Isu Semasa

‘Melupakan’ Sharifah Aini Sebagai Biduanita Negara

  Besarnya kuasa Allah, mengampun kesalahan hamba-Nya, walau sebesar gunung seluas lautan. Andai dosa itu antara kita dengan-Nya. Namun, ketika dosa kita jatuh ke tangan manusia, kita sebagai manusia terlalu lemah untuk menebusnya. Kita perlu kembali kepada Allah, yang memegang hati-hati manusia, untuk menggerakkan hati mereka agar melepaskan kita daripada …

Read More »

FB vs BLOG: Antara Tulisan dan Penulisan

Kita sudah terbiasa melihat LIKE, komen-komen yang berderetan. Semuanya itu menjadi penerang kepada maklum balas sama ada apa yang ditulis itu diterima atau pun tidak. Kita tidak menulis dalam kegelapan, yang menjadikan kita kabur apakah tulisan kita itu baik, mahu pun sebaliknya.  Tanpa sedar, komen-komen dan LIKE itu menjadikan kita …

Read More »

Derma Organ: Agar Kematian Tidak Mematikan Saya

MENGAPA SAYA MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PENDERMA ORGAN? Saya mendaftarkan diri sebagai penderma organ pada tahun 2007. Ketika itu saya bertugas sebagai kaunselor pesakit di Institut Jantung Negara (IJN). Saban hari saya melihat penderitaan pesakit, sebahagian daripada mereka menunggu pendermaan organ kritikal terutamanya jantung. Antara pesakit yang saya kenali pada masa …

Read More »

Jangan Cabut Baju Yang Allah Pakaikan Itu

Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman bin ‘Affan radiyallahu ‘anhu telah meminta pendapat Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma: Uthman: Orang ramai mendesakku dengan berkata “letak jawatan atau kami akan membunuhmu!” Ibn Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)? Uthman: Tidak. Ibn Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa …

Read More »

Fitnah Ukhti Barbie dan Akhi Ken

Dara dan Sara? – Alternatif Barbie and Ken oleh Iran “Perkara paling sweet ialah ketika dua orang saling rindu, namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing” Demikian ungkapan yang dikongsi. ‘Kata-kata hikmah’ yang terkini, disertai dengan ilustrasi. Lama saya berfikir, sejauh manakah seriusnya hal ini. Penting …

Read More »

Senang Masuk Susah Keluar

Tiba-tiba ada insan yang saya kenal, menjadi pengeluar produk kesihatan. Tiba-tiba mengungguli jenama tertentu berkaitan barangan atau perkhidmatan yang tidak dapat saya kaitkan latar belakangnya, dengan apa yang diniagakan. Mungkinkah hanya di Malaysia? Meneliti peraturan yang diletakkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat, saya terfikir berapakah …

Read More »

Inovasi Dalam Motivasi: Mula-mula Indah, Kemudian Jadi Bid’ah

kredit foto: www.inventionmachine.com Kritikan saya kepada modul-modul motivasi Islamik di pasaran hari ini banyak tertumpu kepada metod modul itu dibangunkan. Cara metod itu dihasilkan. Kita tidak boleh menilai kebenaran satu-satu metod itu pada kesan yang dialami oleh peserta. Jika peserta insaf, berubah jadi baik, maka ia dianggap modul yang benar. Sebaliknya …

Read More »

Motivasi Memperalatkan Dakwah

Pada tahun 2004, saya melangkah kaki masuk ke dunia latihan dan motivasi melalui syarikat Fitrah Perkasa Sdn Bhd. (FPSB). Saya memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Penyelidikan dan Modul, iaitu penolong kepada Tuan Pengarah ketika itu, Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Sungguh ironi, pekerjaan pertama saya di Malaysia, adalah di dalam bidang …

Read More »

Iceberg Sebuah Hedonisma

Credit photo: www.zazzle.com Tindak tanduk manusia tidak rawak (random). Jauh sekali secara kebetulan. Tindak tanduk manusia itu ada mekanismanya. Ada perisian dalam jasad manusia yang menyebabkan dia bertindak tanduk dengan tindak tanduk tertentu. Apa yang dia rasa, apa yang dia pilih, apa yang diutamakan, apa yang tidak dipedulikan, apa yang …

Read More »

Gaza dan Doa Kita

Gaza bermandi darah lagi. Hujan peluru. Syuhada’… Syuhada’… Hati pedih, mulut mahu menjerit. Mahu menyumpah seranah Zionis. Mahu kongsi pelbagai pautan di Facebook dan Twitter. Tetapi saya rasa ia seperti tidak punya sebarang makna. Saya menjerit di perkarangan universiti di Jordan. Saya menjerit di kota Belfast, Ireland Utara. Zionis masih …

Read More »

Antara NAS dan INSAN

Jurang budaya di dalam masyarakat kita semakin melebar. Jika diambil negeri Selangor sahaja pun, kita sudah cukup terasa betapa jauhnya beza keperluan dan kemahuan Muslim yang berada di Tanjung Karang dan Sungai Besar, dengan mereka yang berada di Subang dan Damansara. Perbezaan itu lebih terasa apabila kita mendekati mereka dengan …

Read More »

Iconoclasm di Bumi Haramain

Bangunan lama sudah tiada Ia satu bentuk ICONOCLASM.  Iconoclasm is the deliberate destruction of religious icons and other symbols or monuments, usually with religious or political motives. It is a frequent component of major political or religious changes. The term encompasses the more specific destruction of images of a ruler …

Read More »

28 Juta – 200,000 – 15,500 – Akhirnya 30 Sahaja

Alhamdulillah majlis di Institut Jantung Negara tadi berjalan lancar. Moderator, Erma Fatima menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Majlis dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, dan digerakkan dengan berkesan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Tan Sri Lee Lam Thye. Saya sangat tersentuh dengan perkongsian keluarga mereka yang telah pergi, namun sempat organ mereka didermakan, …

Read More »

Saya Duta Pendermaan Organ KKM

Tengah hari ini jam 2, saya akan bersama dengan Duta Pendermaan Organ yang lain, di dalam Majlis Pelancaran Kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Lobi Institut Jantung Negara (IJN). Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Erma Fatima, Adibah Noor, Hafiz Hamidon, Yasmin …

Read More »

Forum Politik Matang di Shah Alam

Forum Politik Matang di Kediaman MB Selangor tempoh hari, rupa-rupanya membariskan panelis yang semuanya graduan Jordan. Prof. Madya Dr Mohd Asri ZA paling senior, kemudian Dr Khairuddin at-Takiri, diikuti dengan saya sebagai junior. Dalam Forum Politik Matang berkenaan, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira boleh menjadi nilai tambah untuk …

Read More »

Irshad Manji: Kalaulah Boleh Beliau Kuabaikan

Kali pertama saya mendengar nama Irshad Manji, kira-kira 10 tahun yang lalu. Nama itu tenggelam, sebagaimana datang dan perginya nama-nama seperti Astora Jabat dalam lingkungan domestik di sini. Apabila Irshad Manji menjengah Malaysia, masyarakat kecoh. Saya didesak untuk memberikan pendapat mengenainya, tetapi saya enggan berbicara mengenai apa yang saya tidak …

Read More »

Percubaan Memahami Dialog Antara Agama

Alhamdulillah… Syukur kepada Allah kerana program Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) telah selesai. Perasaan saya bercampur aduk. Gembira dan penuh bangga dengan peserta yang telah mempamerkan kualiti yang kami harapkan, namun diselubungi rasa gementar kerana tahu bahawa mesej yang ingin dibawa ke seluruh dunia oleh 50 peserta dari 15 negara dan 6 …

Read More »

‘Aku Tidak Peduli’sme: Ideologi Siswazah Jumud dan Tidur

ISLAM AGAMA KEKITAAN Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT membawa syariat Islam yang bersifat undang-undang bersama. Islam menukar manusia yang ananiah kepada kekitaan, merasa bersama antara satu sama lain sebagai satu ummah. Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka hendaklah kamu memperelokkan di antara dua saudaramu… (Al-Hujurat 49 …

Read More »

Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan

______________________________ Artikel asal siaran tahun 2009 ______________________________ ISLAM memimpin perubahan. Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut. Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu. Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan …

Read More »

Menjernihkan Perubahan PAS-DAP

“Susah nak ceramah bab Negara Berkebajikan ni” antara keluhan yang terdengar semasa kempen pilihanraya baru-baru ini. Perubahan pendekatan yang ditunjukkan oleh PAS sepanjang tempoh kempen, merupakan suatu proses yang mencabar. Biar pun taklimat telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS kepada jenteranya semasa melancarkan manifesto tempoh hari, ada beberapa persoalan yang …

Read More »

Jemaah Itu Keperluan, Ummah Itu Tujuan

“SAYA kena sertai semua kumpulan. Kalau ikut satu sahaja, nanti jadi Jamaah Centric!” kata seorang siswa. “Lebih baik aku bebas. Tak terikat dengan mana-mana kumpulan. Mana-mana ada kelas pengajian, aku akan pergi. Ini baru Ummah Centric” komen seorang pelajar pula. Kebelakangan ini, isu Jamaah Centric Vs. Ummah Centric hangat diperbincangkan …

Read More »