Menteri dan Kementerian di Sana Sini

Kita minta Menteri Pendidikan macam-macam perkara. Jika semua yang kita minta itu boleh dibuat oleh Menteri, mungkin itulah petanda kelemahan sistem pendidikan kita. Menteri dan Kementerian Pendidikan terlalu banyak campur tangan dalam perkara kecil yang berlaku di bilik darjah hingga topik apa di bawah bab apa di dalam bab apa untuk diajar kepada murid pun kita minta menteri yang tentukan. Sedangkan yang pakar dalam hal itu adalah guru, bukannya menteri!

Apa yang lebih baik mudah-mudahannya untuk negara kita ialah menteri memainkan peranan dalam perkara-perkara dasar yang mempengaruhi hala tuju dan menyokong keperluan-keperluan perlaksanaan. Ada pun hal-hal kecil yang berbeza keperluannya di antara Pos Legap di Sungai Siput Perak dengan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi Selangor, harapan saya, transformasi pendidikan kita akan mengurangkan campur tangan Menteri Pendidikan dalam pengurusan mikro.

Jika berlaku jerebu suatu hari nanti, eloklah jika guru besar yang membuat keputusan sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya, kemudian ganti mengikut garis panduan yang ada. Tidak perlu Menteri Pendidikan bertitah dari Putrajaya untuk mencutikan sekolah di Bukit Mertajam.

Satu kaedah mudah (tidak semestinya tepat) untuk melihat banyaknya ā€˜kewujudan menteriā€™ dalam sistem pendidikan kita ialah di dalam Akta Pendidikan kita setebal 94 muka surat, carian perkataan ā€œmenteriā€ (termasuk ā€œkementerianā€), menghasilkan natijah 100 kali! Sepertinya menteri dan kementerian itu ada di sana sini!

Ke arah memperkasakan guru dan sekolah dengan peningkatan autonomi dalam persekitaran budaya percaya.

The culture of trust!

Meminjam contoh perlaksanaan di Finland, pengagihan kuasa dan tanggungjawab berkaitan pendidikan di Finland terbahagi kepada kuasa pusat dan tempatan.

KUASA PUSAT

  • Finnish Ministry of Education and Culture : Polisi pendidikan
  • Finnish National Board of Education: Implementasi polisi pendidikan, membangunkan objektif pendidikan, kandungan kurikulum serta metode perlaksanaan merangkumi pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan komprehensif (Gred 1 hingga 9), menengah atas dan pendidikan dewasa.

KUASA TEMPATAN

  • Municipalities atau joint municipal authorities: bertanggungjawab ke atas hal-hal praktikal berkaitan pengajaran dan pembelajaran, serta keberkesanan dan kualiti pendidikan, membuat keputusan berkaitan pengagihan bajet, kurikulum tempatan dan perjawatan. Municipalities ini juga mempunyai kuasa autonomi dalam mengagihkan kuasa membuat keputusan kepada sekolah-sekolah.
  • Sekolah pula, membekalkan perkhidmatan pendidikan berdasarkan visi dan tatacara mereka sendiri, selagi mana perkara-perkara asas yang ditentukan oleh undang-undang, dipatuhi dan dilaksanakan. Dalam banyak keadaan, pengurusan bajet, perbelanjaannya dan perjawatan adalah merupakan tanggungjawab sekolah.

Apa yang menentukan besar atau kecilnya autonomi sekolah ialah faktor ekonomi, antara sekolah dengan municipalities. MenurutĀ Karikoski (2009), sekolah-sekolah Finnish beroperasi secara bebas, tetapi kebebasan itu dibataskan oleh kekangan ekonomi. Pengetua-pengetua sekolah berpendapat bahawa mereka memiliki kebebasan di dalam tugasan harian, akan tetapi garis panduan ekonomi yang ditentukan oleh municipality membataskan kebebasan tersebut. Kerajaan mengagihkan bajet untukĀ basic education kepada municipalities dan municipalities menentukan secara bebas cara ia diagihkan di lokaliti masing-masingĀ (Pulkkinen and Jahnukainen, 2015).

Autonomi ekonomi sekolah berkadar langsung dengan autonominya secara keseluruhan dan memberikan lebih banyak peluang untuk sekolah membangunkan persekitaran pembelajaran yang berinovasi.

Rujukan:

Toni Saarivirta, Kristiina Kumpulainen, (2016) “School autonomy, leadership and student achievement: reflections from Finland”, International Journal of Educational Management, Vol. 30 Issue: 7, pp.1268-1278

#myfinlandmomentĀ #malaysiabaharuĀ #harapanpendidikan#pendidikanĀ #guruĀ #sekolahĀ #kementerianpendidikan

HASRIZAL
Oulu Finland

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share