Abi, Bolehkah Kita Berada di Dalam Dua Agama?

Penat, bek. Nak fikir soalan aqidah anak lagi, lepas tu hari ini nak masak apa pula.

Abi, I have a question” si anak bertanya.

Sambil berbaring di sofa.

Saya baru sahaja hendak ke dapur untuk memasak menyediakan juadah berbuka puasa.

Yeah, sure. What is it?” saya berpaling kepadanya.

Can we be in more than one religion?” soal beliau.

Saya agak dah. Setiap anak kami, apabila umur masuk sekitar 10-12 tahun akan mula bertanya soalan yang pelik-pelik. Dan anak bongsu kami bertanya soalan paling rumit sebab beliau sudah tinggal dan bersekolah di Finland semenjak berusia 7 tahun. Beliau sudah lama tidak mendengar azan berkumandang di udara, dan saki baki sekolah agama di Malaysia selama beberapa bulan, yang tinggal di memorinya hanyalah guru yang baik, guru yang garang, kawan yang baik dan kawan yang bermasalah. Fakta, akademik, semua sudah lusuh di dalam memori.

Kasihan si anak ini.

Kasihan juga kepada si ayah yang kena memerah otak hendak menjawabnya.

Religion is about connecting our selves with God. Who is God?” saya memulakan perbualan.

“Allah,” jawabnya.

When Allah is our God, who is He actually?” saya bertanya lagi.

Hurmmm… what do you mean?” beliau tidak jelas.

If Allah is our God, what made Allah God? Why He is our God?” saya cuba berhati-hati mengatur soalan.

Belajar sains pembelajaran dan pendidikan di dalam kerangka constructivism, saya berlatih untuk sensitif terhadap cara otak memproses perkataan dan maklumat.

I don’t know. Why? Why Allah is our God?” beliau bertanya balik kepada saya.

Tidak mengapa.

Because…. Allah is our Creator. He created not only us but everything. Agree?” saya bertanya.

Oh yeah. So, can we be in more than one religion?” beliau kembali menyoal soalan awal tadi.

Can we have more than one God? I mean, can there be more than one Creator?” saya bertanya balik kepadanya.

No” jawabnya, ringkas.

Kalau boleh, saya hendaklah mendengar si anak menjawab, ” mana mungkin alam ini ada lebih daripada seorang Pencipta, kerana jika ada ramai Pencipta, nescaya porak perandalah alam ini dan saling bergaduhlah tuhan-tuhan tersebut” seperti yang saya belajar dan baca dahulukala. Tetapi anak saya tidak mampu sampai ke situ. Dia cuma kata tidak, alam ini tidak boleh ada lebih daripada satu Pencipta.

There are many religions in this world, which people tend to think about God as their subject of worship, not God as the Creator. When they think and talk about God, in many ways it is about who we should worship. But when it comes to the issue of the Creator, it is something else! Something to be discussed separately” saya memulakan penerangan secara yang lebih mendalam.

Sedangkan Islam sentiasa mengekalkan hubungan teguh antara konsep Tuhan sebagai subjek sembahan, dengan Tuhan sebagai Pencipta dan Pentadbir alam ini. Tuhan adalah bahasa Melayunya. Manakala di dalam bahasa al-Quran Tuhan adakalanya Ilah (berkaitan sembahan dan ibadah), dan adakalanya Rabb (berkaitan Pencipta, Pentadbir dan Penguasa alam ini).

Sedari awal lagi, Allah memperkenalkan diri-Nya di dalam wahyu bukan sebagai Tuhan yang hendaklah disembah. Tetapi sebagai Tuhan yang Mencipta. Permulaan mengenal Tuhan, adalah pada mengenal Siapa yang Mencipta kamu.

Lihat kepada wahyu pertama, paling pertama, yang terutama, yang memulakan risalah Islam:


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

“Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Mencipta” [Al-‘Alaq 96: 1]

Bacalah, dengan nama Tuhan.

Tuhan yang mana, Tuhan siapa?

Bukan Tuhan orang Arab, atau Tuhan orang Kristian atau Tuhan orang Yahudi.

Sebaliknya Tuhan kamu sendiri.

Tuhan aku? Siapa Tuhan Aku?

Tuhan Yang Mencipta.

Tuhan Pencipta.

Sebelum kamu kenal namanya dan agamanya, kamu setujukah yang kamu adalah ciptaan, dan ada Penciptanya?

Jika kamu setuju, hah, itulah Allah.

Mengekalkan ‘identiti’ Tuhan sebagai Tuhan yang disembah kerana Dia adalah Pencipta adalah sangat penting. Sendi inilah yang menyebabkan ilmu memahami ciptaan Pencipta tidak pernah bergaduh dengan ilmu memahami Allah sebagai Sembahan.

Ilmu sains dan ilmu agama, sentiasa seiringan.

Kita memahami Allah itu Tuhan yang Mencipta, melalui sains.

Kita memahami Allah itu Tuhan yang selayaknya kita sembah dan abdikan diri kepada-Nya, melalui agama.

Sangat susah untuk anak kami make sense, mengapa tidak boleh berada di dalam dua agama, jika agama sentiasa berlegar hanya kepada soal sembahan, sedangkan soal ‘kelayakan’ Tuhan untuk disembah tidak dijelaskan.

If there is only One Creator, and therefor One God, we can and have to worship only One God. How do we worship One God, if each religion has a different way in identifying God? They might agree there is only One Creator, but they do not necessarily worship that One Creator as God. Creator is ‘something’ and God is ‘something’ else. It doesn’t work” saya menjelaskan.

Yeah, Christians believe Jesus is the son of God, or God… hurmm… I don’t know” si anak mumbling.

Should the Creator has a son? He creates from nothing to something. That is something which only the Creator can do. We can create something from something . But we cannot create something from nothing. Not even a fly, or a drop of blood. If God gives birth to a son, that is reproduction, creating something from something, and that is not the character of a God” saya perlahan-lahan mengatur penerangan, agar anak boleh mencernanya.

I get it” jawabnya.

So, can we be in more than one religion?” saya bertanya balik kepada anak, untuk pengesahan.

No. I don’t think so” katanya.

Alhamdulillah.

Cuma…

We must respect people and their faith. We do not insult anyone because of what he or she believes. But at the same time, we must also make our belief clear. Believing what we believe is the right one, does not make us look down to others who believe differently. We believe in Allah for our own need. Not to compete with anyone. No one should be offended thinking about someone he knows believes differently. But this requires us to be respectful, have a good knowledge, and love people for who they are and what they do” saya menyudahkan perbualan.

Inilah sebabnya mengapa saya sangat tidak berpuas hati ketika anak sulung mula bersekolah pada tahun 2008 dahulu, saya dapati murid Tahun 1 belajar Sifat 20 di dalam subjek Akidah. Jika belajar Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat pun saya tidak setuju.

Sebabnya, ia ilmu yang muncul untuk menjawab persoalan orang lain, bukan menjawab persoalan siapa Allah di kalangan murid 6 ke 7 tahun. Ia berisiko menimbulkan kekeliruan hingga susah benar hendak faham Tuhan itu apa dan siapa, sedangkan kekuatan paling besar Aqidah Islam ialah amat jelas siapa Khaliq dan siapa makhluq.

Aduh, sudah 6:20 petang.

Berbuka puasa jam 7:49 petang.

Saya kelam kabut ke dapur.

Topi ayah, topi cikgu, topi ustaz dicabut.

Sekarang pakai topi chef.

Bismillah.

Hasrizal
Oulu Finland

Check Also

Perjalanan Sengsara Mendidik Anak Remaja

“Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan mahu meluangkan masa bersama supaya kita boleh …

One comment

  1. terima kasih ustaz,teruskan berkongsi rasa dan pengalaman.
    kami yang mengikuti sedari remaja di alam university sehingga kini mempunyai anak-anak kecil sangat menghargai ilmu,perkonsian agar kami jadikan panduan.

    yang baik jadikan panduan,yg kurang sesuai dijadikan sempadan dan pengaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share