Menyemak Birr al-Wālidayn di Bulan Ramadan

I don’t have anything!” si kenit mendesak.

You do have something. Many things. Come on!” kami beri galakan.

Mungkin desakan.

Ok, ok…. well, Ramadan is you don’t eat and you don’t drink for about 15 hours from sunrise to sunset. There you go!” katanya.

“Hah, ada pun. Ok, that’s good. Thanks for giving a definition on fasting. I have a question. Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam said, fasting is not just about not eating and not drinking. So how do you respond to that?” saya bertanya, memanjangkan perbualan, tazkirah selepas tarawih kami.

What do you mean?” tanya kembali. Soalan favourite beliau.

Anak kami yang paling kecil ini mungkin yang paling teracu dengan budaya di Finland, kerana beliau memulakan persekolahan semenjak Grade 1 di sini. Agak ‘agresif’ di dalam ekspresi dan kami sebagai ibu bapa kehilangan privilege untuk menyuruhnya berbuat sesuatu tanpa perlukan penjelasan kenapa.

Why me?” antara soalan yang selalu dia tanya semula.

Why not you?” jawapan saya sekarang.

I mean, if Rasulullah said that fasting is not just about abstaining our selves from eating and drinking, then fasting is more than those. There are some other things that we need to accompany” saya menambah.

Well, do good deeds!” tambah si akak.

What sort of good deeds? Any example?” saya menyoal.

Being kind to your parents” jawabnya.

Yeah, that’s a good one. In fact in one verse I read just now Allah mentioned about it” saya merujuk kepada ayat 36 surah al-Nisā’:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا – 4:36

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri”

Teringat saya kepada satu sesi saya bersama kaunselor keluarga. Saya memanfaatkan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh City Council dengan mendapatkan kaunseling keluarga. Saya tahu mendidik anak-anak dengan marah dan merotan sebenarnya lebih mudah sebab kita boleh lepaskan tenaga semasa marah tanpa perlu mengawal diri. Tetapi ia tidak berfaedah, tidak membentuk anak-anak, dan sudah tentu dilarang di dalam konteks Finland ini. Maka proses mendidik anak-anak tanpa kekasaran namun kekal bertegas, adalah sangat mencabar. Kaunseling keluarga yang profesional di sini saya manfaatkan untuk saya meluahkan rasa tertekan, dan mendapat maklum balas yang baik daripada kaunselor berkenaan.

Di dalam suatu sesi, saya luahkan rasa sedih saya apabila ada masanya anak-anak berkasar dengan saya. Sedangkan saya seumur hidup tidak pernah walaupun sekali meninggikan suara terhadap emak dan ayah. Demi Allah. Saya bukanlah anak yang paling baik, dan amat kurang berbakti terutamanya kepada emak dek selalu berada jauh di sana sini. Tetapi saya bersyukur kerana sehinggalah emak menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira dua tahun yang lalu, sepanjang hayatnya saya tidak pernah berkasar dengan emak.

Tetapi apabila anak-anak bersikap kasar, ia melukakan hati saya.

Kaunselor meminta saya berkongsi bagaimanakah yang dikatakan anak-anak berkasar dengan saya.

Saya berikan contoh, namun biarlah ia tidak diperincikan di sini kerana saya juga mahu menjaga aib anak-anak yang saya kasihi.

Selepas saya berikan contoh, kaunselor keluarga berkenaan ketawa dan dengan nada berseloroh beliau berkata, “you need to grow a thicker skin!

Saya tahu beliau bergurau.

Katanya lagi, ” I was just kidding. I truly understand your culture because in your religion, being kind to your parents is next to worshipping Allah. That’s how important it is!

Saya mengangguk.

Walaupun beliau bukan beragama Islam, beliau mempunyai pengetahuan berkaitan budaya yang pelbagai dan kerana itu saya percaya kepada maklum balas beliau.

Kaunselor keluarga berkenaan mencadangkan kepada saya setiap kali saya terluka hati, jangan pendam. Sebaliknya sampaikan kepada anak-anak. Jelaskan kepada anak-anak apa yang perbuatan mereka telah lakukan kepada perasaan saya. Hanya dengan cara itu mereka memahami magnitude perbuatan mereka. Memendam akan mengheret saya ke kemurungan, katanya.

Nasihat beliau itu saya ambil dengan sepenuh hati.

Itu jugalah yang saya buat dengan anak-anak. Jika saya sedih, saya akan nyatakan yang saya sedih, saya mahu mereka tahu saya bersedih dan apa perbuatan mereka yang membuatkan saya bersedih. Ada benda yang saya boleh bertolak ansur, ada benda yang melampaui batas dan saya jelaskan. Remaja tidak mampu melihat sempadan itu sendiri. Mereka perlu diberitahu. Secara jelas, tegas, namun jauh daripada berkasar.

Do you know that in Islam, we are not forced to love our parents, but it is compulsory to be kind to them?” saya bertanya.

What, really? Why?” tanya si anak.

Love is emotion. Fiqh does not rule on emotion and it is hard to put halal and haram on something as delicate as the emotion. Alhamdulillah if certain children love their parents. But it is hard for some others to love the parents, if parents are behaving badly. Love has to be a reciprocal reaction between both children and parents” saya menyambung penjelasan.

Anak-anak mendengar.

But, even if you don’t like them, you are still required to respect them and be kind to them. Even saying uff, is already a transgression. That equals making that light sound of snorting when disagreeing with something” saya menambah.

Mereka faham.

If you love your parents, then being kind to them is a heaven. But for kids who have a hard time to love their own parents, being kind to them despite all those things, it is a big test for them. May Allah forbid us from being tested like that” saya merumuskan perbualan.

Anak-anak bercerita kepada saya tentang situasi beberapa orang kawan mereka tanpa menyebut nama, bagaimana kondisi hubungan mereka dengan ibu bapa masing-masing. Ada di antaranya yang mempunyai ibu bapa yang berkelakuan teruk terhadap anak-anak, mencarut, ada yang tidak bertegur sapa malah ada yang di dalam penjara. Ia menginsafkan mereka betapa dalam seribu satu kekurangan keluarga ini, kami tidak diuji sedemikian rupa.

I don’t know about my life achievement because you know how I am, at this age. But at least, I sincerely hope that I parent you well. That means more than anything in this world to me” saya memberitahu.

Kami juga sama-sama doakan Allah pelihara Ummi yang bertugas di Ireland dipermudahkan kerjanya, dilindungi daripada bahaya wabak dan apa-apa ancaman bertugas sebagai frontliner di hospital, serta tidak bersedih berbuka puasa seorang diri di sana. Insya-Allah ini tahun terakhir kita hidup berjauhan.

Tidak sempat kami menyemak ayat-ayat di dalam bacaan Tarawih tadi berkaitan lelaki sebagai pelindung bagi wanita seperti di dalam ayat 34 surah al-Nisā’.

Tidak mengapalah.

Ghairah dengan macam-macam fakta di dalam satu sesi ini adalah gelagat orang muda.

Kita yang beransur tua ini, satu dua isi sudah memadai. Perjalanannya adalah untuk membawa satu dua itu jauh ke lubuk hati, kerana kita bukan sedang berceramah kepada anak-anak. Kita sedang mendidik, dan pendidikan hanya menjadi didikan, apabila ia masuk ke hati.

Hasrizal
Oulu Finland

Check Also

Nota Sembang Abah: Boikot Nuh

“Kau tahu, dia tu walaupun berdakwah sana sini, anak sendiri pun bertatu!” “Isy, kalau sudah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.