Home / Kembara Finland / ‘Sayangkan Anak (Murid) Tangan-tangankan’ di Tahun 2019

‘Sayangkan Anak (Murid) Tangan-tangankan’ di Tahun 2019

Perbuatan menjatuhkan air muka murid-murid bukanlah benda asing dalam pengalaman kebanyakan kita. Menyebutnya, dengan mudah mengundang reaksi bahawa yang tidak bersetuju itu lembik, mengada-mengada dan sebagainya. Sedangkan perbuatan berkenaan, apatah lagi dengan alasan mahu mendidik, adalah satu tindakan yang hanya membiakkan kejahatan, termasuklah dalam bentuk budaya menormalisasikannya. Ia menyumbang kepada terbentuk masyarakat bermentaliti pembuli apabila senior membuli junior, orang pangkat atas tekan orang bawah, suami dera isteri, ibu bapa dera anak… kitaran beracun ini mesti dihentikan, antaranya adalah di sekolah.

Bukan sahaja perbuatan itu salah dari aspek psikologi manusia, ia juga bertentangan dengan ajaran agama. Bila masanya Nabi sallallahu alayhi wa sallam membuli, brainwash, aibkan sahabat, dengan alasan nak bagi mereka ‘tough’? Nabi yang perwira di medan perang itu adalah pemimpin yang mengasihi kanak-kanak, menegur sahabat yang tidak pernah mencium anak sendiri, menyantuni anak murid hingga diungkap sebagai “pengasih dan memudahkan” oleh sahabat.

Mengaibkan murid-murid, apatah lagi menyebarkannya melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook, adalah pegangan yang menghilangkan kelayakan seseorang untuk bergelar pendidik. Ia ‘un-Malay’, ‘un-Malaysian’, ‘unIslamic’, dan sebenar-benarnya adalah UNCIVILISED, sikap yang tidak bertamadun.

Yang ini tiada kena mengena dengan siapa kerajaan yang memerintah, siapa YB Menteri, ratio guru dan murid besar atau kecil, kandungan silibus berat atau tidak. Ia adalah solid perbuatan yang dipilih oleh jiwa-jiwa yang sakit.

Lebih buruk, perbuatan ini disandarkan kepada ‘pendidikan Islam’. Yang mengajar Muslim, yang belajar Muslim, yang diajar adalah Islam, tetapi cara mengajar adalah cara JAHILIAH, yang dikeji agama Tuhan.

Mengapa susah benar untuk seorang pendidik, apatha lagi ustaz dan ustazah, mengharamkan tangan daripada menampar atau mencubit muka murid? Di mana kekuatan perkataan, ilmu, ikhlas dan sabar dalam membentuk manusia?

View this post on Instagram

Besar rasa dukacita kita membaca komen-komen termasuk oleh sebahagian guru sendiri, yang memperlekeh mesej kita tempoh hari agar berhenti daripada menggunakan pendekatan mengaibkan murid sebagai cara hendak mendidik. Sudah dibawa hujah al-Quran, hujah Sunnah, dan adab tatasusila bangsa dan negara pun, yang menang masih ego masing-masing. Kali ini saya bawa dalil America's Got Talent pula. Fokus video ini bagaimanakah reaksi semua orang apabila tindakan Howard Stern telah menyebabkan Mir Money, kanak-kanak berusia 7 tahun ini menangis di atas pentas. Reaksi penonton bukan dibuat-buat. Ia adalah reaksi spontan, bahawa perbuatan yang menyebabkan budak menangis, adalah sangat tidak wajar. Sayang sekali, hamba Allah yang sujud di sejadah menyebut nama Allah, yang selawat di dalam solatnya adalah kepada junjungan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam, menganggap benda ini remeh dan mengada-ngada. Jauh benar kita telah pergi meninggalkan ajaran Tuhan dan Nabi kita, malah adab dan tatasusila bangsa dan negara yang dibanggakan selama ini. Ingatlah kembali kepada pesan Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam: . "BUKAN DARIPADA KALANGAN KAMI, SESIAPA YANG TIDAK MENGASIHI SI KECIL DARI KALANGAN KAMI, DAN TIDAK MENGHORMATI ORANG TUA DARI KALANGAN KAMI…" (Hadith riwayat al-Tirmidhi). Masih belum terlambat untuk berubah, dan tidak pernah terlambat untuk berubah. Tetapi setiap detik kelewatan membuat perubahan, pasti ada seorang demi seorang kanak-kanak kita yang berparut. Salah paku, paku boleh dicabut. Tetapi papan berlubang selama-lamanya.

A post shared by Rizal (@iamhasrizal) on

Berikut adalah sebuah artikel lama bertarikh 31 Disember 2007 di bawah tajuk: MANUSIA SEPARUH MANUSIAWI. Ia ada kaitan dengan apa yang kita bincangkan ini:

Firman Allah:

”Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” [Fussilat 41:34]

Percayalah, walau ‘sesetan’ mana pun seorang murid, di hatinya tetap ada titik lembut yang boleh disentuh untuk sampai kepadanya kesedaran dan hidayah Allah. Asalkan ia bukan disentuh dengan sentuhan jahiliah.

Ubahlah!

Sekarang.

”Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.” [Fussilat 41:35]

Follow me on

Youtube: https://www.youtube.com/iamhasrizal
Instagram: https://www.instagram.com/iamhasrizal/
Facebook: https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/
Twitter: https://twitter.com/iamhasrizal
Linkedin: https://www.linkedin.com/in/hasrizal/
Blog: http://www.saifulislam.com

Hasrizal
Oulu Finland

Maklum Balas

Maklum Balas

About Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Check Also

Mengapa Pendidikan Jalan Islah?

Islah merujuk kepada satu tema di dalam kajian di bidang sejarah. Ia merujuk kepada usaha …

2 comments

  1. Alhamdulillah. Baru baca manusia separuh manusiawi.
    Tepat sekali.. spot on!

    Dengan mengiktiraf segelintir ahli masyarakat kita yang dapat melihat serta melayan anak-anak secara ajaran Islam yang sepatutnya, yang ramainya, benar..hanya melayan anak- anak “nak-taknak” sahaja.

    Peliknya, bila anak di penghujung remaja, lebih2 lagi sudah mula berjawatan dan ber”duit” waktu itulah anak didamba. Ditatang bagi minyak yang penuh, dicari-cari, ditunggu-tunggu kembalinya.. sedangkan waktu kecil tatkala anak itu merengek mahukan perhatian sebolehnya pergilah main jauh2.

    Lebih mudah zaman ini, untuk diamkan anak, supaya tak banyak soal.. nah! dapat sebiji smartphone.

    Sebenarnya ramai dikalangan masyarakat kita yang sudah berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara, baik di timur, di barat, mahupun di timur tengah. Namun berapa ramai yang sebenarnya yang memerhati dan mengambil contoh2 teladan yang baik seperti dalam artikel manusia separuh manusiawi.

  2. Cikgu Tadika Muda

    Sejujurnya saya guru tadika sementara di sebuah tadika “islam”. Adalah benar, kebanyakkan rakan lain suka jerit-jerit bila mengajar anak-anak kecil lagi suci ini. katanya supaya nanti mereka tak pijak kepala cikgu. Jarang sekali saya lihat cikgu lain berbual dengan anak-anak kecil ini secara suka-suka. Sedih bila berlaku macam ini depan mata saya. pampers reusable yang bernajis dimasukkan dalam bag student tanpa dibungkus dengan plastik,lalu saya basuhkan dan letakkan dalam plastik bag. Bagaimana agaknya nanti jika saya pula yang akan ada anak dan masuk sekolah tadika…rasa kecewa sangat tadika islam macam ni…Penat jaga student tu saya okay sahaja. saya yang jadi cikgu pun tak selesa dengan environment rakan sekerja negatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.