Saya Pun Tidak Pasti Kenapa Saya Berpuasa

I don’t even know why I am fasting!” anak kecil kami mengomel.

Hurmm…. why do you think?” saya bertanya kembali sambil mengemas dapur.

So we understand the struggle of the poor people and their hunger?” jawabnya, dalam bentuk soalan.

Do you actually think of the needy when you’re fasting?” saya mahu beliau jujur dengan jawapannya.

Not really. It’s just something the teacher said” jawabnya, telus.

Well, to be more emphatic towards the poor people, that is a wisdom we can gain from fasting. But it is not why we fast. Not the reason” saya menyambung.

Si anak sedang berdiri di atas mesin penimbang dan melihat-lihat berat badannya.

Bagus juga beliau jujur begitu. Jawapan ustazah adalah skema jawapan. Ia belum tentu iman, belum tentu kepercayaan, terutamanya jika murid itu sendiri tidak atau belum mempercayainya.

Why do you sleep at 10 or 11 although you’re not yet sleepy and wish to watch tv?” saya bertanya balik kepada si anak.

Hurmm… because you say so!” katanya, pantas.

Why if I say so, and you do it?” saya menyoal lagi.

Because you’re my dad” jawabnya.

Beliau mula nampak ke arah mana saya cuba membawa perbualan.

Well, in our life, your highest command is not at us as your parents. You didn’t choose to have me and ummi as your parents. There is a higher One. The Highest. The One who created me, ummi, you, your friends, and everyone” saya jelaskan.

Beliau diam dan berfikir mengenai penjelasan tersebut.

Allah created us. He has the highest authority on us, and He doesn’t ask that much from us. You can do a lot of things in your life, but you just need to pray that five short prayers everyday, and fast one month out of twelve” saya menyambung penjelasan.

And the benefit is not even for Allah. It goes back to you. To us!” penjelasan disudahkan dengan jeritan dari bilik air.

Bertarawih dalam keadaan cerah di luar sana. Situasi unik bagi kami di Finland ini.

Perbualan selepas berbuka puasa itu terjadi secara spontan. Kebetulan pada malam ketiga Ramadan, kami bertarawih dengan ayat-ayat di awal juzuk 3 yang menceritakan tentang perjalanan Ibrahim alayhi al-Salam mencari dan mengimani Allah.

“Tuhan itu menghidupkan dan mematikan” kata Ibrahim.

“Aku juga menghidupkan dan mematikan” jawab si raja zalim. Loyar buruk. Seorang diselamatkan dan seorang dibunuh, sebagai menunjukkan yang dia itu juga menghidupkan dan mematikan.

“Loyak buruk itu perangai Namrud, perangai Firaun!” saya merumus selepas solat.

Yeah, what is loyar buruk in English?” anak-anak menyoal satu sama lain.

The ugly lawyer?

Doctor Quack, maybe?

Selepas selesai berwitir, anak kedua menyampaikan tazkirah dalam bentuk soalan sahaja. Hanya untuk mencetuskan topik. Beliau menyoal kisah kekhusyukan Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu yang cedera kakinya terkena panah, dirawat semasa beliau sedang solat kerana beliau tidak menyedarinya lantaran khusyuk Ali di dalam solat.

Not like you, asking about Assassin’s Creed right after giving salam!” saya menegur si anak yang antara dua tarawih, sempat pula bersembang tentang PS4. Kalau pun tidak berselawat bersahut-sahut macam di kampung di Malaysia, tidaklah pula menggantikannya dengan sembang mengenai game.

What else was in the verses you read?” anak bertanya lagi.

Well, Ibrahim asked Allah to show him how He brings the dead to life. And Allah asked if Ibrahim is doubtful about Him. Ibrahim replied saying it is not that he has any doubt about Allah. He just wanted to calm his heart. That tells us that questioning about your faith, is ok and normal. But doubts need answers, solutions!” saya bercerita.

Seperti kata Abu al-Hasan al-Asy’ari rahimahullāh bahawa kita ini belum lagi benar-benar beriman sehinggalah kita mempersoalkan iman diri ini. Soal, untuk mengentalkannya.

Si anak kecil teringat kembali kepada persoalannya sebelum kami solat Maghrib awal tadi.

Oh yeah, I remember about the story how Ibrahim alayhi al-salam cut the birds into four pieces and placed each of them on separate hills. And then all the birds came back to life.” anak kami masih mengingati sisa-sisa pengajiannya di sekolah agama sebelum kami datang ke Finland ini.

Perbualan kami berakhir dengan sebuah analogi yang saya bawakan daripada ayat 264 daripada surah al-Baqarah tentang orang yang beramal tetapi melakukan amal itu kerana riya’. Ia diumpamakan seperti tanah di atas batu yang licin, apabila ditimpa hujan, habis terlerai dan botak batu itu tanpa ada yang tersisa. Amal yang tidak lekat.

Ayat yang menjadi tadabbur kita di saat orang Malaysia sedang asyik dengan telefon masing-masing, suka mengomen apa sahaja, hingga kerja kebajikan yang Ustaz Ebit Lew lakukan terbantut apabila soal hatinya diungkit-ungkit.

Menyokong atau membantah, virality benda sedemikian mudah menukar kebaikan menjadi keburukan, dan memadam keburukan dengan pelbagai penyakit hati baharu yang tidak dikenali ummah di zaman sebelumnya.

Elakkanlah diri daripada terjebak di dalamnya.

Analogi di dalam al-Quran adalah untuk merangsang kita berfikir. Saya lontarkan ia kepada anak-anak untuk mereka berfikir, dan ingat bahawa al-Quran sukar menjadi petunjuk dalam kehidupan ini, jika kita tidak memikirkannya.

Bukan baca sahaja.

Walaupun baca pun sudah mula berkebajikan dan berpahala.

Hasrizal
Oulu Finland

Perbualan dengan anak Ramadan tahun lalu (2019 / 1440H)

Check Also

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome

Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share