandang ular. Tetapi apa yang diketahui secara benar, tidak perlu lebih besar daripada …
Read More »Dilema Membaca: Antara Tujuan, Keperluan dan Keselesaan
Berpakaian untuk perlindungan diri adalah dharuriyyat (ضروريات). Berpakaian dengan ketebalan yang sesuai dengan cuaca pula adalah hajiyyat (حاجيات). Manakala berpakaian yang ketebalannya sesuai serta materialnya selesa untuk kulit kita, itu adalah tahsiniyyah (تحسينيات). Dharuriyyat adalah keperluan asas yang tanpanya, menjejaskan kelangsungan hidup. Hajiyyat menjaga kesejahteraan dan ketiadaannya tidak sampai menyebabkan …
Read More »Generasi Hilang di Depan Mata
Istilah ‘Generasi Yang Hilang’ asalnya timbul ekoran daripada laporan UNICEF pada November 2020 yang lalu. Generasi ini dianggap ‘hilang’ apabila mereka kehilangan punca, keliru dan terputus daripada rutin yang selama ini berfungsi membentuk mereka. Ini adalah satu peringatan untuk menyedarkan kita bahawa apabila persekolahan terpaksa dipindahkan ke dalam talian, ia …
Read More »Reindeer Kebuluran dan Banjir Yang Menggila
Baru-baru ini, akhbar BBC melaporkan ribuan reindeer di Lapland hilang daripada ladang mereka. Reindeer ini terpaksa merayau-rayau ratusan kilometer kerana mencari sumber makanan di musim sejuk agar tidak kebuluran. Berita penuh di https://www.bbc.com/news/world-europe-59742359 Di musim sejuk, reindeer biasanya makan lichen (disebut sebagai jäkälä di dalam bahasa Finnish). Lichen ini tumbuh …
Read More »Teladan Kisah Musa Dan Khadir: Cabaran Era ‘Fragmented Knowledge’
Di dalam al-Quran, surah al-Kahf ayat 65 dan seterusnya, Allah menceritakan keazaman Musa ‘alayhi al-salam untuk belajar dengan al-Khadir (sebutan yang lebih tepat (الخَضِر) ‘alayhi al-salam, hamba Allah yang mengetahui perkara yang Musa tidak tahu. Permintaan Musa itu disambut dengan kenyataan al-Khadir bahawa Musa tidak akan mampu bersabar belajar dengannya …
Read More »Don’t Look Up: Bencana Tatkala Kebodohan Menjajah Bumi
Sepanjang menonton filem DON’T LOOK UP ini, saya asyik teringat kepada dua pesanan. Pesanan pertama adalah pesanan Neil Postman. Beliau kata hentikan pendidikan daripada bercita-cita secara melampau ingin memandaikan manusia, sedangkan yang lebih utama adalah menyelamatkan mereka daripada kebodohan. “Kenapa doktor dan peguam lebih berjaya dalam misinya berbanding pendidik?” tanya …
Read More »