Home / saifulislam

saifulislam

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Kita Tidak Sayangkan Kanak-kanak?

Pujuk dan ajak. Akhirnya anak setuju. Ikut ayah pergi ke masjid solat bersama-sama. Kemalasan dapat diatasi, ketiadaan minat dapat diselesaikan, sedikit demi sedikit, anak semakin kerap mengikut ayah bersolat di masjid. Apabila ada kanak-kanak bersolat di masjid, di sebalik pemandangan itu, ada pelbagai usaha, kesusahan dan kegembiraan. Seronok bukan, melihat kanak-kanak bersolat di masjid? Tiba-tiba keseronokan itu ‘dicemar’! Tercemar oleh pakcik yang merentap seorang anak yang sedang bersolat di dalam saf bersebelahan bapanya. Semangat beragama yang tinggi oleh pakcik berkenaan, memberi tenaga kepadanya untuk tegas merentap seorang kanak-kanak yang salah malah mungkin ‘berdosa’ kerana ‘memutuskan saf’ orang dewasa. Ayah tergamam. …

Read More »

Schadenfreude: Menikmati Paparan Tragedi

“Tengok ni. Ish… ngeri sungguh!” kata Abu. “Pergh… sampai patah dua pinggang dia. Mesti mati punya tu!” ulas Ali pula. “Aku pernah tengok accident lebih kurang macam ni. Memang termuntah aku dibuatnya” Ali menyambung cerita. Mereka berdua tercegat di hadapan skrin komputer menonton klip video yang memaparkan imej seorang lelaki yang badannya terlipat dua dan berlumuran darah kerana digilis sebuah lori besar. Pemandangan yang sepatutnya amat mengerikan itu, tanpa disedari berubah menjadi satu bentuk keseronokan dan kepuasan hingga tanpa bertangguh, Abu segera menekan butang share di rangkaian halaman sosial Facebook beliau agar pemandangan ngeri itu boleh ditonton oleh orang lain …

Read More »

Aidiladha: Kisah Cinta Terhangat Lagi Tertinggi

Ibrahim ‘alayhi al-Salaam menginginkan seorang anak. Keinginan yang pasti luar biasa, kerana menginginkannya pada usia diri dan isteri yang sudah lanjut umur, dan memintanya ketika mana baginda adalah KHALIL Allah. Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan (KHALIL)Nya. [Al-Nisaa’ 4:125] Khalil bukan kekasih biasa. Khalil adalah kekasih yang berkasih dengan kasih yang sangat istimewa. Ia bukan HUBB atau MAHABBAH, ia adalah KHULLAH. Cinta eksklusif …

Read More »

Filem The Thinning: Menentukan Hidup Mati Dengan Keputusan Peperiksaan

Alang-alang obses dengan peperiksaan, mengapa tidak jadikan sahaja peperiksaan itu cara menyelesaikan masalah terbesar dunia? Pada tahun 2039, dunia berdepan dengan masalah manusia dan daratan. Pemanasan global meningkatkan paras air laut dan menenggelamkan daratan dengan begitu agresif. Manusia pula beranak dan beranak, menjadikan penduduk begitu padat. Akhirnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengarahkan semua negara bertindak mengurangkan pendudukan masing-masing sebanyak 5% setiap tahun. Jika negara-negara lain melakukannya dengan mengawal kelahiran dan membunuh warga emas, Amerika Syarikat memilih cara yang lebih unik. Sebagai sebuah negara yang obses dengan high-stakes test (peperiksaan berisiko besar ke atas pelajar), Amerika Syarikat menggunakan sistem pendidikannya untuk melaksanakan polisi …

Read More »

Salah Laku Pelajar: Selesaikan Atau Sebarkan?

Semasa menjalankan attachment pendek di sebuah sekolah di Helsinki, saya bertanya kepada guru special education sekolah berkenaan “apakah di sekolah ini tiada masalah disiplin pelajar?” Katanya ada. Ada pelajar yang murung terutamanya di musim sejuk, dan apabila kemurungan, ada yang hilang motivasi belajar malah pernah juga ada yang mengalami ‘dark thought‘ seperti rasa hendak membunuh diri. Saya kata bukan itu yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan ialah masalah salah laku pelajar seperti ponteng, buli, rokok atau dadah dan yang seumpama dengannya. Beliau bertanya motif saya menyoal. Saya katakan bahawa sepanjang kursus, kami hanya berbincang dengan pentadbiran, pedagogi, kurikulum, tetapi …

Read More »

Menubuhkan Sekolah Dengan Ilmu Pendidikan, Bukan Ilmu ‘Agama’ Atau ‘Bisnes’

“Muiz rindu sekolahlah” kata anak saya yang bongsu. Kebetulan petang tadi kami lalu berhampiran kawasan sekolah. Suasana sepi kerana sekolah sedang bercuti panjang untuk musim panas daripada awal Jun sehingga Ogos nanti. “Oh, rindukan sekolah. Muiz suka sekolah ke?” saya bertanya. “Muiz suka kawan” jawabnya. “Siapa kawan-kawan yang Muiz suka tu?” saya menyambung pertanyaan. “Kita orang ada team. Nama team kita orang Pokemon. Team kami ada satu… dua… tiga… empat… lima… ada lima orang” jawab anak saya. Susah betul saya mahu betulkan penggunaan ganti nama kita orang itu kepada ‘kami’. Haha, tergelak saya di dalam hati mengenang berkali-kali saya mengingatkan anak-anak bahawa korang dan kita orang itu ada istilah yang lebih tepat …

Read More »

Salam Aidilfitri Dari Kutub Utara

Alhamdulillah selesai sudah sebulan Ramadan. Semoga Allah menerima segala amal kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan berkenaan. Sama ada ibadah khusus seperti siyam, solat, Qiyam, tilawah dan iktikaf, mahu pun kebajikan-kebajikan yang dibuat sesama manusia. Ramadan kami di Oulu kali ini sederhana. Sederhana dalam serba serbinya. Tiada ‘gangguan’ seperti promosi Raya, mahu pun bazar Ramadan dengan membeli dan makan minum yang berlebihan. Apa sahaja yang diinginkan, biasanya saya akan mencari resepi di Youtube lalu mencuba. Ramadan kali ini saya belajar membuat bubur puteri berendam, bubur butir nangka dengan halba, kuih lapis, roti puri dan pelbagai  menu yang tidak pernah dimasak sebelum ini. Kebetulan sepanjang …

Read More »

Anjakan Paradigma Huffaz al-Quran

“Sungguh merisaukan apabila ada huffaz yang tidak tahu hendak ke mana” saya meluahkan pandangan. “Itu sering berlaku, ustaz. Perasaan itulah yang banyak membelenggu pelajar semester akhir” jawab salah seorang sahabat. Beliau turut gusar dengan perkara yang sama di kalangan rakannya. Sudah lama saya menanti peluang ini. Peluang untuk berwacana bersama pada Huffaz al-Quran. Kelompok insan terpilih yang berpotensi tinggi, tetapi sebahagiannya dibelenggu oleh batasan-batasan yang dibina oleh persepsi massa. 16 Januari 2010, selepas penangguhan tarikh asal pada Ogos 2009 akibat H1N1, saya berkesempatan meluangkan sehari suntuk masa di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kuala Kubu Bharu. Biar …

Read More »

Sesungguhnya Kamu Sentiasa Layak Diuji

“Makcik kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang penternak kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga. Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak? Tidak perlu. Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik penternak kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya. Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, …

Read More »

Phenomenon-Based Learning (PBL) Untuk Integrasi Organik

  Subjek-subjek yang kita kenal di dalam pengalaman bersekolah hari ini, lahir daripada proses induktif yang dibuat daripada pengalaman kehidupan serta pemerhatian oleh bijak pandai. Subjek-subjek itu membantu kita melihat, apakah sendi-sendi ilmu di sebalik realiti kehidupan. Daripada fenomena alam, lahirnya matematik, biologi, fizik, kimia, linguistik, psikologi, sosiologi dan pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Ia menjadi mata pelajaran yang dipelajari bermula daripada awal persekolahan hingga ke tahap tertinggi. Subjek-subjek tersebut perlu kekal berhubung dengan realiti kehidupan. Apabila ia terputus hubungan, subjek berkenaan menjadi ‘ilmu-ilmu mandul’ di dalam pendidikan yang tidak kuat membantu kehidupan kita pasca persekolahan. Apatah lagi jika kebolehan membuat hubungan di …

Read More »

Reviving the Spirit of Ramadan

It is indeed a lonely battle. Perhaps a slow process to adapt to all the new routines. No more ‘Ustaz Hasrizal, no more sermons in the mosque, and no adhaans even from the minarets of mosques to signify that is it time to pray. Living in Europe is not something new to me. Six years of living in the UK and Ireland, more than a decade ago, exposed me to many unique experiences, but none like what I am experiencing currently, as a Muslim in Northern Scandinavia, 200 km south of the Arctic Circle. Halal food is very limited. We …

Read More »

Dunia Menipu Si Cerdik Yang Naif

Apabila kita meluaskan tinjauan terhadap pengalaman manusia dalam beragama, persamaan dan perbezaan akan banyak bermain di fikiran untuk dicerna. Biar pun berlatar belakangkan agama, budaya, lokasi malah masa yang berbeza, manusia boleh bertemu dengan pelbagai persamaan yang menghairankan. Hairan apabila mata memandang ia sebagai berpunca daripada agama. Tetapi kehairanan itu hilang, apabila kita insaf bahawa puncanya bukan agama, tetapi tabiat manusia. Apabila manusia beragama, ada hasil yang terbit daripada agama, banyak hasil yang terbit daripada interaksi tabiat manusia dengan agama. Lalu, apa yang berlaku di kalangan penganut agama Kristian, boleh menyerupai banyak perkara yang berlaku di kalangan penganut agama Islam. …

Read More »