Bertaklid Buta Dalam Menyukai dan Membenci

elkarak

Teringat saya kepada kekecohan di Jordan apabila kerajaan menaikkan harga roti ekoran kenaikan harga tepung gandum sedunia.

Rakyat sungguh marah.

Bukan setakat menjerit-jerit marah, mereka merusuh seluruh negara. Masih jelas di ingatan saya bagaimana pekan Karak dikelilingi kereta kebal untuk mengawal bangunan-bangunan strategik seperti bank, pejabat kerajaan dan balai polis.

Tetapi, yang tidak akan saya lupakan adalah temubual wartawan televisyen Jordan bersama perusuh di Qatranah. Ia adalah sebuah pekan kecil di selatan Mu’tah, lokasi kami belajar ketika itu. Entah mengapa, penduduk Qatranah ini sering dikaitkan dengan sifat clumsy yang sering menjadi bahan gurauan masyarakat.

“Mengapa kamu merusuh?” tanya wartawan.

“Tak tahu! Kami lihat penduduk Karak merusuh, kami pun merusuhlah!” kata lelaki berkenaan.

Saya dan rakan-rakan ketawa besar menonton berita berkenaan. Hendak keluar rumah tidak sedap hati. Menonton berita, mujarab dengan menggelikan hati.

Tidak cukup dengan bertaqlid buta dalam beribadah dan berilmu pengetahuan, penduduk Qatranah mempamerkan satu bentuk taqlid buta dalam membenci dan menyukai. Orang suka, kami suka, orang benci, kami benci. Apa sebabnya, itu kira kemudian.

Namun dalam lurus bendul penduduk Qatranah, strategi mereka merusuh ada kepandaian yang tiada diajar di mana-mana sekolah. Serangan mereka ke atas Bank al-Iskan dilakukan dengan begitu unik. Seekor ayam hidup telah dicelup ke dalam minyak tanah, ayam itu dibakar dan dicampakkan ke dalam bank!

Burning-Chickens

Dek kepanasan terbakar, ayam itu bertempiaran lari lalu menyebarkan api dengan begitu pantas, sebelum segala-galanya musnah, demi memuaskan sebuah kemarahan.

Kisah lama, tiada kaitannya dengan apa-apa.

Sekadar ‘mengalu-alukan’ era GST untuk pengalaman kita yang seterusnya.

Carilah ilmu, agar menyukai dan membenci, bukan sekadar ikut-ikutan.

67_10
Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan berakal, tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka” [al-Mulk 67: 10]

HASRIZAL
43000 BSP

 

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

5 comments

  1. Semoga kita tidak termasuk golongan orang-orang yang demikian.

  2. Dari jeriji besi

    Hal ini tidak lain dan tidak bukan berpunca daripada ikatan aqidah al-wala’ wal bara’ yang semakin pupus dalam pegangan hidup seorang Muslim, bahkan meremehkan hal itu dan kaitannya dalam berprinsip. Jadilah cinta dan benci yang Ustadz maksudkan itu kepada nama-nama berhala modern samaada ia berbentuk sekte, parti, organisasi, pemimpin dan para Intelektual celup, pseudoscience, thesis ke anti-thesis lebih kuranglah tu, kata si rebel ‘so cool’. Bukankah ‘umar Al khattab sudah bilang ?:

    الفاروق رضي الله عنه أنه قال لأسلم : ( لا يكن حبك كلفا ، ولا بغضك تلفا )

    Zaman sekarang ini, sebenarnya walaupun rasa diri itu begitu canggih, maju, dan “berdaya saing” bak kata pakar ekonomi, adalah laksana zaman jahiliyah yang orang-orangnya telanjang,bukan soal liberal tak libral tapi tak perlulah sangat ajak berkhilaf fiqh berat2, ajaklah sepertimana ” bada al islamu gharibaa…mula dari alif-ba’-ta’,kita dah bercampur baur dengan kesyirikan ni, tak payahlah sibuk nak main ‘ayat-ayat cinta’ bagai, lepas tu nak tiru pula Actor dan Actress dalam itu. Mereka yang telah jauh dari citra Islam, tak dapat nak kata apalah memang dah ‘out’ dah keluar gelanggang,goodbye ! biarpun rebelnya mereka kadang2 mengutungkan kita tapi nilai kebaikan moral kita dirosakkan oleh puak-puak berkenaan, harap terasa !, ana barii un mimma tadinuuna bihi(so sial !, La khaira illa khairuka wa La thaira illa Thairuka ya Allah !). Dunia sudah akhir zaman, era 202o dah dekat, daulah pun dah dekat ! ada tanda-tanda kebangkitan Islam di sebalik kesakitan ini. Keamanan terus mara untuk rakyat Malaysia ! (optimis@husnuzzhonn)

  3. Semoga kita menjadi golongan yang berakal. Tidak menjadi budaya ikut-ikutan. Tidak bertaqlid buta dalam menyukai dan membenci.

  4. Nauzubillah min zalik. Smoga kita dijauhkan dpd prkara sedemikian..

  5. smoga kta x trikut2x..jd kn pngajar stiap apa yg beraku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share