“Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and Political Theory oleh J. Peter Euben. Naskhah terpakai buku lama ini saya beli semasa pesta buku TCD baru-baru ini. Corrupting Youth meneroka peranan pendidikan politik dalam budaya demokrasi dengan merujuk kepada falsafah …
Read More »Ujian Diagnostik Awal Persekolahan: Menelusuri Konflik di Tampere dan Tuntutan Keadilan Islam
Sebahagian ibu bapa melihat dasar ini sebagai peluang untuk anak-anak yang menunjukkan perkembangan awal. Namun kebimbangan yang lebih mendalam turut timbul: adakah kita sedang menginstitusikan penapisan akademik pada usia yang terlalu muda, dan seterusnya mengukuhkan jurang sosioekonomi yang sedia ada? Hujah Rasmi KPM dan Naratif Dasar Negara Dalam beberapa laporan …
Read More »‘Schoolification’ (Pensekolahan Awal): Sistem Ikut Umur Atau Umur Ikut Sistem?
Pernahkah sahabat berasa cemas melihat anak jiran yang berusia lima tahun sudah lancar membaca, manakala anak di rumah masih leka bermain tanah liat atau melompat di luar rumah? Di Malaysia, kita sering dihantui oleh satu perlumbaan tidak rasmi yang kita cipta secara sengaja atau tidak sengaja, sedar atau tidak sedar: …
Read More »Iktibar Perang Perundangan Pendidikan di Finland: Mengheret Isu Pendidikan ke Mahkamah
Dalam wacana pendidikan global, Finland sering dijulang sebagai “utopia” pendidikan yang berjaya menghapuskan persaingan antara sekolah. Namun, di sebalik reputasi tersebut, tersimpan satu sejarah pertempuran perundangan yang sengit pada awal milenium kedua. Pertikaian ini bukan sekadar mengenai data, tetapi merupakan pertembungan falsafah tentang hakikat sebenar “pendidikan yang benar.” Pada akhir …
Read More »Alangkan Terkentut Semasa Solat Jemaah Pun Ada Akhlaknya
“Alamak, terkentut pulak!” rungut Ali di dalam hatinya. Mujur tidak berbunyi. Kalau tidak, segan juga dibuatnya. Sebaik sahaja Ali hendak melangkah ke luar meninggalkan saf, beliau dihalang oleh salah seorang jemaah yang bersolat. Maklum sahaja, berjalan di hadapan orang bersembahyang, adalah perbuatan yang dilarang agama. Ali teringat hadis Nabi ﷺ …
Read More »Buli Siber: Dakwah ‘Tikus Baik Labu’
Semalam, di halaman Facebook saya, timbul satu pertanyaan menarik berhubung statistik yang meletakkan Malaysia antara negara tertinggi di dunia terlibat dalam buli siber. Pengunjung tersebut bertanya, adakah apabila kita melihat orang melakukan maksiat, seperti tidak menutup aurat, lalu kita menegur, perbuatan itu dikategorikan sebagai buli siber? Dan jika kita tidak …
Read More »Dari Era Iqra’ ke Generative AI: Wacana al-Khatib al-Baghdadi Mengenai ‘Teknologi Pendidikan’
Minggu ini, sebagai sebahagian daripada latihan bulanan guru di Yayasan Pendidikan Khalifah, saya berpeluang mengendalikan sesi bertajuk “From Iqra’ to the Age of AI”. Kita bermula dengan perintah pertama yang diwahyukan dalam al-Quran: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. (al-‘Alaq 96: 1) Membaca di sini tidak terikat kepada makna moden …
Read More »Muhasabah Reformasi Pendidikan di Tahun 2025
Selain memberi tumpuan menghabiskan fasa akhir penulisan tesis, saya kurang mengulas mengenai isu pendidikan semasa kerana saya sudah tidak pasti apa yang hendak dikongsi. Terima kasih kepada beberapa sahabat yang rajin repost perkongsian saya yang dulu-dulu. Pilihanraya umum semakin hari semakin hampir. Saya suka hendak mendengar ulasan-ulasan oleh semua parti …
Read More »Bahaya Gaduh dan Debat Berlebih-lebihan Dalam Agama
Semakin banyak kita bercakap dan menulis, semakin besar risiko untuk kita melakukan kesilapan. Namun, penyelesaiannya bukanlah dengan berhenti bercakap atau menulis. Sekiranya kita perlu melakukannya, maka kita harus terus melakukannya. Isunya ialah, apabila berlaku kesilapan, individu yang melakukannya perlu tampil membetulkan, mengakui, dan bergerak ke arah yang lebih baik. Sebaliknya, …
Read More »Luka’ Ibn Luka’: Si Bodoh Bahagia dan Berkuasa Sebagai Tanda Kiamat
“Kelakar, kan?” kata seorang remaja. Beliau ketawa menonton video aksi bodoh di telefonnya. “Memang lawak… tapi kalau anak aku nanti jadi macam ni, aku menangis,” balas rakannya. Nada beliau separuh bergurau, separuh bimbang. Apakah yang berlaku apabila bahan ketawa itu menjadi sumber ratapan? Apabila kelucuan itu menjelma sebagai ancaman? Dalam …
Read More »