“Man shazza, shazza ilannār! Siapa yang berseorangan (tidak bersama jemaah), berseoranganlah dia juga di Neraka” kita bersemangat menukil hadith ini. “Solat, puasa, semua tak ada makna, kalau tidak bersama jamaah!” ada amilin menambah rencah. Memetik hadith-hadith dalam lingkungan topik hak Jamā’ah al-Muslimīn di kalangan amilin gerakan Islam, adalah perkara yang …
Read More »Sekolah Integrasi Yang Tidak Berintegrasi
Kini sekolah integrasi tumbuh bagai cendawan. Perkataan integrasi laku dalam pendidikan. Dalam pasaran persekolahan. Integrasi akan membantu ibu bapa membayangkan anak-anak hanya pergi ke satu sekolah dan di sekolah itu semua sudah ada. Ada akademik, ada ilmu agama. Ada fardhu ain, ada fardhu kifayah. Anak-anak tidak perlu balik rumah di …
Read More »Muzik Kita Daripada Cat Stevens ke Yusuf Islam
Saya tergamam. Kaget dengan kata-kata Cat Stevens, “I know, I have to go away”. Itu adalah bait-bait yang dialunkan olehnya di dalam lagu Father and Son, sebagai lagu perpisahan beliau kepada dunia muzik, selepas memeluk Islam pada tahun 1977. Konsert itu didedikasikan kepada peminatnya kerana Cat Stevens mahu pergi. Pergi …
Read More »Jenayah Pedophilia: Sudah Bersediakah Kita?
Ketika rakyat Malaysia bergembira dengan cuti hujung minggu yang panjang, kita dikejutkan dengan berita di United Kingdom International Business Times (www.ibtimes.co.uk). Seorang pelajar MARA jurusan Matematik di Imperial College, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Southwark Crown Court. Beliau mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki, …
Read More »Apabila Gerakan Islam Tidak Lagi Bergerak-gerak
Salah satu kaedah yang digunakan untuk memahamkan prospek tentang mengapa mereka perlu bersama dengan gerakan Islam dan mendukung perjuangannya adalah dengan menggunakan sejarah. Kali pertama saya bertemu dengan modus operandi ini adalah semasa berada di United Kingdom. Semasa mendengar seorang pelajar kejuruteraan mengupas tentang sirah al-Khulafa’ al-Rashidin di dalam sebuah …
Read More »Bertaklid Buta Dalam Menyukai dan Membenci
Teringat saya kepada kekecohan di Jordan apabila kerajaan menaikkan harga roti ekoran kenaikan harga tepung gandum sedunia. Rakyat sungguh marah. Bukan setakat menjerit-jerit marah, mereka merusuh seluruh negara. Masih jelas di ingatan saya bagaimana pekan Karak dikelilingi kereta kebal untuk mengawal bangunan-bangunan strategik seperti bank, pejabat kerajaan dan balai polis. Tetapi, …
Read More »Sindrom Menyerang ‘Ex’ Merentas Sejarah
Dalam perjalanan pembacaan yang ‘menggelebeh’ dan meleret-leret, Alhamdulillah saya sudah dapat menjelaskan bagaimana idea islah Imam Birgivi bergerak dari zamannya ke era Kadızade Mehmed Efendi, kemudian Ustuvani Efendi, kemudian Vani Mehmed Efendi, seterusnya beralih ke Sulaiman al-Maghribi dan lingkungan muhaddithin di Dimashq hingga terhubung dengan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab. …
Read More »Apabila Ada Jawapan Untuk Semua Soalan
Dalam program di Masjid Tengku Kelana Petra semalam, saya menyampaikan rumusan buku Tsaqafah al-Da’iyah karya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi. Di dalam sesi soal jawab ada beberapa isu menarik yang timbul. Antaranya ialah: Keluhan tentang kuliah-kuliah maghrib yang kosong, penceramah bercakap kosong dan tiada ‘learning outcome‘ yang jelas daripadanya. Artis-artis berhijrah bercakap …
Read More »Usrah Bawah Tanah di Atas Bukit
Pengetua memilih ahli usrah khusus ini daripada kalangan ‘mat Musolla’ yang juga menduduki senarai 30 pelajar terbaik semasa peperiksaan akhir di tingkatan 1 dahulu. Semua pelajar beliau tarbiah. Namun kelompok ini diproses dengan satu proses lain. Tahun 1989, saya menyertai usrah bawah tanah di atas bukit ini. Bawah tanah kerana …
Read More »Sakit di Sebalik Keluhan ‘Orang Baik-baik’
“Saya sangat kecewa. Mengapa seorang ustaz gagal solat berjemaah di masjid? Sedangkan saya bersusah payah…” keluh seorang lelaki. Sedih. Keluhan yang benar. Kebenaran yang sukar untuk ditelan. “Kalaulah dia tahu betapa deritanya hidup dalam kejahilan, tentu dia tidak akan bermain alasan untuk hadir ke majlis ilmu” keresahannya berpanjangan. Keluhan demi …
Read More »