Sebelum 7 Oktober 2023

Jika di kalangan umat Islam sendiri, ada yang menyoal mengapa Harakah Muqawamah Islamiah melakukan serangan pada 7 Oktober 2023 yang lalu sehingga mengakibatkan serangan balas daripada rejim Zionis yang menghancurkan Gaza semenjak dua bulan yang lalu hingga ke hari ini, soalan yang perlu ditanya kembali ialah di manakah kamu sebelum 7 Oktober 2023?

Di mana pengetahuan dan ambil berat kamu terhadap apa yang berlaku di Palestin sebelum 7 Oktober 2023?

Apa yang berlaku pada 6 Oktober 2023, di Tebing Barat?

Apa yang berlaku pada tahun itu dan tahun sebelumnya?

Apakah yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya sehingga ke tahun 1987, ketika Harakah Muqawamah Islamiah muncul? Apakah yang berlaku sebelum daripada itu pada tahun 1970-an, 1960-an, 1967, 1947, 1948? Apa yang berlaku pada tahun 1917, 1916?

Apa yang berlaku pada abad-abad sebelumnya bermula daripada Israk Mikraj Nabi Muhammad ﷺ, kedatangan Umar bin Al-Khattab di era-era berikutnya seperti era Salahuddin Al-Ayubi?

Apakah yang berlaku ketika kedatangan Tentera Salib?

Apakah yang berlaku di zaman para Nabi sebelum Nabi Muhammad ﷺ ?

Apakah yang berlaku di bumi itu sebelum daripada Ibrahim alayhissalam sebagai bapa kepada sekalian Nabi dan Rasul datang daripada wilayah lain ke Palestin?

Apa yang berlaku ketika Yaakub alayhissalam dan anak-anaknya, keluarganya berhijrah meninggalkan Palestin ke Mesir?

Apakah yang berlaku sebelum daripada era itu ketika manusia masih lagi menjadi petani, pemburu sebahagian di daratan, sebahagian di lautan, sejarah yang terjadi di bumi itu sebelum 7 Oktober 2023?

rizal.ie
palestin.saifulislam.com

Check Also

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome

Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share