Sukarnya Menjadi Genius (Artikel 2008)

mhean9

Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi.

Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan saya kepada adanya seorang kanak-kanak pintar di usia yang hampir sama dengan saya, sebagai inspirasi untuk berjaya.

Tetapi Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa. Seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979) dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.

Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?

ADI PUTRA

PTJ02_201205_HISHAMUDDIN_ADI

Ingatan kita kepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali menghiasi muka depan akhbar Malaysia, apabila Adi Putra Abdul Ghani muncul dengan kelebihan luar biasanya di dalam Matematik.

Keupayaannya yang mengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagi telah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh liku untuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan ke International Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti dengan perjalanan beliau, dan saya berdoa agar kelebihan yang ada pada adik Adi, tidak menjadi ’sumpah’ ke atasnya sebagaimana Mohd. Shukri Hadafi 3 dekad yang lalu.

svchan_wideweb__470x3160
It figures: after completing year 12 subjects at 10, mathematician Yao-ban Chan has now become Melbourne University’s youngest-ever PhD graduate. Photo: Craig Abraham

Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.

Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.

Chan Yao-ban telah bertemu dengan ‘perjuangan’ yang bakal memanfaatkan kelebihannya.

Apakah seseorang itu perlu ‘melarikan diri’ dari Malaysia, demi mencari program yang boleh menyokong kanak-kanak genius seperti Chan Yao-ban , Adi Putra dan Mohd. Shukri Hadafi? Mengapa kita masih tidak tentu arah dalam menentukan jalan yang betul untuk Adi Putra? Tidakkah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas Mohd. Shukri Hadafi, juga tercabar oleh kejayaan Chan Yao-ban ?

SUFIAH YUSOF

sufiahy

Soalan ini menjadi lebih meruncing dengan kegemparan kita terhadap seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof.

Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.

Enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.

sufiahDM3003_228x348

Hari Perkahwinan Sufiah bersama Jonathan Marshall [foto: Daily Mail]

Beberapa bulan yang lalu, ingatan kita kepada Sufiah Yusuf dikejutkan dengan berita buruk apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyenaccelerated learing kendaliannya.

Dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar News of the World (NOTW), berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!

Sufiah Yusuf yang begitu sopan, tertib dan berada di dalam segala kurniaan ketika di awal usianya di St. Hilda’s College yang berprestij itu, menempuh kehidupan yang tidak menentu hingga berakhir dengan sesuatu yang tidak terbayangkan fikiran kita mengenainya. Seorang lagi kanak-kanak genius (muslim? melayu?) menjadi ‘mangsa’.

Apakah semua ini?

JOHN NASH

225px-john_f_nash_20061102_3

Masih ingatkah kita kepada John Forbes Nash? Penerima anugerah Nobel bagi kehebatan Matematiknya di Universiti Princeton ini, menempuh dekad-dekad yang penuh liku akibat masalah schizophrenia yang mengongkong kehidupannya. Ia adalah suatu contoh yang amat besar tentang perlunya suatu pendekatan di luar kotak, untuk menampung kegeniusan seorang seperti John Forbes Nash ini. Anda boleh mendalami kisah mengenai Nash dengan menonton filem favourite saya, A Beautiful Mind.

200px-abeautifulmindposter

Pencapaian IQ yang luar biasa sememangnya lazim terkait dengan ketidak sihatan mental. Hal ini diperkatakan oleh Daniel Martin di dalam artikelnya yang tersiar di Daily Mail bertarikh 11 Februari 2007.

Katanya,

More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences. The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women.

Kerana itu, saya sering khuatir dengan anak-anak muda yang memiliki idea yang hebat, tetapi memiliki ketidak seimbangan sikap yang sesuai dengan kehebatan itu. Teringat saya kepada sebuah ceramah berkaitan masalah ini yang disampaikan di HUKM tidak lama dulu. Penceramah itu memberitahu bahawa statistik menunjukkan, di mana-mana sahaja bilik atau dewan tempat manusia berkumpul, maka 1/4 daripadanya mempunyai masalah berkaitan mental!

n_03chiang

Saya masih ingat kepada seorang lagi kanak-kanak genius, Chiang Ti Ming, yang telah menempuh episod hidup yang luar biasa. Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu, Chiang Ti Ming telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.

PENGAJARAN

Semua ini harus menjadi pengajaran buat kita.

Pengajaran buat kerajaan untuk memikirkan tanggungjawabnya terhadap pendidikan. Atau mungkinkah segala ini membuktikan bahawa kerajaan sepatutnya tidak campur tangan dalam soal pendidikan sebagaimana yang terakam dalam sejarah tamadun Islam yang panjang itu?

Sejarah Islam merakam ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Figura seperti al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi’ al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil.

Apakah rahsia mereka?

Saya fikir, persoalan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Namun, sepintas lalu kita akan dapat melihat bahawa tokoh-tokoh ini mendapat pendidikan awal mereka dari sentuhan ibu bapa. Proses pendidikan juga tidak berlaku di sekolah-sekolah rasmi milik pemerintah, sebaliknya setiap mereka dibesarkan dengan model pendidikan yang tersendiri lagi khusus. Malah di era Moden, tokoh seperti al-Tahtawi dan Muhammad Abduh berdepan dengan krisis diri semasa bersekolah di sekolah kerajaan, sehinggalah mereka melarikan diri dan mencari model sendiri yang lebih responsif kepada keperluan mereka dan keperluan semasa.

Teringat saya kepada pertemuan bersama salah seorang pelajar terbaik SPM Malaysia yang hadir di dalam ceramah saya. Beliau bertanya kepada saya dengan maksud yang lebih kurangnya berbunyi “dalam semua perkara yang saya belajar dan dapat jawab, ada persoalan yang lebih besar saya tidak mempunyai jawapan, iaitu: apakah sebenarnya yang saya cari dalam hidup ini?”

Dengan rasa rendah diri saya menjawab, “bersabarlah sahabat. Anda mungkin terpaksa hidup dengan soalan itu, sepanjang hayat!”

BUAT PENDAKWAH

b0111

Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus.

Rayau-rayau saya di laman sesawang, menemukan saya dengan komen-komen mudah ramai pihak yang secara simplistik menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Tentu sahaja saya tidak menolak peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan depression. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi.

Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan depression lazim terkait pula dengan obsesi seseorang kepada agama!

Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.

Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan ‘lemah didikan agama’ atau ‘hidup tidak mengikut sunnah’.

Sesungguhnya agama mengajar manusia untuk lebih bertadabbur dan bertafakkur tentang peranannya sebagai khalifah, pentadbir alam, bahawa manusia itu sangat seni kehidupannya. Ketelitian dalam mencari jalan mengacu dan membentuk manusia, adalah syarat survival ummah. Keperluan melihat aspek psikologi manusia, harus diterima sebagai sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri.

Saya mengangkat tangan memohon doa untuk masa depan yang lebih baik untuk adik Adi Putra yang sedang menyusuri jalan yang penuh liku itu.

HASRIZAL
43000 BSP
Saifulislam.Com
Tarikh asal: 31 Mac 2008

BACAAN LANJUTAN:

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

Pedagogi Dahulu, Kemudian Teknologi

Apabila berfikir tentang teknologi dan pembelajaran, kita perlu betulkan hala tuju antara P&P dengan teknologi. …

7 comments

  1. Terima kasih ustaz dgn artikel ini. Banyak memberi saya kesadaran ttg halatuju anak dan ratusan lagi di sekolah. Saya tersedar, perlunya berbincang semula dgn anak2 ttg makna kejayaan. Perbincangan & kefahaman makna kejayaan itu perlu agar mereka tahu halatuju dan tidak mencari sesuatu yg fatamorgana.Doakan saya dan guru2 di Malaysia agar mampu mendidik dan murid2 tahu halatuju mencari kejayaan sebagai MUSLIM. Teringat permintaan saya dulu, agar ustaz mampu berkongsi dalam artikel ttg penilaian buku “Ma’na Kebahagiaan…Terima kasih ustaz.

  2. Antara genius contoh Malaysia ialah Dr Afifi Al-Akiti. Latar belakang pendidikannya sejak kecil boleh dibuat acuan. Homeschooling terbaik

  3. Pada pandangan saya , apa yang berlaku berpunca dari liputan yang teralu meluas media terhadap batang tubuh individu genius tersebut .sedikit sebanyak hal ini akan memberikan bebanan emosi terhadap mereka. sepatutnya keluarga mereka diamkan sahaj dan didik anak mereka seperti kanak-kanak normal lain. tidak oerlu dihebohkan tentang kegeniusan anak mereka.

  4. Nampaknya kita berkongsi minat pada filem yang sama Ustaz – A Beautiful Mind. Dulu saya pernah menggunapakai hujah yang simplistik begitu, mengambil contoh isu Amalina Che Bakri, pernah saya berhujah seumpama begitu: Mengapa jadi begitu, kerana didikan agama kurang dan model keluarganya yang juga tidak menuntut dia ke arah yang lebih baik.

    Menyesal juga bila difikirkan semula hujah sebegitu. Saya terfikir, faktor extreme exposure (media coverage/public pressure) barangkali menyumbang kalau tidak banyak pun, sedikit kepada kerosakan dan kesusahan mereka yang genius ini.

    • assalamualaikum, saya sangat terkesan dengan keprihatinan ustaz. benar, sistem pendidikan di sekolah kita hanya menekankan kecerdikan dalam sesuatu aspek dan modul penyampaian itu terhad. pengalaman saya dengan anak yang sukar memahami matematik dengan cara penyampaian di sekolah, malah dia juga sukar memahami cara penyampaian saya sehingga saya berjaya menemui guru yang dapat memahamkan dia subjek itu. rupanya dia memerlukan kefahaman dari segi pattern, apabila dia memahami pattern matematik, dengan mudah dia menyelesaikan semua soalan matematik malah dapat mengajar kawan kawan yang mempunyai masalah kefahaman matematik. satu skil yang perlu dikuasai oleh ibubapa sekiranya mahu melakukan homeschooling ialah berekperimen cara penyampaian maklumat kepada anak agar objektif pendidikan : kefahaman tercapai.
      seperti nukilan ustaz ibrah kisah musa dan khidir, sesuatu yang dipelajari di situ ialah kecerdikan manusia berbeza, libatkan segala deria untuk anak menggerakkan daya fikir mereka, terangkan setelah mereka didorong rasa ingin tahu dan didik mereka memanfaatkan ilmu yang diperolehi. mudah mudahan semakin ramai ibn sina, ibn haitham, ibn khaldun, maryam yang menjadi generasi pencetus budaya ilmu dihasilkan di sini.

  5. perbezaan tokoh2 islam genius yang dikatakan tu adalah sikap. zaman dulu contoh kerajaan abbasiyah adalah pusat pendidikan terulung dunia. berbondong2 pelajar dari pelusuk dunia datang dengan duit sendiri sampai bergolok gadai semata-mata untuk menuntut ilmu. bahkan ada yang dalam perjalanan siap kena tangkap dengan penjahat padang pasir, dibutakan, dikudungkan tangan dan kaki dan dijual sebagai hamba. padahal kerajaan abbasiyah boleh dikatakan world super power ketika itu. takde pulak bagi biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan pada pelajar2 ni. kalau adapun sentuhan kerajaan mungkin dari segi sediakan infrastruktur sahaja. tapi zaman kita dah bagi segala kemudahan pun bukan main liat nak belajar. mungkin ustaz perlu kurangkan sikit bias pada kerajaan dan mula menilai sikap melayu islam kita terhadap ilmu. ada satu parti tu siap mintak hapuskan hutang belajar lagi. walaupun duit ptptn hakikatnya banyak habis pada henfon, jalan2 dan belanja awek/pakwe masing2. sikap kita pada ilmu sendiri dah tak betul. macam mana nak berkat ilmu sebagai panduan hidup? ibu bapa naik yuran pibg atau sekolah mintak sumbang untuk buat aktiviti sikit dah melenting walaupun untuk kebaikan anak mereka. sekolah bukan sekadar nak melahirkan pelajar yang ada IQ tinggi tapi EQ tinggi juga. kalau home school mana mereka berpeluang nak kembangkan EQ? walau bagaimanapun terpulang pada ibubapa sendiri. tak silap saya sufiah yusof pun kena home school oleh ibubapa kat rumah so teori ustaz pada saya agak kurang tepat.

  6. Trima kasih ustaz..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *