Manusia bekerja dengan tangan. Manusia berkomunikasi dengan lisan. Manusia yang berkomunikasi dengan tangan, adalah manusia yang ada halangan berkomunikasi dengan lisan. Tangan dan lisan adalah sebahagian daripada anggota tubuh yang Allah berikan, untuk membantu manusia menerima dan memberi kebaikan. Demikian juga kaki, mata, telinga dan kurniaan yang lain. Tetapi tangan …
Read More »Harakah(Daily): Mencari Husnul Khatimah
1991: Pembaca Setia Harakah, di Masjid Negeri, Seremban “Kenapa hantar ke Harakah?” tanya Tuan Pengetua. “Ia surat khabar kegemaran saya. Lagi pun, jika saya hantar ke Utusan Malaysia dan Berita Harian, mahukah mereka menyiarkan berita sebegini?” saya menjelaskan kepada Tuan Pengetua. Dengan semangat anak muda yang membuak-buak di dada. Jiwa …
Read More »Jika Kita Membaca Lillāhi Ta’āla
Allah itu Tuhan yang Maha Pengasih. Dia memberi banyak. Dia ‘meminta’ sedikit. Kita dilahirkan sebagai manusia yang diberi pelbagai pemberian, hingga lahir kita langsung sebagai seorang penghutang. Berhutang pelbagai nikmat dan modal kehidupan. Pemiutang tidak meminta kita membayar kepada-Nya pada kadar yang Dia beri hutang. Dia suruh kita bayar dalam …
Read More »Resolusi Konflik Berpandukan Teknik Q3:159
Semasa berlakunya perang Uhud pada bulan Shawwal tahun ke-3H, pasukan pemanah yang ditugaskan oleh Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah melanggar arahan Baginda, lalu meninggalkan lokasi mereka untuk mendapatkan harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh musuh. Tindakan ini telah memecah belahkan kesatuan tentera Islam dan mengakibatkan kekalahan. Sayyid Qutb di …
Read More »Al-Isra’ wa al-Mi’raj: Palestin Dalam Suluhan Surah al-Isra’
Jika motif peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj adalah hanya untuk urusan peribadi antara Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam dengan Tuhannya, nescaya perjalanan boleh berlaku secara langsung dari al-Masjid al-Haram di Mekah ke Sidrah al-Muntaha, tanpa perlu ‘transit’ di al-Masjid al-Aqsa di Palestin. Akan tetapi, persinggahan di bumi Palestin pada kejadian …
Read More »Konsep Ulama’ dan Kepimpinannya
“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul. “Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan. Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan …
Read More »Selamat Hari Guru, Ibu!
“Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu dijawab di buku latihan. Beberapa perkataan perlu disalin semula beberapa kali. Saya duduk di meja hadapan, bersebelahan pintu keluar. “Siapa yang bercakap itu?” cikgu mengangkat kepala. Aduh, bukan kamu semua tidak tahu, betapa garangnya cikgu ini. …
Read More »“Saya Sahih Sebab Rujukan Saya Sahih!”
“Saya sahih sebab rujukan saya sahih!” “Kami membawa kebenaran untuk menentang kebatilan. Menyokong kami bererti menyokong kebenaran, menentang kami bererti menentang kebenaran!” Ini merupakan salah satu penyakit pemikiran yang membimbangkan kita. Terutamanya dalam trend kembali kepada Quran dan Sunnah, ramai yang ditimpa penyakit ini. “Oleh kerana alasan idea saya adalah …
Read More »Berhati-hati Semasa Memaku Kehidupan
“Penting sangatkah psikologi dalam mendidik anak-anak?” tanya seorang bapa. Antara soalan yang sering saya terima di hujung mana-mana sesi ceramah keibubapaan. Herdik. Tali pinggang. Rotan. Hanger baju! Sekeh dan lempang. Malah secara lisannya tengking, sindir dan perli. Semua itu biasa. Sangat biasa. Sebahagian daripada budaya masyarakat kita. Dan lanjutan …
Read More »Bacalah: Supaya Jadi Hamba, Bukan Jadi Tuhan
Sekurang-kurangnya, ada dua jawapan yang boleh saya kongsikan, mengapa perintah Allah yang pertama kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam dan umat ini adalah “BACA!” Pertama, peralihan manusia daripada Tauhid kepada Syirik, adalah akibat agama berpindah daripada satu generasi ke satu generasi, bukan lagi dengan ILMU. Kisah lima berhala kaum Nabi Nuh ‘alayhi al-salam, …
Read More »