Memaknakan al-Quran Dengan ‘Asbab al-Nuzul’ Keluarga Masing-masing

“Assalāmualaikum wa rahmatullāh… assalāmualaikum wa rahmatullāh” saya memberi salam.

“Tadi, Allah kata, Bani Israel akan buat dua kerosakan besar di atas muka bumi. Sekali di zaman silam dan sekali di masa hadapan. Di zaman silam kejahatan yang mereka lakukan ditolak jauh di dalam perang Khaibar di zaman Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam dan akhirnya di zaman Umar bin al-Khattab r.a. apabila Palestin dibebaskan” saya bercerita.

Malam ini kami membaca surah al-Isra’ di dalam solat tarawih.

Jika di kampung, selepas beri salam, bilal dan makmum bersahut-sahut selawat. Memori itu semakin luput dari ingatan anak-anak. Saya pula sekali sekala, selepas memberi salam terus sahaja memberitahu anak-anak maksud ayat yang dibaca di dalam rakaat tadi.

“Tetapi, yang menariknya ialah, semasa Bani Israel ini melakukan kerosakan pusingan kedua iaitu sekarang, mereka kuat namun kekuatan itu berada di dalam komuniti mereka. Sebaliknya ia datang dari luar. Ia diperpanjangkan kepada mereka daripada pihak yang jauh. Dan sokongan besar-besaran diberikan kepada mereka” saya menyambung penerangan ringkas.

“Amerika!” kata si anak.

“Benar. Lihat sahaja halaman web ‘If Americans Knew’, mereka akan faham betapa banyaknya wang dan kekayaan Amerika Syarikat disalur ke Israel untuk menyokong regim Zionis di situ” saya menyudahkan penjelasan.

Halaman penting berkaitan sokongan Amerika Syarikat kepada regim Zionis Israel. Lihat di sini

Kami menyambung solat tarawih.

Ada masanya, tazkirah tidak disimpan di hujung solat selepas witir. Jika ada sesuatu yang signifikan di dalam apa yang dibaca, saya ceritakan sahaja terus kepada anak-anak agar mereka sedar apa yang abi mereka baca tadi ada sesuatu yang besar di dalamnya.

Mungkin dapat menghilangkan rasa mengantuk atau tidak khusyu’, sedikit sebanyak.

“Tetapi, kita kena ingat, Allah kata, jika kamu kembali, Kami akan kembali” saya menyentuh ayat ke-8 daripada surah al-Isrā’ berkenaan.

Meaning?” anak terpinga-pinga.

“Maksudnya, di dalam pusingan kedua Bani Israel melakukan kerosakan, Allah menguji kita. Jika kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, kembali menjadi Muslim sejati, kembali kepada kualiti Umar bin al-Khattab r.a. semasa masuk ke Palestin dan disambut oleh Sophronius. Iman dan akhlak beliau melayakkan beliau masuk ke Palestin, menjamin keamanan dan menyingkir keluar Byzantine serta penjahat-penjahat daripada tanah suci itu… maka kata Allah jika kamu kembali Kami kembali!” saya memberitahu.

You mean, we should go back to Saudi Arabia?” tanya si botak.

You know that is not what I mean, kan?” saya mengertap bibir.

Hishhh, kembali kepada ajaran Islam sebenar la! Being a true Muslim!” si abang membentak.

“Ok, ok, jom sambung” saya memberhentikan perbualan yang bertukar jadi merepek.

“Hmm… Allah beritahu, siapa yang mahukan balasan segera, ok… Allah bagi. Tetapi kemudian Allah bagi neraka Jahannam!” saya menoleh ke arah budak-budak ini selepas memberi salam. Mengulas ayat 18 surah al-Isrā.

What?” terkejut mereka.

“Maksudnya, siapa yang mahukan dunia, lupakan akhirat, atau pun buat baik tapi mahukan balasan segera dalam bentuk pujian, kemasyhuran, dan bukannya kerana Allah serta Akhirat, maka Allah berilah apa yang mereka hendakkan itu. Tetapi ingat, nanti tersedia untuk mereka seperti ini balasan Neraka” saya menerangkannya.

“Ooo… ingatkan apa tadi!” ujar anak.

But, what if someone is doing good, and became famous for doing it, is it still wrong?” si kenit bertanya.

We cannot fully control the situation from being famous or not. But we can control our own intention. You know why you’re doing it. You wanna become famous, or you’re actually doing it because it is good and Allah loves goodness” saya meluruskan kefahamannya.

Mereka mengangguk-ngangguk sambil yang seorang ini mencuit yang itu, yang itu menendang yang seorang lagi, dan seorang lagi membetulkan kain.

“Pesan sikit kat yang dalam bilik tu, perlahan sikit menyanyi atau bersembang. Orang nak tarawih ni” saya memberitahu.

Meloncat yang boy ni, sebab memang suka sangat kalau nak ke bilik dan mengganggu si kakak yang sedang bercuti.

“Dan ingat, Allah cakap buat baik kepada kedua ibu bapa, jangan berkasar, mencebik bibir pun jangan, ia sudah derhaka. Kita sudah sebut hari tu, kan?” saya mengingatkan mereka dengan ayat ke-23 daripada surah al-Isrā’ berkenaan.

I never did that to you or ummi!” kata si botak.

This is a reminder from Allah. Kalau tak pernah buat, jangan buat dan jangan mulakan. Kalau tak puas hati, cakap, bincang. Jangan bagi hint melalui perbuatan misteri atau merepek-repek hanya kerana mahukan perhatian. I don’t have time or patience with your drama, tau?” saya cuba komprehensif dalam merumus.

“Dan jangan membazir. Pembazir adalah saudara syaitan. Lampu bilik tutup ke?” saya bertanya. Ayat 26 dan 27 surah al-Isrā’ memberi peringatan.

Si anak berlari ke bilik menjenguk.

Ia salah satu ‘perjuangan’ yang sungguh melelahkan. Mengingatkan anak-anak supaya sebelum pergi sekolah tutup semua lampu. Dan di musim PKP ini memang tenaga elektrik, perbelanjaan makan minum dan segalanya jadi bertambah-tambah apabila semua orang berkurung di rumah. Saya tanpa jemu terus membebel mengingatkan mereka. Apabila mereka bekerjasama, nampaklah kesan positif pada bil elektrik bulanan kami.

Elok pula ayat ini muncul di dalam tarawih.

Harus diambil peluang, agar anak-anak dapat mendengar peringatan berkenaan secara yang bermakna.

“Ada faham mana-mana ayat ke daripada apa yang abi baca tadi?” saya menyoal.

Yeah, you read wa lā taqrabu al-zinā (18: 32). I know that” kata si anak sulung.

Yes, I heard that too” tambah adiknya.

Also, when you make a promise, fulfil the promise because each promise will be questioned by Allah (18: 34).” saya mengulas ayat seterusnya.

Ada terlalu banyak pelajaran daripada ayat-ayat di dalam surah al-Isrā’ namun saya pilih mana-mana yang mudah untuk anak-anak kaitkan dengan isu semasa yang mengelilingi mereka.

THE DUNNING-KRUGER EFFECT: Teladan di Era 'Pasca Kebenaran'

Kenapa orang jahil begitu berkeyakinan tinggi?Mengapa tahu sedikit mendorong manusia rasa tahu banyak dan apa implikasinya?Adakah merendah diri bermaksud rendah keyakinan diri?Mengapa orang yang benar-benar berilmu, sering beranggapan rendah terhadap tahap keilmuannya?Mengapa Tiktok, Twitter dan pelbagai platform media sosial lain berisiko memburukkan keadaan ini?Apa yang boleh dibuat untuk mencegah daripada terjebak ke dalam fenomena ini?Inilah persoalan-persoalan seputar Dunning-Kruger Effect.Ia bermula apabila McArthur Wheeler telah merompak dua buah bank di Pittsburg Amerika Syarikat pada tahun 1995 tanpa memakai topeng atau sebarang penyamaran diri. Beliau ditangkap polis dengan begitu mudah. Semasa digari, mulutnya merungut dengan berkata "tapi aku pakai jus itu!"Ungkapan yang tidak difahami oleh polis. Selepas siasatan, polis dapati McArthur benar-benar percaya bahawa jus lemon yang disapu di mukanya menjadikan beliau halimunan. Apabila melihat wajahnya terpampang di rakaman CCTV, beliau mempersoalkan sama ada rakaman itu tulen atau tidak! Polis merumuskan McArthur bukan di bawah pengaruh arak atau dadah. Tetapi beliau memang terjebak di dalam keadaan bingung yang membingungkan itu.Fenomena kelakar tetapi pelik itu diselidik oleh dua orang social psychologists iaitu David Dunning dan Justin Kruger pada tahun 1999. Dapatan mereka mengejutkan apabila didapati ramai orang yang tahu sedikit atau mahir sedikit, tetapi berkeyakinan diri dengan begitu tinggi. Manakala mereka yang tahu banyak, dan berkemahiran, mempunyai persepsi yang lebih rendah terhadap kompetensi mereka.Fenomena inilah yang disebut sebagai Kesan Dunning-Kruger atau Dunning-Kruger Effect.Ia jadi semakin buruk 30 tahun selepas kajian berkenaan dibuat. Pada hari ini, belajar sikit-sikit melalui media sosial dan pelbagai medium yang menyediakan 'debris learning', ilmu pengetahuan yang berjuzuk-juzuk (fragmented knowledge / info) mengundang sangkaan ramai bahawa mereka tahu banyak semasa mereka hanya tahu secebis. Akibatnya, media sosial hiruk pikuk dengan perdebatan orang-orang jahil, dan lahir pelbagai masalah sosial akibat cognitive bias bernama Dunning-Kruger Effect ini.Bagaimana ia boleh dielak, dicegah atau dirawat?Ikuti rakaman ini, dengan fokus khusus kepada pendidik.Rakaman My Learning Journey pada 2020 05 06 jam 11 56 43HasrizalOulu Finland.Support my workPatreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.me/iamrizalTrained in learning, education and technology, studying education entrepreneurship (MEE) at Oulu University of Applied Sciences (OAMK), Finland. An educator and learning designer, blogger and author, advocates children-centered learning, parenting and domestic policy.Follow me onInstagram: https://www.instagram.com/iamhasrizal/Facebook: https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/Twitter: https://twitter.com/hasrizal2020Linkedin: https://www.linkedin.com/in/hasrizal/Blog: http://www.saifulislam.comEdublog: http://hasrizal.com

Posted by My Learning Journey on Rabu, 6 Mei 2020

As we talked about the Dunning-Kruger Effect this evening, now here Allah says, “do not follow what you have no sure knowledge of. Indeed, all will be called to account for their hearing, sight, and intellect. Meaning, do not claim, make a stance on something, or even say something, which you have no knowledge, or no very little about it. Because, although it is now so easy to just write anything anywhere anytime, each word you write, or comment, or tweet, EACH and ALL, will be questioned by Allah” saya memberi penekanan.

Amaran besar untuk zaman anak-anak hari ini, dan zaman saya juga di sirna senja sekarang.

Yeah, Yop. You’re now doing IB!” si adik menyampuk. Suka hendak melontar provokasi.

What? What did I do?” si abang bengang.

It’s for everyone. Including me. And even if you know a lot of things, remember, “and do not walk on the earth arrogantly. Surely you can neither crack the earth nor stretch to the height of the mountains! That’s what Allah said in verse 37 and 38!” saya menyudahkan penyampaian sebelum kami berwitir.

Apabila saya menelusi penyelidikan di dalam sains pembelajaran, saya belajar bagaimana pembelajaran termasuk hafalan menjadi lebih baik apabila ia berlaku ke atas sesuatu yang bermakna. 57914041 adalah nombor yang sangat rawak dan sukar untuk dihafal, kecuali selepas disedari ia keterbalikan tarikh lahir saya 14 April 1975. Untuk menyimpan memindahkan maklumat daripada working memory dan short term memory ke long term memory, maklumat berkenaan perlulah bermakna kepada si pelajar atau penghafal. Jika tidak bermakna, cara untuk menyimpannya di dalam simpanan memori jangka panjang adalah dengan mengulang-ulang baca dan hafal, sebagaimana yang lazimnya dilakukan di dalam program tahfiz.

Jika di zaman turunnya al-Quran, ayat-ayat yang diturunkan itu sungguh bermakna kepada para sahabat kerana banyak ayat turun bersama sebab-sebab semasa, yang dikenali sebagai asbab al-nuzul. Ada peristiwa yang berlaku, ada pertanyaan yang timbul, ada sempena-sempena yang menjadikan ayat yang diwahyukan oleh Allah itu kontekstual, lantas bermakna.

Bagaimana pula dengan kita hari ini?

Asbab al-nuzul adalah perkara lepas.

Ayat pula di dalam bahasa Arab.

Bagaimana 114 surah dan lebih 6000 perkataan di dalam kalam Allah yang agung itu boleh jadi bermakna kepada anak-anak, sama ada untuk pembelajaran, mahu pun hafalan, seterusnya amalan?

Allah tetap menjadikan al-Quran itu mukjizat dan bermakna walaupun sekadar memandangnya. Tetapi makna itu akan lebih tinggi, apabila ia diproses dalam kehidupan seharian, dengan menjadikan kejadian-kejadian harian di dalam keluarga masing-masing sebagai ‘asbab al-nuzul’ kita, ‘menurunkan’ al-Quran daripada mushaf, ke minda, jiwa dan sanubari kita sekeluarga.

Ya Allah rahmati kami dengan al-Quran. Jadikanlah ia untuk kami pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa mengenainya, ajarkan kami apa yang kami jahil mengenainya, serta rezekikan kami membacanya sepanjang malam dan siang, juga jadikanlah al-Quran itu hujah untuk kami, dan bukannya hujah ke atas kami.

Amin.

Hasrizal
Oulu Finland.

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

One comment

  1. Siti Nur Hidayah

    Suka sangat baca entri ni. Alhamdulillah got one point

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share