Panduan Mengahwini Seorang Doktor

“Apa persediaan yang diperlukan untuk mengahwini seorang doktor?” seorang penghantar emel bertanya soalan.

Jawapannya ada di dalam tiga buku yang telah saya tulis.

Tetapi memberitahu begitu mungkin tidak membantu.

Apa yang ingin disampaikan mungkin perlu diberitahu secara spesifik agar JELAS.

Berikut adalah rumusan yang boleh saya fikirkan, apabila seseorang yang bukan doktor mahu mengahwini seorang doktor:

1. GADIS ITU DOKTOR

Anda mengahwini seorang gadis, yang anda pilih, dan cintai, kerana dirinya adalah dirinya, sebelum beliau seorang doktor. Pandanglah dia sebagai gadis itu, bukan sebagai seorang doktor. Dia mahu dirinya dicintai sebagai dirinya.

Jika dirinya melakukan kesilapan, ia adalah kerana dirinya adalah dirinya, bukan kerana dia itu seorang doktor. Dia doktor di hospital atau klinik, tetapi dia ada gadis itu di hospital, klinik dan luar hospital serta luar klinik.

2. MEMBERI, LEBIH DARIPADA MENERIMA

Anda seorang yang semasa berkahwin, sangat berminat untuk berperanan, menyumbang, berkongsi, membantu dan mendidik. Yakni berkahwin kerana dorongan MEMBERI, bukan MENERIMA.

Hala fikir dan jangkaan perkahwinan adalah daripada anda kepada dia, bukan dia kepada anda. Anda mencari bahagia dalam melakukan sesuatu, bukan menunggu diperlakukan seperti yang anda mahu. Dan semua yang dilakukan seperti yang anda mahu berubah daripada ‘gaji’ kepada ‘bonus’ yang sentiasa dirai dan dihargai.

Maknanya, gaji perkahwinan anda adalah daripada apa yang anda buat. Manakala bonus adalah daripada apa yang isteri anda buat.

3. KESIBUKAN

Kerja lain pun sibuk juga. Tetapi bekerja sebagai doktor memang sibuk.

Namun sibuknya hanya seketika, di beberapa tahun permulaan bekerja. Ketika houseman (internship), ketika menjadi pegawai perubatan (MO), ketika tahun pertama hingga keempat semasa mengikuti program Sarjana Klinikal hingga berjaya menjadi pakar. Semasa beliau menjadi pakar, beliau masih sibuk, tetapi Insya Allah ketika itu anda juga sudah menjadi pakar menguruskan kesibukan  diri dan isteri.

Jadi, jangan terkejut dengan kesibukan, menyalahkan kesibukan, marah-marah dengan kesibukan kerana ia sesuatu yang sepatutnya sudah ada dalam jangkaan. Mana mungkin semasa memandu di lebuhraya, tiba-tiba and terkejut melihat plaza tol! Memang ia sudah ada dalam jangkaan. Sediakan siling atau touch and go, sampai waktunya, bertindaklah seperti yang sepatutnya.

4. HARGA DIRI

Andai bakal isteri anda seorang doktor, manakala anda pula jurutera, akauntan, peguam atau ahli perniagaan kelas A, maka topik ini tidak begitu relevan. Tetapi jika anda seorang ‘ustaz’ seperti saya, anda mesti tangkas mengendalikan keyakinan diri, tahu meletakkan nilai yang betul kepada diri dan isteri dan teguh mendepani persepsi ahli keluarga atau masyarakat yang mungkin sekali sekala boleh menguji maruah diri anda.

Semasa berwacana di Indonesia, saya dimaklumkan oleh seorang rakan panelis bahawa jika di Indonesia itu, untuk seorang doktor perempuan berkahwin dengan ustadz, ia masih jarang-jarang berlaku. Kelihatannya seperti tidak sekufu. Sama ada soal gaji, soal status sosial atau apa sahaja, sang suami mungkin sering kalah, kalah dan kalah.

Maka untuk mendepani hal ini, jangan pula sang suami melatah mencari pendapatan tambahan secara haram, naudhubillah. Atau secara yang kemudiannya nanti menggadaikan tujuan asal berumahtangga.

Harus ada persefahaman yang tinggi antara diri dan isteri. Sering berbincang. Kukuh mengukuhkan. Dan sangat bagus jika anda mengambil tahu tentang kerja isteri, memahami jargon-jargon perubatan, isu-isu di tempat kerjanya, kerenah para doktor dan pasukan perubatan yang menjadi rutin hariannya agar bukan sahaja perbualan anda dengan isteri menarik, malah anda tidak menjadi kera sumbang apabila sesekali bersama isteri di dalam majlis yang dihadiri oleh para doktor seperti isteri anda.

Dalam bab ini juga, hanya pendapat anda dan isteri sahaja yang valid. Pendapat SESIAPA SAHAJA selain anda dan isteri hendaklah diabaikan, dipekakkan dan bersenang lenanglah anda dan isteri dengan kasih sayang serta keyakinan bersama tanpa terkesan dengan ‘apa orang lain cakap’.

Anda mestilah seorang yang bekerja keras, tanpa mengabaikan keluarga, berusaha meningkatkan kualiti diri, belajar ilmu dan kemahiran baru, dan seterusnya menjana pendapatan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Sangat bagus juga jika anda boleh pertimbangkan pilihan menyambung pengajian ke peringkat Masters dan PhD untuk tujuan ini, dan untuk anda berasa gembira dengan diri sendiri. Jika anda gembira, doktor itu gembira, dan anak-anak gembira, masyarakat pun gembira.

Yang berduka dan negatif hanyalah yang masih terus mengumpat, mengata dan hidup berhasad dengki, kata Prof Dr. Muhaya. Juga seorang doktor.

5. MENJADI SURI RUMAH?

Jangan paksa doktor itu berhenti kerja dan menjadi suri rumah.

Jika anda berpegang dengan pendapat wanita lebih baik duduk di rumah, janganlah mengahwini seorang doktor.

Perbelanjaan besar untuk menghasilkan seorang doktor. Pengorbanan yang besar untuk menghasilkan seorang doktor. Tugasan fardhu kifayah yang besar di bahu seorang doktor. Semuanya besar belaka apabila namanya doktor.

Tetapi jika isteri anda berpendapat lebih baik berhenti kerja dan menjadi suri rumah, berilah sokongan kepada apa yang beliau yakini terbaik kerana itu akan membantu beliau membuat keputusan dengan baik, dan seterusnya keputusan yang dibuat menjadikan beliau seorang yang lebih baik. Anda dan anak-anak juga akan menikmatinya.

Apa sahaja pilihan, sentiasa win some lose some. Berbijaksanalah kita dalam mengendalikannya.

Usaha kecil kami untuk memberikan sokongan moral kepada para suami doktor. Sertai KELAB SUAMI DOKTOR

6. MERANCANG KELUARGA

Perkara ini juga subjektif. Terpulang kepada perancangan masing-masing.

Cuma, semasa isteri anda mengikuti program Sarjana Klinikal untuk menjadi doktor pakar, beliau berstatus pelajar, walaupun hakikatnya bekerja. Maka sebagai pelajar, tiada cuti bersalin. Sama ada beliau menangguhkan pengajiannya satu semester kerana bersalin, atau menghimpun cuti tahunan sebanyak dua minggu, sebagai tempoh yang terbaik mampu dimiliki oleh seorang wanita bersalin yang merupakan seorang doktor.

Maka, rancanglah ia dengan baik.

Berkomunikasi.

7. PEMBANTU RUMAH

Mempunyai pembantu rumah bukan suatu kemewahan.

Jika anda beristerikan seorang doktor, ia berkemungkinan besar menjadi satu keperluan yang mendesak. Bukan soal doktor sibuk tidak boleh mengendalikan rumahtangganya sendiri. Tetapi isu yang lebih besar adalah soal sensitiviti masa. Amat sukar untuk dipastikan di rumah itu ada seseorang untuk anak anda boleh berada di rumah tanpa anda mahu pun Puan Doktor.

Urusan pass over anak-anak memang sangat mencabar.

Namun hal ini masih kekal subjektif, sentiasa ada alternatif lain yang boleh diterokai. Namun jangan bebankan ibu bapa di kampung tanpa kerelaan mereka dan uruskan sendiri hal rumahtangga anda.

Berbincanglah.

HAL-HAL SAMPINGAN

Doktor mungkin balik ke rumah membawa bakteria, batuk-batuk, conjunctivitis, bronchiolitis dan sakit-sakit berjangkit yang lain dengan kadar kebarangkalian yang tinggi sedikit berbanding kerjaya-kerjaya yang lain. Doktor itu juga mungkin akan terlebih risaukan kesihatan keluarganya, atau terlebih selamba terhadap kesihatan keluarganya. Anda beristerikan doktor, sedangkan anak anda mungkin (saya katakan, mungkin) berazam untuk tidak menjadi doktor. Anda rindukan pengalaman ke klinik kerana selepas berkahwin mungkin amat jarang anda akan ke klinik untuk mendapatkan ubat.

Semua hal ini, remeh temeh, tetapi jika anda seorang yang kreatif, ia boleh menjadi perencah yang menceriakan rumahtangga!

Batuk sama-sama.

Selsema sama-sama.

Mata merah ramai-ramai.

Macam orang lain juga.

Tetapi boleh bermain hospital-hospital di rumah dengan anak-anak!

KESIMPULAN

Mahu hebat,  mesti berani mendepani risiko. Tidak boleh berjiwa pesakit lagi berpenyakit.

Berkahwin dengan doktor, sangat besar khasiatnya untuk seorang lelaki hebat yang bersemangat nak masuk SYURGA ALLAH.

Nak tak?

HASRIZAL
43000 BSP
Presiden Lantikan Sendiri Kelab Suami Doktor!

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

Selamat Hari Guru, Ibu!

“Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu …

28 comments

  1. doktor kepada ummat 🙂

  2. Tq sbb share..will definitely suro bakal sumai bace hehe ;-D

  3. Tq sbb share..will definitely suro bakal suami bace hehe ;-D

  4. Siap ada kelab lagi. Terbaik!

  5. memberi bukan pada Doktor saja…

    salam
    ZD

  6. MuhammadRizal

    Sedikit tambahan kepada yang bakal menerima isteri doktor.

    1. Hands on. Anda perlu automatic menjadi ibu gantian ketika bini anda pergi “on call” di hospital sepanjang malam.
    2. Mendengar. Anda perlu automatic mendengar (download) rungutan, rintihan kerja yang dimuat turun kepada anda.
    3. Istilah. Anda akan terdengar istilah2 perubatan yang pelik2, yang mana istilah ini anda boleh bawa semasa perbualan minum teh anda bersama rakan2 anda. Mereka akan tergamam dan kagum.
    4. Trial and error lab. Setahun pertama ketika anda sakit demam. Anda akan dirawat sendiri dengan ubat yang diusulkan oleh isteri anda. Acap kali ianya tidak berkesan, anda mungkin terpaksa ke hospital untuk ujian2 seterusnya seperti xray, bloodtest. Jangan khuatir lepas 2-3 tahun fail-fail kesihatan anda telah ada dalam otak isteri anda. Rawatan lebih mujarab dan pantas. Isteriku kini lebih pakar daripada doktor pakar seluruh dunia. Dia dapat kenal pasti antara betul sakit atau mengada-gada sakit nak MC.
    Sekian..selamat maju jaya..

  7. Sangat relevan. Seorang doktor wanita sangat memerlukan seorang suami yang berjiwa besar. Biar apa pun jawatan suami, doktor wanita yang solehah akan meletakkan dia di tempat yang sepatutnya. Berbaik sangkalah dengan sang isteri… (Ustaz, Izinkan saya share. Terimakasih)

  8. Ustaz, terima kasih untuk artikel ini. It is very thoughtful and sweet 🙂 Semoga Allah memberi kebahagiaan untuk Ustaz dan keluarga. Ameen 🙂

  9. Good artikel. Saya sudah berkahwin dengan seorang doktor, mula mengenalinya semasa 2nd semester waktu study dulu (first degree untuk dia), bertunang sebelum dia berangkat ke India untuk sambung MBBS, berkahwin semasa 3rd year, dan mendapat seorang cahaya mata semasa final year. Dapat merasai sendiri pengalaman si dia menghimpun cuti weekend selama 14 hari dengan cara advance on-call posting sebagai bekalan cuti postnatal, dan sanggup drive sendiri kereta di tengah2 kesesakan jalan di bangalore pada hari ke 15 postnatal untuk pergi ke clinical posting. Saya pula bercuti kerja selama 2bulan untuk menemannya di sana.

    Januari tahun depan si dia akan mula menjadi HO, seperti yang ustaz kata dah masuk highway depan mesti ada toll, insyallah di tangan ni sudah terpegang kad touch n go. =)

    • Ibu kepada bakal doktor..hihi..insyaaAllah

      sangat menguja.. menuntut kekuatan kesabaran…demi untuk berjaya dan bahagia membahagiakan..
      moga anda suami isteri istiqamah dan teruskan perjuangan untuk memperolehi piala kemenangan…

  10. assalam ustz.. nk tnye skit..
    “Berkahwin dengan doktor, sangat besar khasiatnya untuk seorang lelaki hebat yang bersemangat nak masuk SYURGA ALLAH.”

    mksdnyer..??

  11. izinkan share..

  12. Salam. Alhamdulillah mantap. Membuatkan ‘xnak lah isteri doktor. sibuk je’ punya mind set terkubur. Kahwin, memberi lebih daripada menerima. ^^

  13. semoga ustaz tabah ye..gudluck ustaz..we support uu!!!

  14. Ada tak doktor pompuan khawin dgn polis rank f. Cmner dgn penerimaan keluarga perempuan?

  15. Macammana pulak dgn suami dan isteri kedua2 nya dr?

  16. lelaki bakal dokter

    sy insyaAllah akan bergelar doktor… tp kalo isteri sy juga seorang doktor, okay tak kalo sy usahakan untuk dy berhenti. instead of sama2 jadi doktor, sy rasa baik dy tukar ke pensyarah atau cikgu.

    Reasons:

    -doktor sibuk, one of us need to give up to fulfill the role of a family effectively

    -doktor is a stressful job, i’ll sacrifice myself with the stress but i don’t want my wife to feel that too.
    It’s a given how hard she had work to be a doctor, tp kalo dy give up (kerana sy x bagi) pun x ada ruginya. ilmu itu bukan semata2 utk kerja shj. kesihatan anak insyaAllah baik dg isteri yg pernah belajar ilmu kedoktoran

    -i love my family more.
    hakikat kedua kami doktor is just fate. sy sudah pun melihat sendiri kehidupan mereka yg sama2 doktor. majority of them have a hard life. takpe sebenarnya hidup susah, tp kalo masa untuk anak2 terabai kerana kesibukan, anak kurang kasih sayang, rumah bersepah sebab masing2 asyik kena on-call; it’s better for one of us to give up

    sekurang2nya the others (yg xjadi doktor) can take care of the doctor, yg pasti sgt sibuk

    sekadar pendapat,
    sambil memohon pandangan
    TQ

  17. panduan yang sangat menarik

  18. Entah kali ke berapa saya baca artikel ni, berulang-ulang. Teringat pula kepada ibu saya seorang bekas jururawat..Sibuk memang jelas dalam diari hidup emak, urusan pass over kami adik beradik pun mencabar..Pembantu rumah pun tidak terkira datang dan pergi, namun ibu saya tetap berperanan sebagai seorang ibu yang baik. Ibu pernah berkata kepada saya, ketika itu beliau bertungkus-lumus menyambung pelajaran di peringkat diploma supaya dapat naik pangkat ke staff nurse, beliau beruntung mendapat suami seperti ayah saya, kerana kawan-kawannya yang lain langsung tidak mendapat sokongan dari suami masing2, malah ada suami yang membakar buku rujukan isteri dek kerana isteri terpaksa mentelaah.

    Itu cerita jururawat, doktor perempuan apatah lagi.

  19. Ustaz, sy seorang guru agama di sekolah menengah. Sepatutnya saya dah kahwin sebelum umur 30 tahun, tapi jodoh saya belum ada. Rakan-rakan selalu mengenakan sy kat sekolah, sy cool je dgn berseloroh, “sy akan kahwin kalau bakal isteri sy doktor”. Dengan izin Allah, rasa dpt rasakan jodoh sy dah makin dekat, dengar khabarnya wanita tersebut adalah doktor!!! moga2 impian saya membina keluarga tercapai & sy akan sahut cabaran ustaz seandainya, Allah taala mengizinkan saya berkahwin dengan doktor.

  20. Berkahwin dgn doktor mmg memerlukan kesabaran dan pengorban yg sgt besar. Saya bercakap berdsrkan pengalaman sendiri. Pesan saya pd kawan2 supaya berfikir btl2 sblm membuat keputusan berkahwin dgn doktor. Anda harus bersedia utk menguruskan hal rumah tangga bersendiri. “saya penat, saya busy, saya nak tido, esok nak keje… esok nak oncall” itu mgkn kata2 yg biasa akan kita dgr bila berkahwin dgn doktor. Saya tak salahkan org yg tidak mahu memilih doktor sebagai isteri. Mgkn mereka lbh suka isteri yg selalu bersama dan dpt menjaga hal rumah tangga. Bg saya itu bagus dan tak salah. Soal skrg ini adalah… adakah anda sanggup bersabar tp tinggi mana tahap kesabaran anda? Anda sanggup memberi tp brp tinggi tahap memberi anda?? Nilai lah sendiri.

  21. Kerjaya doktor sgt mencabar, pengalaman saya yang hampir beristerikan doktor ini sy sgt faham dengan bidang tugas dia. Tetapi dia tidak pernsh seruis dalam bab berumah tangga, bahkan sy seringkali makan hati, sy tak pernah dihargai walaupun sy selalu ambil berat halnya. Bahkan dipergunakan olehnya. Tak semua doktor bersikap sedemikian, mungkin ada segelintir mcm tu. Wahai doktor muslimah yg terbaca komen saya ni, jgn sesekali buat begini pd pasangan anda, hargailah pasangan anda yg benar-benar memahami anda kerana tak ramai yg sanggup beristerikan doktor.

  22. Assalamualaikum. saya adalah bakal suami kepada seorang doktor.. pada hakikatnya saya sudah banyak belaja untuk menerima segala cabaran dan dugaan. kerana jodoh kami dirancang melalui orang tua kami. bukan pilihan sendiri. saya sedang memahami peranan serta tanggungjawab bakal isteri saya sbg doktor. saya bekerja mgikut office hour. masa duk rumah tu lebih banyak berbanding dia. keperitan untuk menerima tu sangat2lah berat. tapi saya percaya. saya boleh hadapi semua itu. dan saya amat berharap kesabaran saya ini dpt mencipta satu kebahagiaan dalam kehidupan kami kelak. saya harap juga kata2 semangat daripada sahabat2 “kelab Suami Doktor”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *