Home / Terkini (page 14)

Terkini

Dalam Nasihat Menasihati Jangan Patah Hati

“Ana tak mampu lagi, sheikh. Anta sambung pula” kata sahabat saya. Beliau menyerahkan mikrofon dan saya mengambil alih sesi. Pagi itu kami belajar pengalaman baru. Kami dikehendaki menyampaikan ceramah motivasi kepada 400 orang pelajar di dewan besar sekolah. Tiada guru pengiring. Hanya kami berdua mengendalikan 400 pelajar. Pelajar pula bukan sebarang pelajar. Sepanjang sahabat saya berbicara, dengan 1001 seni bicaranya, para pelajar berbual-bual, baling-baling kapal terbang kertas, tuju-tuju plastik pembungkus roti, malah ada yang nekad pergi ke belakang pintu lipat dewan dan berbual dalam kumpulan masing-masing. Masakan tidak, selain suara pelajar berbual dan bergurau yang memenuhi dewan, mikrofon pula dengar …

Read More »

Kucing Guru Bercerita Tentang Kebarangkalian Esokmu

Setiap kali mereka mahu bersembahyang di rumah ibadat itu, sang kucing menyelinap di celah-celah kaki mereka. Mengganggu fokus. Guru berpandangan, “ikat kucing berkenaan di tiang, sebelum kita memulakan sembahyang!” Anak murid bersetuju, kucing berkenaan diikat di situ. Demikianlah setiap kali mereka hendak beribadat,  di tiang yang sama sang kucing itu akan diikat. Hari duka, Guru meninggal dunia. Ibadat dipimpin guru yang baru pula. Sang kucing masih seperti biasa, diikat di tiang sebelum sembahyang bermula. Hari yang akan semua ingati, sang kucing mati. Kucing baru diganti, untuk diikat di tiang, setiap kali sembahyang hendak dimulai! Dan selepas beberapa zaman, ilmuwan-ilmuwan mengarang …

Read More »

Berdusta Untuk Nabi: Neo Qussas Zaman Ini

Kredit foto: www.cruxcatalyst.com Sabda Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam: من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار “Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka” Hadith di atas diriwayatkan oleh lebih 70 sahabat secara langsung dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam dan ia merupakan contoh paling tepat berkenaan dengan Hadith Mutawatir, iaitu hadith yang diriwayatkan oleh sekumpulan perawi dengan jumlah yang tidak masuk akal mereka itu boleh berpakat untuk menipu atau melakukan kesalahan terhadap periwayatan tersebut. Memang menggerunkan, untuk kita berfikir tentang adanya perbuatan seseorang yang mendustakan Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam. Berdusta …

Read More »

Tetamu Dataran Syam: Antara Targhib dan Tarhib

“Hmm… sunyi betul. Semua orang tidur balik!” pelajar yang baru sampai kehairanan. Abang-abangnya (mungkin kakak-kakak pun sama), tidur selepas solat Subuh. Sesuatu yang pantang benar dibuat di tanah air. Sempit rezeki, hidup tidak berkat, teringat balik emak menghempas-hempas daun tingkap kalau anak-anak tidur menongkat matahari. Muka apa namanya,  nak jadi ‘bapak orang’, ‘mak orang’, kalau ayam di reban ke tanah lebih awal dari kamu! Pelajar yang baru tiba, menggelengkan kepala. Berazam tidak mahu mencontohi amalan-amalan tidak senonoh senior mereka di bumi Anbiya’ ini. Bumi yang sepatutnya menjadi tempat mereka berjuang menuntut ilmu, mempersiapkan diri, pulang ke tanah air nanti, sebagai …

Read More »

Wal-‘Asr: Memerah Sebuah Usia

Demi Masa! Demikianlah Allah bersumpah dengan masa. Kita sama-sama maklum bahawa, apabila Allah bersumpah dengan sesuatu di dalam firman-Nya, subjek itu amat penting dan menuntut kita untuk bertadabbur dengan lebih teliti mengenainya. Di dalam bahasa Arab, ada beberapa perkataan lain yang maksudnya adalah berkaitan dengan masa. Ada Waqt (وقت), Zamān (زمان), Sā’ah (ساعة) dan Dahr (دهر). Tetapi Allah memilih kalimah ‘Asr (عصر) dengan hikmah yang besar. Perkataan ‘Asr ini secara bahasanya, ia memberi maksud “memerah sehingga keluar susu” [Mu’jam Maqayis al-Lughah by Ibn Faris]. Bersandarkan kata akar yang sama, Allah SWT menyifatkan awan sebagai sesuatu yang mengandungi air, diperah hingga mengeluarkan …

Read More »

Mengadabkan Orang Mengaji

قال يا موسى إني على علم من علم الله علمنيه الله لا تعلمه وأنت على علم من علم الله علمكه الله لا أعلمه “Wahai Musa, sesungguhnya aku mempunyai ilmu daripada ilmu Allah yang diajarkan-Nya Dia kepadaku yang tidak engkau ketahui. Dan engkau pula mempunyai ilmu daripada ilmu Allah yang diajarkan-Nya Dia kepadamu yang tidak aku ketahui!” kata Khidir. Hamba Allah yang soleh itu disifatkan sebagai seorang yang lebih mengetahui, berbanding Musa. Musa menempuh perjalanan yang panjang mencarinya. Khidir, yang bakal mengajarnya sesuatu yang tidak diperolehinya daripada guru yang lain. Musa amat berkehendakkan bimbingan Khidir. Tetapi Khidir memposisikan Musa pada tahap …

Read More »

Gertakan Khidir Terhadap Musa: Dua Kali Sabar Demi Ilmu

“Sesungguhnya engkau tidak mempunyai keupayaan untuk menyabarkan diri supaya bersabar denganku!” kata Khidir alayhi al-Salam. Dua kali sabar. Bukan sekadar sabar. Tetapi menyabarkan diri untuk bersabar. Demikian ‘ugutan’ Khidir terhadap hasrat Musa ‘alayhi al-Salaam yang mahu mengikutinya bermusafir demi belajar dan mendapat AL-RUSHD! Petunjuk, yang membezakan antara hitam dan putih, betul dan salah, haq dan batil, sebagai matlamat sebuah pembelajaran. “Dia (Khidir) menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan berupaya untuk bersabar bersamaku” [Al-Kahf 18: 67] Menimbulkan ancaman atau Tarhib bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan semangat belajar. Dalam kita menggalakkan pembelajaran, ada juga unsur-unsur pemeriksaan realiti yang mesti dilakukan. …

Read More »

Keghairahan Menjadi Selebriti Agamawan (Yang Membinasakan)

Alhamdulillah, Allah menjadikan proses melarikan diri daripada lensa itu mudah buat saya. Dia yang memudahkan. Mungkin kerana saya sendiri,  juga masih kelam-kelam di pinggiran disimbah cahaya studio dan gemerlapan pentas. Belum jadi bintang. Belum jadi purnama. Keberagamaan hari ini amat membingungkan. Bagi mahasiswa dan mahasiswi sarjana muda Pengajian Islam semasa, jauhkanlah diri daripada menjadi selebriti sebelum habis mengaji. Jangan sekali-kali mencita-citakannya. Lebih baik, hindari lensa, hindari publisiti sebelum usia mencecah 30’an. Sibukkan diri dengan mengaji. Menjadi selebriti itu bererti, di alam realiti pendapatmu dinilai berdasarkan populariti. Jarang kerana hujah dan ilmu. Maka, kukuhkan dulu ilmu dan pengalaman, sebelum engkau menyerah leher kepada …

Read More »

Pengkhianatan Ilmu di Pentas Ceramah

“Penceramah berceramah sesuka hati. Tidak berhati-hati dengan kesan percakapannya!” keluh Prof di dalam kelas. Saya termenung. Banyak kebenarannya. Saya sendiri sedang ada dua kaki, sebelah di dalam gelanggang akademik, sebelah lagi di gelanggang ceramah. Gelanggang yang sering menjadi sasaran kritikan para ahli akademik di universiti. Mungkin sikap kita yang kurang menghormati kebenaran, hingga kita cuai dalam meneliti butir percakapan. Prof Wan Kamal menegur sikap penceramah yang mengungkapkan makna Jahiliah pra perutusan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Wa’d al-Banaat (menanam mati anak perempuan), sejauh manakah ia menguasai imej zaman Jahiliah itu? Banyakkah? Hingga jadi fenomena massa. Demikian juga soal kejahilan …

Read More »

Merawat Sebuah ‘Tidak Faham’

Pengalaman saya sebagai murid, apabila saya tidak faham sesuatu, saya akan perhatikan keliling saya, adakah saya seorang yang tidak faham, atau kebanyakannya tidak faham belaka. Jika saya dapati ada yang mampu memahami apa yang sedang diajar, saya akan cari jalan supaya saya boleh faham ia. Adakalanya sesuatu yang saya hendak faham itu, memerlukan saya faham banyak benda lain terlebih dahulu. Misalnya, saya pernah belajar tentang sekularisme di dalam silibus usrah dan buku-buku karangan tokoh gerakan Islam. Tetapi apabila buku The Prince karya Niccolò Machiavelli yang ‘disembelih’ di dalam usrah itu saya baca, saya sukar memahaminya. Apabila membaca buku Islam and …

Read More »

Abi Memandu Mesin Teroka Masa Sempena Cuti Sekolah

“Abi, akak teringin sangat nak tengok, macam mana orang dulu-dulu kerja” kata Naurah. “Kerja yang macam mana akak maksudkan?” saya bertanya. Kereta kami bergerak perlahan-lahan dalam kesesakan jalan raya menuju tol Putra Mahkota. “Ye lah, macam cerita Mr. Peabody and Sherman hari tu. Akak nak tengok macam mana orang dulu-dulu hantar mesej guna kain, kibas-kibas dekat asap. Kalau setakat dalam buku, tak fun rasanya” jelas beliau. “Oh, macam itu. Ada. Abi yakin dekat Youtube mesti ada banyak dokumentari yang tunjukkan kerja-kerja macam yang akak cakap itu. Nanti abi carikan, Insha-Allah” saya menjawab. “Itulah, kalau buka iPad, tengoklah Youtube. Google. Asyik main …

Read More »

Pemimpin Harus Punya Idea

“Ana harap, di Duty Free nanti, ustaz beli sebuah buku bertajuk Ru’yati: al-Tahaddiyyaat fee Sibaaq al-Tamayyuz” kata Ustaz Hasan kepada saya. Buku berkenaan adalah karangan Mohammad bin Rashid al-Maktoum pemerintah Dubai. Beliau juga merupakan majikan yang membiayai posting saya sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre tidak lama dulu. Saya bekerja dengan tajaan Al-Maktoum Foundation. “Anta baca buku itu dan hayati kupasan beliau tentang plan dan misinya membangunkan Dubai. Juga kritikannya kepada idea Samuel Huntington berkenaan dengan Clash of Civilization” pesan Ustaz Hasan kepada saya. Kami berpelukan tanda perpisahan. Insya Allah ia hanya perpisahan yang sementara kerana kami berkongsi cita-cita yang …

Read More »