Witr: Angka-angka Dalam Pelajaran Tauhid di Negeri Asing

Ok, it’s your turn tonight” saya bersila membetulkan kedudukan.

Kami bertarawih dalam keadaan beransur-ansur kerana saya keletihan. Keluar ke pekan membeli barangan dapur adalah rutin yang agak memenatkan. Tiada kereta, hanya berjalan kaki dan menaiki bas, barang digendung jauh.

Hurmmm… ok, Allah is Odd and He loves the oddness. That’s it,” ujar si anak.

Ringkas sahaja tazkirahnya.

Beliau mencuri perbualan kami beberapa hari yang lalu semasa saya menyebut hadith Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam:

إنَّ الله وِتْر يحب الوتر؛ فأوتروا يا أهل القرآن

“Allah itu witr dan Dia suka kepada witr, maka berwitirlah wahai ahli al-Quran” (hadith riwayat Muslim :754, al-Tirmidzi :468, al-Nasāi :1/ 247, Ibnu Majah :1186)

Why do you think Allah prefers odd number?” saya bertanya.

Really, why?” si anak kecil terkejut.

Tidak perasan barangkali.

Lihat sahajalah, wudu’ diulang perbuatan tiga kali, tawaf tujuh pusingan, sa’i tujuh perjalanan, melontar jamrah tujuh lontaran, hari Tasyriq tujuh, sembahyang seharian pun lima kali, jika dicampur rakaat semua juga 17 rakaat, jika solat sunat selepas itu, tidak kiralah berapa rakaat, tetapi yang terbaiknya adalah diselesaikan dengan jumlah rakaat yang ganjil.

Oh yeah… that’s true. Interesting. Why?” kata si anak.

What do you think is the reason?” saya menyoal kembali.

Because Allah says so” jawab si anak.

Well, it’s true. But it’s a kind of a lazy answer. We’ve been through this few days ago, right?” saya membalas.

Mereka ketawa.

As mentioned in the hadith I read few days ago, the reason Allah loves us to perform all those rituals in oddness is because He describes himself as the Odd. The Oneness of Allah is the centre of everything about our faith. Allah is totally different as the Creator than the entire creations. Maybe we can get busy comparing so many creations around us when we are on Earth like now. But what if you are alone, totally alone in the space, tumbling and floating like Dr. Ryan Stone in the movie, Gravity? At that time, you are on your own and you see nothing. You lost your sense of direction, no more up and down, east or west, north or south, nothing. Whatever you can imagine about the existence in your mind, they’re all the creation, and Allah is the Ultimate Other, the Creator.” saya menambah.

Sebab itu, di dalam ibadah, kita dididik untuk peka kepada mengganjilkan perbuatan, mudah-mudahan ia sentiasa mengingatkan kita kepada Tunggal dan Esanya Allah.

And that is why Allah loves witr, the odd numbers” saya menyudahkan penjelasan.

But I like even numbers. I was born in 2004 and 4 is even” anak yang seorang lagi meluahkan pendapatnya.

Well, it is your preference and you’re entitled to love even numbers for your self. That is the beautifulness of ibadah because we perform ibadah not for our selves. We do them for Allah. So when you do or choose something for yourself, you can prefer even numbers. When you perform ibadah, you will consciously tell yourself that this is for Allah, and Allah loves the odd. Allah created everything in pair, and pairs can be made even. He is Odd and the ultimate Alone and Other” saya kongsikan pandangan.

Ekoran perbualan tersebut, kami menyemak cara solat witr dikerjakan. Jumlah paling minimum adalah satu rakaat. Ia boleh dibuat tiga, hingga sembilan. Kaifiyat melakukannya, saya tidak sibukkan anak-anak untuk serabut mengenainya. Jika buat satu, maka satu rakaatlah ia. Jika buat tiga, sama ada dua rakaat kemudian beri salam dan kemudian satu lagi rakaat, atau buat tiga berterusan, dan jika pilih cara ini, sebaiknya tiada duduk tahiyyat awal, sebaliknya terus sahaja tiga rakaat, tahiyyat di akhir, agar witr tidak sama seperti solat Maghrib. Ada pelbagai perbahasan di sini. Anak-anak mengikut sahaja cara pilihan yang saya lakukan.

By the way, the usage of number in the Quran is unique. Sometimes, a number should not be understood literally. For example, in surah al-Taubah when Allah says about the hypocrites, even if the Prophet pray for their forgiveness seventy times, Allah will never forgive them because they have lost faith in Allah. This does not mean if Rasulullah pray for them more than seventy, there will be a possibility for a different outcome. Because seventy here indicates many. No matter how many times” saya menambah.

What about the creation of Heaven and Earth? anak sulung bertanya.

Yeah, we had a conversation about this earlier. Allah says in the Quran that Allah created the heavens and earth in six quote unquote days. The word ‘days’ is the English translation of the original term Allah is using in Arabic in the Quran, al-ayyām, which is the plural of al-yawm. The word al-yawm does not necessarily mean day which is a unit formed by the 24 hours as we know today. But al-yawm also means stage. So if we go back to the original text in Arabic, is should be understood that Allah created Heaven and Earth in six stages” saya menambah.

Hurmm, look at this, it is six stages” anak saya menunjukkan gambarajah formation of earth di dalam entri History of Earth di Wikipedia.

Interesting” saya melihatnya.

Perbualan kami berkesudahan di situ kerana semua sudah mengantuk.

DEBARAN BAGAI ITIK

Saya menyampaikan maklumat-maklumat ini kepada anak-anak, tetapi hati saya berdebar mengenang betapa banyaknya perbalahan di kalangan umat Islam mengenainya. Kita saling memberi amaran antara satu sama lain bahawa manhaj salaf atau manhaj khalaf adalah yang sepatutnya dijaga, lalu kita cuba menghasilkan penerangan versi kanak-kanak bersandarkan aliran berkenaan.

Saya selalu membayangkan diri saya seperti seekor itik yang tenang berenang di permukaan air. Hakikatnya, kaki tersembunyi di bawah permukaan, tergapai-gapai. Berusaha, menjauhkan anak-anak daripada semua kecelaan umat berbalah tanpa henti.

Tetapi pilih mana-mana pun, jika ia gagal memahamkan anak akan keesaan Allah Tuhan mereka, berbezanya Allah daripada makhluk, atau lebih buruk lagi, si anak menjadi keliru, maka pilih manhaj mana pun ia gagal sampai ke tujuan utama manusia beriman dengan Allah.

Kebimbangan utama saya bukanlah pendapat saya memenangkan mazhab yang mana. Sebaliknya, bagaimanakah penjelasan saya dapat membentuk akidah anak agar mereka mengimani Allah dengan keimanan yang menjadikan mereka Muslim, dan Mukmin.

Terkenang sahabat Finnish saya yang sering berbual tentang Islam. Katanya di suatu petang, ” satu keistimewaan ajaran Islam ialah siapa Tuhan dan siapa kita, perbezaannya amat jelas dan tiada kesamaran.”

Saya bersyukur dan bergembira dengan kenyataannya itu.

Saya pernah khuatir

Saya pernah khuatir, andai beliau masuk ke daerah perbalahan umat Islam, beliau akan kecewa melihat umat Islam bertengkar bukan untuk memenangkan tauhid, tetapi memenangkan aliran ini dan itu. Tetapi kami sudah pun berbual mengenai hal ini juga, dan beliau ketawa semasa saya tunjukkan tabiat sesetengah netizen menyenaraikan saya di tangga ke-40 sebagai ustaz Wahabi di Facebook, dikitar semula bertahun-tahun.

Like you said, if the Sufi said you are Wahabi, and the Wahabi said you are Sufi, then Insya-Allah you’re somewhere on the right track” katanya petang itu.

I hope Allah will continue to guide me on His right path” saya berdoa.

“Amen, ” jawab beliau, bersama senyuman.

Hati saya turut membisikkan sesuatu, untuknya juga.

Sudah berbulan kami tidak bertemu melangsungkan perbualan berjam-jam kami tentang agama. Namun kini Allah menguji saya untuk menterjemahkan kefahaman, melangkaui semua yang sudah ditempuh di zaman pelajar dahulu. Sama ada Ibn Taimiyyah, Ibn Rushd, Ibn Sina, al-Ghazali, perbahasan di jalur Neoplatonic atau apa jua aliran pada memuktamadkan keesaan Allah, keutamaan saya di dalam pendidikan ialah bagaimana kognitif manusia memproses maklumat-maklumat tersebut dan akhirnya anak-anak kami damai menempuh kehidupan di negeri asing ini sebagai Muslim, dan Mukmin.

Moga Allah permudahkan laluan kami, dan kita semua.

Hasrizal
Oulu Finland

Check Also

Hidup Berpendirian, Jangan Peduli Apa Orang Kata

“You know, I am your dad and I am supporting your idea to become an …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.