May, 2015

  • 5 May

    Apabila Gerakan Islam Tidak Lagi Bergerak-gerak

    Salah satu kaedah yang digunakan untuk memahamkan prospek tentang mengapa mereka perlu bersama dengan gerakan Islam dan mendukung perjuangannya adalah dengan menggunakan sejarah. Kali pertama saya bertemu dengan modus operandi ini adalah semasa berada di United Kingdom. Semasa mendengar seorang pelajar kejuruteraan mengupas tentang sirah al-Khulafa’ al-Rashidin di dalam sebuah …

April, 2015

  • 1 April

    Bertaklid Buta Dalam Menyukai dan Membenci

    Teringat saya kepada kekecohan di Jordan apabila kerajaan menaikkan harga roti ekoran kenaikan harga tepung gandum sedunia. Rakyat sungguh marah. Bukan setakat menjerit-jerit marah, mereka merusuh seluruh negara. Masih jelas di ingatan saya bagaimana pekan Karak dikelilingi kereta kebal untuk mengawal bangunan-bangunan strategik seperti bank, pejabat kerajaan dan balai polis. Tetapi, …

March, 2015

  • 31 March

    Virus Dungu Dalam Budaya Prank dan Shenanigan

    Ilustrasi oleh Francis Barlow di dalam hikayat “The Boy who Cried Wolf”, yang beliau gelar sebagai  DE PASTORIS PUERO ET AGRICOLIS, 1687 [wikipedia] “Tolong! Tolong! Serigala menyerang kambing saya!” jerit anak muda itu. Orang kampung prihatin. Bergegas mereka memanjat bukit. Mahu menolong. Ada yang bawa parang, ada yang bawa cangkul. …

  • 10 March

    Sindrom Menyerang ‘Ex’ Merentas Sejarah

    Dalam perjalanan pembacaan yang ‘menggelebeh’ dan meleret-leret, Alhamdulillah saya sudah dapat menjelaskan bagaimana idea islah Imam Birgivi​ bergerak dari zamannya ke era Kadızade Mehmed Efendi, kemudian Ustuvani Efendi, kemudian Vani Mehmed Efendi, seterusnya beralih ke Sulaiman al-Maghribi dan lingkungan muhaddithin di Dimashq hingga terhubung dengan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab. …

  • 9 March

    Apabila Ada Jawapan Untuk Semua Soalan

    Dalam program di Masjid Tengku Kelana Petra semalam, saya menyampaikan rumusan buku Tsaqafah al-Da’iyah karya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi. Di dalam sesi soal jawab ada beberapa isu menarik yang timbul. Antaranya ialah: Keluhan tentang kuliah-kuliah maghrib yang kosong, penceramah bercakap kosong dan tiada ‘learning outcome‘ yang jelas daripadanya. Artis-artis berhijrah bercakap …

  • 5 March

    Usrah Bawah Tanah di Atas Bukit

    Pengetua memilih ahli usrah khusus ini daripada kalangan ‘mat Musolla’ yang juga menduduki senarai 30 pelajar terbaik semasa peperiksaan akhir di tingkatan 1 dahulu. Semua pelajar beliau tarbiah. Namun kelompok ini diproses dengan satu proses lain. Tahun 1989, saya menyertai usrah bawah tanah di atas bukit ini. Bawah tanah kerana …

  • 3 March

    Antara Pendidikan Cemerlang Dan ‘Pelajar Cemerlang’

    Calon SPM 1992 Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh “Hasrizal pindah balik ke sekolah ini, senanglah nanti nak dapat nombor 1. Yang pandai-pandai semua dah keluar sekolah!” kata Cikgu Noraini. Kata-kata beliau itu sekadar gurauan. Mengusik saya yang pertama kali ditemuinya apabila saya kembali semula ke Sekolah Izzuddin Shah, berhenti mengejut daripada …

February, 2015

  • 24 February

    Sakit di Sebalik Keluhan ‘Orang Baik-baik’

    “Saya sangat kecewa. Mengapa seorang ustaz gagal solat berjemaah di masjid? Sedangkan saya bersusah payah…” keluh seorang lelaki. Sedih. Keluhan yang benar. Kebenaran yang sukar untuk ditelan. “Kalaulah dia tahu betapa deritanya hidup dalam kejahilan, tentu dia tidak akan bermain alasan untuk hadir ke majlis ilmu” keresahannya berpanjangan. Keluhan demi …

  • 12 February

    Perginya Murabbi Yang Setia Dengan Kebenaran

    Heathrow London, 1999 “Allahu Akbar! Allahu Akbar! PAS menang di Kelantan! Angkatan Perpaduan Ummah!” kami di asrama bersorak gembira. Ada yang mengetuk baldi, mengibarkan kain pelekat, bertakbir apabila keputusan pilihanraya umum 1990 diumumkan di televisyen asrama sekolah. Kemenangan itu bukanlah kemenangan politik kerana kami budak-budak sekolah menengah ketika itu, apalah …

  • 8 February

    Berpelajaran Tidak Berpendidikan

    “Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit. Orang sudah tidak pentingkan bidang Sejarah, bidang Geografi. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan” rungut Prof. Khoo Kay Kim dalam Buletin Utama malam berkenaan. Saya tidak mampu berkata apa-apa kecuali …

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share