Al-Mizan: Seimbang Antara Agama dan Sains Dalam ADHD Dewasa

Seseorang boleh melampau pada premis agama pada menanggap ADHD. Seseorang juga boleh melampau pada premis sains hingga mengenepikan peranan agama dalam regulasi ADHD.

Seorang ADHD masih seorang mukallaf yang berjalan pada lisan dan perbuatannya, betul dan salah, dosa dan pahala.

Rukun iman yang dihayati melapangkan kehidupan untuk memegang hikmah daripada Allah atas ujian-ujian yang berlaku.

Kita belajar daripada Nabi ﷺ apabila anak baginda, Ibrahim, meninggal dunia pada usia 18 bulan, baginda sangat bersedih lalu menangis. Perasaan dan tangisan tidak salah. Tetapi baginda pesan, mulut hanya menyebut perkara yang Allah redha.

  • Gunakan CBT untuk mengatur strategi hidup.
  • Gunakan supplement untuk menampung kekurangan diri, tanpa preskripsi ubat hasil diagnosis.
  • Gunakan ubat (stimulant) untuk berusaha mengatasi cabaran di akar masalah.
  • Ada pun agama, lapangkanlah jiwa dengan iman kepada Allah melalui sifat syukur, dengan fokus pada apa yang kita ada. Menjauhi ‘kufur’ (kufur nikmat), dengan terus menerus mengeluh dan merungut pada perkara-perkara yang kita tidak ada.

Semasa kita bantu membantu, salurkan sokongan dalam bentuk bantuan yang menghampiri solusi. Elakkan ‘co-rumination‘, iaitu perbuatan yang kelihatan seperti saling memahami, tetapi sebenarnya saling mengheret diri kepada emosi negatif yang lebih mendalam.

Ia berlaku apabila komunikasi kita berhenti hanya pada faham memahami, tetapi tidak diarah kepada solusi yang benar.

Rumination is a type of negative reaction; it means that when an individual is in pain, he or she dwells on such emotion and its causes and various results instead of taking active measures to solve the problem [12]. Several researchers regard rumination as a personal trait reflected by the condition where an individual overthinks pain and immerses himself in the circumstance to limit his motivation to communicate and curb his active behavior [35]. Individuals who are used to dealing with negative events through such reaction means, namely, rumination, dwell on the negative emotion although the matter is over and things have changed [6].

Sun, H., Tan, Q., Fan, G., & Tsui, Q. (2014). Different effects of rumination on depression: key role of hope. International journal of mental health systems8, 53. https://doi.org/10.1186/1752-4458-8-53

Moga Allah bantu kita semua.

Hasrizal Abdul Jamil
https://adhd.hasrizal.com

Check Also

Mulut dan Tangan Buat Jahat, Kenapa Ubun-ubun Yang Bersalah?

“Bagi sini tangan kamu!” cikgu bahasa Inggeris yang garang itu memberi arahan. Si murid terketar-ketar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share